Pages

Labels

Friday, July 3, 2009

DQ at Nilai..!!!

Setelah selesai beberapa prosedur akhirnya pihak CFS yang berkenaan telah memilih kepimpinan yang baru bagi menggantikan yang lama. Menjadi adat dunia yang datang mesti pergi, yang lama pula hendaklah ditukar kepada yang baru.. antara persatuan yang ingin saya ceritakjan serba sedikit dalam post kali ini ialah FSCC (Foundation Students Coordination Council), MRC (Mahallah Reprensentative Committee), Ben Society, dan juga IRKSS...

Kenapa 4 persatuan ini sahaja yang nak dimuatkan dalam post kali ini.. hehe.. ini adalah kerana keempat-empat persatuan tersebut di ketuai oleh pelajar daripada program persijilan tahfiz DQ-UIAM... mesti ada yang mengatakan artikel ini berunsurkan assobiah.. :) biarkan dah biasa mendengar cemuhan begitu rupa... senyap saja lah kerana mereka takkan faham sehingga mereka berada ditempat ini...

Sambung mula... Bukanlah ada satu pakatan di antara kami untuk menghantar pelajar daripada Program Khas ini untuk merebut jawatan-jawatan tersebut, tapi sekdar untuk berkongsi pengalaman dan melatih diri menjadi seorang pemimpin yang cemerlang...

Untuk kerusi FSCC, Presidennya ialah saudara Hamidi Zamri... atau name manjanya Midi. Midi merupakan Pengerusi Intellectual Quranic Generatioan Club (IQRAC) yang merupakan kelab rasmi untuk pelajar Program Tahfiz DQ-UIAM sewaktu di Darul Quran. Yang menariknya, beliau sendiri telah menerima panggilan daripada STAD (Students Activities Department) untuk mengmbil borang pemohonan menjadi committee untuk FSCC... hm....

Presiden MRC pulak si Aizat... yang ni satu lagi pakai kabel besar.. huhu... sebab die interview dengan ustaz Che Abdul Majid.. Aizat memang rapat dengan Ustaz Majid dari dulu lagi.. ini tak lain mesti sebab sama kelate ni.. dan sama Maahad... huhu.. :)

Kita ke Ben plak.. Mesti pelikkan, students DQ mana boleh amek Ben, English nye la ni... ada lah caranya nak tukar..:) tapi pertukaran si Rauyani ke BEn tak sia-sia.. hehe... Rauyani ataupun name samarannta Roy ni dapat memegang taklif sebagai Presiden... Sedikit sebanyak dapat lah mewujudkan lagi suasana Islamik InsyaAllah...

Dan akhirnya.. adik kami gen 9.. si Naim Sidqi telah menjawat jawatan Presiden IRKSS(Ilmu wahyu)... tapi disebabkan beliau bertukar ke maktab tugas beliau telah diambil oleh Si Abdul Malik. Malik ialah Presiden IQRAC gen 9 selepas Midi...

Jawatan bukanlah untuk dibanggakan ataupun untuk mengukur kehebatan seseorang, tetapi jawatan hanyalah satu bebanan untuk setiap insan yang memikulnya dan menjadi satu wasilah untuk seseorang itu menegakkan Islam...

Dalam surah al-ahzab ayat yang 72 Allah telah menjelaskan bahawasanya Allah telah memberi Amanah mentadbir dunia ini kepada langit dan gunung-gunung, tetapi ditolak dan manusia menerima amanah tersebut.... sungguh manusia itu zalim dan bodoh..

Semoga dengan peluang yang dimiliki oleh mereka dapat memberikan manfaat yang sangat berkesan kepada seluruh warga CFS IIUM insyaAllah...

1 comments:

k u f a i z said...

setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan dipertanggungjawabkan apa yang kamu pimpin..., hadith rasulullah...