Pages

Labels

Thursday, March 29, 2012

Bila angin tak bertiup, pokok digoncangkan

Suka untuk mulakan post ini dengan sepotong Hadis yang dipetik dari kitab Hadis 40 Imam An-Nawawi.... Hadis yang ke-6

Maksudnya:

“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai.

Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram.

Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ‘

Syubhah

Objektif post ini:

  1. Hindari perkara yang membawa kepada fitnah
  2. Hendaklah BERSUARA untuk mempertahankan diri tatkala ada fitnah kepada diri, bukannya DIAM.
  3. Rujuk pada sumber asal untuk dapatkan kepastian, bukannya percaya pada khabar angin.
  4. JANGAN ADAKAN FITNAH memburukkan orang lain dengan memutar belitkan cerita asal.
  5. Elakkan mengadu domba hinggakan menjadi fitnah kepada individu tersebut.
**************************

Ada sesetengah individu berpendapat DIAM lebih baik daripada BERSUARA biarpun maruah tergadai.

Dalam hal ini, perlu kita utamakan adalah kebenaran bukan publisiti. Ramai diantara kita berdebat semata untuk mempertahankan kepentingan individu sungguhpun perkara yang dipertahankan itu adalah salah, dan memang dia BERSALAH...

Dalam hadis ini Nabi SAW ajarkan kepada kita tatkala datang khabar angin yang tidak benar ataupun fitnah, hendaklah kita tampil menyangkal dakwaan tersebut...

Seperti kisah Nabi SAW dengan Isterinya Saidatina Safiyyah bin Huyai... suatu ketika Baginda SAW jalan bersama isterinya disebuah lorong. Kemudian kelihatan dua orang sahabat di hadapan baginda yang cuba untuk menukar arah supaya tidak berselisih dengan Baginda SAW. Lalu Baginda SAW memanggil kedua orang sahabat tadi dan menjelaskan bahawa di sebelah Baginda adalah isterinya Safiyyah bin Huyai. Kata sahabat tadi mana mungkin mereka akan berfikirkan bahawa Nabi SAW berdua-duan dengan perempuan yang bukan muhrim...

Peristiwa itu jelas kepada kita sungguhpun seorang Nabi yang terkenal dengan ketinggian akhlak dan budi melakukan perkara melanggar syariat, tetapi jauh di sudut hati Baginda SAW untuk berwaspada dengan pandang sisi orang lain. Nabi SAW memanggil dua orang sahabat itu untuk berikan penjelasan supaya tiada anggapan dibuat melainkan ianya hanya kebenaran. Ketika itu baginda bersuara... Jadi kenapa kita perlu diam...

Apabila perlbagai tomahan dan khabar angin hinggap di mulut masyarakat kenapa perlu senyap seolah membenarkan perkara tersebut...?

Dalam situasi politik kita lihat ceramah penerangan, press statement dan lain-lain, semuanya adalah tujuan mempertahankan kebenaran dan mengelak daripada fitnah... Kenapa perlu kata PAS memperalatkan agama untuk kepentingan politik sedangkan kebenaran wajib diutamakan... Fitnah kepada agama tersebar luas pada hari ini, isu Hudud... muamalat dengan Yahudi, Rasuah, dan lain2 kesemuanya wajib diberi penjelasan... Tak cukup sekadar DIAM.

Begitu juga yang terjadi pada diri sendiri... Mungkin ada yang pernah terdengar desas desus orang mengata perihal keburukan diri kita. Kadang-kadang terasa seolah berasap dan menggelegak di otak. Oleh itu, hindari perkara fitnah. Bagi pihak kedua pula, rujuklah pada tempatnye... jangan membuat andaian yang menjadi fitnah... Dan jangan pula cerita itu ditokok tambah semata-mata untuk menampakkan peribadi kita yang kononnya bagus... Don't assume, ASK!!

::Jauhi Fitnah::

Anda boleh runtuhkan bangunan yang dibina bertahun-tahun dengan satu letupan bom, Anda juga mampu untuk robohkan ikatan ukhuwah yang dibina bertahun-tahun lamanya hanya dengan sepotong ayat (fitnah)

1 comments:

choki choki said...

:)
setiap yang terjadi ada hikmahnya yang tersendiri....