Pages

Labels

Monday, March 23, 2009

Kem Remaja Berdikari

Dalam perjalanan pulang ke Pahang, penulis dapat panggilan daripada akak... Kak long call, tibe je tanye saiz baju.. jawab lah XL.. ingat nak bagi hadiah ke, rupenye nak ajak join program kat kampung.. ni la die Kem Remaja Berdikari anjuran Persatuan Belia Kampung Relong.

Kem Macam ni beselah buat kalau waktu cuti sekolah.. ni lah first time involved dengan belia kat kampung, sebelum ni tak pernah pun... biasalah orang jarang balik kampung... Program ni lebih kurang je lah dengan kem-kem yang pernah si penulis join sebelum ni... tapi kali agak mencabarlah gak sebab yang pertama. berhadapan dengan member sekampung, tak biasa sangat la cakap skema-skema ni kat depan.. kene cakap pahang gak la... lagi, sebab peserta kali ni bukan macam peserta yang sebelum ni... beselah dalam kampung ni macam-macam latar belakang.. biasa pergi program peserta kebanyakan daripada sekolah agama.. tapi tak pe.. pengalaman baru mengambil hati da'ie...

Mula-mula masuk meeting... meeting final touch.. diorang dah rancang semuanye, tak sempat nak cadang pape.. tapi setakat tu ape yang diorang rancang sume bagus... mulanya dilantik jadi urusetia keselamatan.. time meeting tu tukar plak jadi unit kerohanian.. hehe..

Pendaftaran bermula.. peserta yang luar daripada kampung Relong ada gak lah..


Ni barisan urusetia program sewaktu taklimat pengenalan


Peserta menyanyikan lagu tema


Ni salah satu modul khas yang dinamakan "Ikhtiar Hidup" caranya peserta dikehendaki memasak sendiri makanan tengahari mereka.. kalau sedap, sedap lah juadah tengahari mereka... teruk gak la diorang masak hari tu... kesian pulak tengok diorang makan... tak abis pun makan.. haha.. biarkan mereka..

Akhirnya program pun tamat... feedback daripada peserta nampak cam diorang boleh terima la ape yang cube kami sampaikan... dan bagi diri ini pula ianya satu pengalaman yang cukup beerti.. ni jugak la kali pertama mengendalikan beberapa slot... slot pengenalan waktu malam tu (penulis namakan sendiri the power of niat..hehe), slot muhasabah, dan jugak sedikit slot sewaktu majlis penutup.. hehe kite wat program kat orang sebenarnya kite yang patut kene belajar daripadanya...


Gambar kenangan bersama urusetia Kem Remaja Berdikari 2009.. sume ni sebenarnya sedara je..

Akhir kata peluang yang datang jangan dilepaskan... boleh jadi baik dan boleh jadi buruk.. hehe.

0 comments: