Pages

Labels

Friday, February 6, 2009

Hujung Minggu Yang Bosan...

Tahun ni memang banyak isu yang terjadi dalam masa yang terdekat. Kalau bulan satu yang lepas serangan terhadap Palestine dan disusul pula dengan pilihanraya kecil KT dan PRK. Masuk bulah dua ni Kecoh pulak kat Perak... Sepeti biasa handphone pun payah nak jumpe waktu rehat daripada vibrate.... Sikit-sikit masuk mesej cite perkembangan kat Perak...

Hari semalam diadakan demontrasi di Perak sebagai menyatakan sokong kepada Pakatan Rakyat... Ada juga yang pelawa untuk pergi sertai demo, tapi memikirkan hari ni ada exam jadilah tidak kesampaian lah...

Lagi satu ralat pada hari ni tak dapat pergi seminar pembangunan aqidah kat Masjid Wilayah... Bukan senang nak jumpe dengan orang yang hebat macam Syeikh Fuad, Habib Ali dan ramai lagi la... Terasa diri ini kurang ilmu dan serba dhaif....

Tapi ada hikmah disebalik itu.. dapat rehat-rehatkan hujung minggu ni....

Sebenarnya banyak juga perkara yang perlu dilaksanakan disini selain daripada study... walaupun cuti sampai hari isnin ni, tapi terpaksa juga stay kat sini.... mungkin lepas exam final baru balik rumah... Hari esok sahabatku dari Indonesia akan pulang ke Malaysia untuk bercuti.. Harap-harap sempat jumpe ngan die before die balik semula ke Indon. Sape nak kenal ngan sahabatku ini bleh lawat http://kalimatulhassan.blogspot.com .

Berbalik kepada isu di Perak... Serabut juga fikir mende ni... beselah tak tau sangat undang-undang ini.. tapi dak berjele-jele mesej sampai, sikit-sikit boleh la faham... Sorang sahabatku semalam lagi dah balik ke Perak, konon-konon macam hero lah nak selamatkan Negeri Perak daripada cengkaman Zionis UMNO. Tapi tak tau lah apa yang die nak wat.. harap-harap ada tindakannya....

UMNO pun sebenarnya penakut gak, takut sangat nak bubar DUN. Kalau yakin rakyat suke kat die bubarkan jelah. Kita boleh nilai semula.. Kami pun bleh turun berkempen, dah semangat nak berkempen ini.. Bahang pilihanraya hari tu ada lagi..(walaupun kat pahang hari tu tak banyak pun menang). Walaupun pembubaran DUN atas kuasa sultan tapi propaganda yang dibawa UMNO inilah yang telah mempengaruhi Sultan...

ADUN PR yang melompat pun satu la.... (malas la cakap lebih-lebih). Tapi senang cite kalau perjuangan yang kita bawak semata-mata sebab manusia yang kita sokong ataupun kemenangan yang kita harapkan maka perjuangan kita tu sekadar sementara saja. Jadi berjuanglah kerana Allah, niatkan diri untuk mendaulatkan syariat Islam diseluruh pelusuk dunia InsyaAllah Allah akan pelihara diri kita....

0 comments: