Pages

Labels

Friday, May 15, 2009

Kisah Cinta

Alhamdulillah akhirnya tamatlah sudah satu lagi sem penulis di CFS IIUM Nilai ini… masih lagi berbaki setahun sebelumpenulis menjejakkan kaki ke UIM Gombak insyaAllah….

Saya ada terbace sebuah artikel tulisan Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi TK DPPP yang dibawakan oleh sahabat saya di post blog nya.. terkesan juge lah.. ye lah buat blog pandai tapi nak update malas..tak tercapai matlamat jadinya…..


**********************



CINTA…….ingin saya meminjam kata-kata Francois Duc de La Rochefoucauld… fuh… bkan saja payah nak sebut name die ni.. nak taip dalam computer ni pun payah.. Kata beliau, “True love like ghosts, which everybody talks about but few have seen.”

Sekali baca kita semua boleh tafsir sendiri, cinta yang suci hanya segelintir saja yang dapat menemuinya.. Ia umpaya hantu atau pun jin sebab hantu ni orang melayu je panggil. Sebenarnya jin ataupu syaitan… mereka ini semua hidup dialam ghaib. Tetapi ada segelintir manusia yang boleh melihat mereka. Kadang-kadang mereka menjelma di alam nyata ini. Dan ada juga manusia ini yang dapat melihat alam ghaib itu… tetapi yang hendak di gariskan di sini ialah hanya sesetengah saja yang dapat melihat jin…. Sama yang dengan apa yang telah diperkatakan oleh manusia mane ntah kat atas tadi..

Bagi kita, apa itu cinta yang suci ataupun dalam bahasa saya true love???

Adakah cinta yang seumpama kisah Laila dan Majnun..?? ataupun kisah percintaan Puteri Gunung Ledang dengan Hang Tuah sehingga sanggup membelakangi keluarga demi meraih cinta dunia..??

Suka untuk saya memetik kata-kata Imam al-Ghazali melalui kitab beliau yang berjudul minhajul ‘bidin , “ Tiap-tiap yang indah itu cinta tetapi yang indah mutlak hanyalah satu iaitu Yang Maha Esa. Bahagialah orang yang telah sempurna mahabbahnya akan DIA. Kesempurnaan mahabbahnya itu adalah kerana dia menginsafi ‘tanasub’ yakni penyesuaian batin antara dirinya dengan Allah. Orang paling bahagia diakhirat kelak ialah orang yang paling kuat mahabbahnya kepada Allah. Semakin kuat mahabbahnya kepada Muhib (pencinta) dengan Mahbubnya (yang dicintai), maka semakin besarlah nikmatnya……”

Ini sedikit petikan yang perlu kita selalu beringat… sejauh mana rasa cinta kita kepada yang maha Pencipta…

Dalam surah al-Maidah pula ada menyebut perihal suatu kaum yang murtad kepada Allah kemuadian Allah akan menggantikan kaum tersebut dengan kaum yang lain yang mana kaum ini, mereka mencintai Allah dan dicintai Allah. Kasih sayang Allah hanya akan turun kepada hambanya yang betul-betul cinta kepadanya.. mana mungkin kita dapat menikmati haruman minyak wangi andai kata kita tidak menyapunya ke badan. Begitu jugalah dengan Allah, sekadar kita tahu akan kewujudnya tetapi tidak kita meletakkan rase cinta kepadanya maka kita tidak akan memperoleh cintaNYA….

Cinta semama manusia memang tidak boleh dinafikan.. sabagaimana Nabi Muhammad Kasih dan Sayang kepada para sahabat yang ahli keluarga baginda, begitu juga kita. Hak untuk kita menyangi manusia lain tetap ada tetapi hak kepada Allah mestilah didahulukan… Nabi Muhammda SAW sangat sayang kepada Siti Khadijah.. baginda selalu menyebut name Siti Khidijah walaupun beliau sudah meninggal dunia sehinggakan Aisyah sedikit ‘Jeles’…

Inilah adat resam dunia, fitrah ini tidak dapat dikikis daripada diri manusia, namun ianya dalam gilap dengan peraturan Allah…. Zaman sekarang kita dilengkapi dengan pelbagai bahan teknologi yang sangat canggih yang mendorong menaikkan semnangat nafsu dalam diri….. Maka pelbagai persiapan harus kita sediakan supaya kita tidak hanyut dengan teknologi… dalam agama kita ada proses yang dinamakan sebagai ‘khitbah’ ataupun pertunangan sebelum perkahwinan la…..

Islam mengajar panduan untuk mencari isteri berdasar hadis Nabi SAW, “Daripada Abu hhurairah daripada Nabi SAW, baginda bersabda: “ Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.”

Dalam apa jua keadaan cinta… hendaklah didahulukan agama… jika kita berkehendak kepada wanita mestilah dipilih dari sudut agama, juga memilih sahabat Islam menyuruh pilih sahabat yang dapat membimbing kamu kearah keselamatan. Dalam kita hendak cinta kepada parti politik, juga hendak kita mencintai parti yang yang ingin menjulang kalimah Allah… maka segalanya mesti berbalik kepada Cinta yang hakiki.. CINTA ALLAH sebagai TUHAN KITA….


p/s: hehe tak masuk tajuk dengan suasana sekarang... saje je....

0 comments: