Pages

Labels

Tuesday, February 10, 2009

ke Perak.... ke KLIA

Alhamdulillah pada hari ahad yang lepas penulis berpeluang untuk pergi mengembara ke negeri Perak, sebuah negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang dirampas oleh BN secara haram gara-gara tindakan beberapa ADUN daripada PR yang telah melompat parti.

Memang tidak dirancang pun perjalanan penulis pada hari itu. Pagi hari tersebut menulis menghadiri seminar penulisan di Nilai yang disampaikan oleh Ustaz Ridzuan M.Nor, seorang penulis buku yang terkenal dikalangan ahli-ahli gerakan Islam di Malaysia.

Habis je seminar rancang nak berehat kejap tiba-tiba je ada panggilan daripada seorang sahabat ajak pergi ke kediaman rasmi MB Perak...

Akhirnya dipendekkan cerita pergi lah penulis bersama beberapa sahabatnya ke Perak.. dalam perjalanan terserempak dengan sahabat-sahabat yang ingin pulang ke KKB... pendekkan lagi cerita, kami ajak mereka ikut sekali..

Sampai di stesen KTM Ipoh kami berjalan kaki ke kediaman MB sambil mengikut perarakan sempena thaipusam..... hehe... seolah-olah kami yang lead upacara malam tu sebab duduk depan sekali..

Sampai je di kediaman rasmi MB sempatlah mendengar ucapan daripada MB Nizar, DS Anwar, Tok Guru Abdul Hadi dan sorang Apek apa ntah name die.....

Habis ceramah kami pulang ke rumah sahabat sekampus dahulu dan pada keesokan paginya barulah pulang dengan menaiki bas selepas mengetahui tiket ketapi telah abis dijual...hu...


******************************


Sampai kat bilik penulis memanfaatkan masa untuk mengecas bateri yang hampir kosong...(tidur jap) sebab malam nanti ada projek lain..hehe.. apa projek itu....

HANTAR ABANG IN




Sudah selesai cas beteri kami bertolak ke KLIA lebih kurang jam 12.30 pagi.. Abang In punye flight kul 3 pagi... sempat insyaAllah..

kami pergi menaiki sebuah ketera kancil yang buruk..hehe... Sampai je kat KLIA dalam 20 minit kemudian, untuk menjimatkan kos kami parking kat tepi jalan je... dengan dibacakan ayat ke 9 surah yassin kami bertawakkal kepada Allah moga kereta itu takde pape yang berlaku...




Sampai di kawasan check in.. kami nampaklah sekumpulan manusia yang agak terkenal wajah mereka dari pandangan mata kami... Patut pun... yang ada kat situ Abang Pijan, Abang Muaz, Mahasiswa UM Abang Syahmi..hehe... pastu datang pulak geng dari USIM Abang Shahril. Abang Naem dan lain-lain lagi....

Akhirnya berlepaslah Abang In, Abang Kat ngan sorang lagi tak pasti le name die.. huhu...

Ok la, semoga Allah merahmati mereka dan memberi mereka kejayaan InsyaAllah...

0 comments: