Pages

Labels

Saturday, May 30, 2009

Bicara Hati Kotor >vol:1<

“…Ketahuilah dalam jasad ada seketul daging, bila baik daging itu maka baiklah keseluruhannya. Jika buruk daging itu maka buruklah keseluruhan jasad itu. Ketahuilah daging itu adalah Hati.”

Hadis di atas begitu popular dikalangan kita semua yang suka menghadiri majlis ilmu.. sejauh mana kita semua menghayati hadis tersebut.. dalam kajian sains mari kita lihat bagaimana setitik nila mampu untuk mewarnai sebekas susu (bukan kajian sains sangat pun). Sebab itu ada pepatah melayu yang mengatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

Tapi…. Apa kaitan dengan hadis diatas…

Hati memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Seorang manusia yang hatinya mati maka secara hakikatnya tiada lagi kehidupan baginya. Tetapi bagi seseorang yang hidup hatinya dengan mengingati Allah, maka mereka adalah orang yang sebenarnya hidup sabda Nabi SAW:

“Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dengan orang yang tidak berzikir kepada Allah, seperti orang yang hidup dan orang yang mati.”

Seperti Sabda Nabi SAW diawal tadi, hati mencerminkan akhlak seseorang. Bilamana seseorang itu mempunyai hati yang bersih maka ianya akan dipancarkan melalui tingkah laku seseorang itu..

Penekanan dalam entri kali ini ialah bagaimana hati yang telah dicemar dengan perkara yang maksiat dapat memberi sinar kepada hati-hati yang lain… seperti seorang penagih dadah memberi kata-kata semangat kepada perokok. Begitulah juga umpamanya seorang yang berhati busuk mana mungkin dapat memberi kesan yang mendalam dalam hati yang lain..

Teringat saya suatu kisah seorang anak dan ayahnya…. Si ayah adalah seorang yang alim, sering saja memberi ceramah di masjid. Ceramahnya cukup memberi kesan kepada pendengar. Sehinggakan ada yang mengalirkan air mata. Tetapi pada pendapat anaknya cermah ayahnya tidak begitu memuaskan kerana nada yang disampaikan ayahnya bersahaja. Suatu hari ayahnya ada urusan di tempat lain yang membuatkan anaknya terpaksa menggantikan tempatnya. Maka anaknya mengambil peluang untuk menunjukkan cara berceramah lebih baik kepada hadirin..

Jadi bersiaplah si anak untuk menyampaikan ceramah… Sewaktu berceramah si anak menyampaikannya dengan penuh bersemangat. Ceramahnya disi dengan dalil daripada al-Quran, Hadis, kata-kata ulama. Tetapi kesan dan reaksi daripada hadirin tidaklah seperti ceramah yang disampaikan oleh si ayah. Kesan yang diterima hadirin daripada ceramah si ayah lebih menyentuh hati walaupun tidak banyak dalil yang dibawa ketika berceramah.

Maka sedarlah si anak bahawa kata-kata yang diucapkan daripada hati akan masuk terus ke hati yang lain. Dan kata hati itu mestilah daripada hati yang suci, ikhlas dalam setiap pekerjaannya. Kebolehan bercakap bukanlah pakej lengkap untuk menarik jiwa-jiwa manusia kepada Allah. Tetapi mesti dibersihkan hati daripada sebarang noda dan dosa..

Dalam satu hadis. Ketika Nabi SAW di mi’raj kan ke langit, Baginda berjumpa dengan satu golongan yang kerja mereka hanya memotong lidah mereka dengan menggunakan gunting daripada neraka. Baginda bertanya perihal tersebut kepada jibril. Jawab jibril bahawa golongan tersebut adalah golongan yang cuma pandai berkata-kata tetapi tidak melaksanakan apa yang dikatakan.

Sedikit kesimpulan. Hati yang kotor berbicara suatu yang baik tetapi dirinya sendiri tiada usaha untuk mendapatkan apa yhang dikatakannya...

Bersambung……

1 comments:

'Abdul Muntaqim said...

shahir, sanggup ko buat serangan peribadi. aku terpaksa support kerja rdw time tu sb pic rdw abc minum susu dutch lady sambil makan kerepek