Pages

Labels

Saturday, February 7, 2009

Kekal MB Perak..


Salam.....

Sedih bila mendengar khabar berita yang berlaku di Kuala Kangsar.. Ada kalangan mahasiswa yang ditangkap... FRU pulak dengan ganas menyembur gas pemedih mata...
inikah layanan kepada rakyat....

Berita yang penulis terima pula puak yang cube menyekat dakwah Islam ini pulak sedang berusaha untuk memasukkan IR Nizar ke tahanan ISA.. wallahu'alm berita yang diterima.Tapi inilah lumrah sebagai pejuang agama..

Himpunan yang baru berlangsung atas dasar tidak puas hati rakyat menunjukkan bahawa rakyat menolak kepimpinan yang ingin dibawa oleh BN... Bukan derhaka kepada sultan, tapi sultan sepatutnya bertindak mengikut keadaan dan merujuk alim ulama' .... Kalau nak fikir balik jugak lah... mana patut rakyat tunduk pada pemerintah yangn tidak meletakan sesuatu pada tempatnya.. ini bukan adil namanya...

Nabi pernah berkata kepada para sahabat yang bermaksud sesorang akan dihisab didalam neraka walaupun kerana separuh daripada buah tamar... kalau lah kerana cuma separuh buah tamar boleh memasukkan seseorang ke dalam neraka bagaimana pula kalau mengambil hak SEBUAH NEGERI...

walaubagaimanapun, MB Nizar masih kekal dihati rakyatnya yang perihatin terhadap pembangunan Islam tidak termasuk rakyatnya yang terikut dengan kefahaman kuno BN... Keberadaan beliau dalam dunia politik memberi semangat kepada ramai peluang Islam untuk terus memperjuangkan Islam khususnya di Malaysia ini. Andaikata jatuhnya IR Nizar atau apa-apa berlaku terhadapnya nescaya akan bangkit ramai orang yang sepertinya untuk menyambung perjuangannya....

p/s: Maaf ayat berbelit sikit... takde modal sangat, just nak respon dan menyatakan sokongan kepada YB Ir Nizar... Allahuakbar!!!


0 comments: