Pages

Labels

Sunday, December 27, 2009

Jeram Tebrau-Part 1

"Tiada apa yang lebih bernilai dalam hidup ini melainkan pekerjaan yang dilaksanakan atas dasar cintakan Allah."

Alhamdulillah, 25 Disember 2009 bersamaan dengan 8 muharram 1431, ahli bilik B2-3-7 telah mengadakan rehlah di Jeram Tebrau, Negeri Sembilan. Walaupun yang anjurkan bilik B2-3-7 tapi ade juge ahli bilik lain yang turut serta memeriahkan suasana. Jumlah peserta keseluruhan ialah 18 orang. hm... ramai juge la tu. Malangnya kami cuma ada sebuah kereta sahaja. Pada awalnya ada 2 kereta, kereta Midi dan Hadi. Disebabkan Midi ada emergency kene balik guna keretanya, jadi kami terpaksa memanfaatkan sebaik mungkin kereta Hadi ini.. Penghargaan yang sangat tinggi kepada Hadi ye.. TQ.. huhu..


**********************************

Rehlah kali ini kami buat on the spot je.. tibe je tercetus idea dan terus jalan. Susah jugak lah nak pilih tempatnya, berlaku pertengkaran yang sangat dahsyat dalam bilik. Akhirnya setelah berbincang dan dipersetujui ahli bilik kami sebulat suara memilih Jeram Tebrau... huhu... jadi bermula la perancangan. Tapi yang kami musykil sampailah ke hari ini, sampai sekarang kami tak dapat detect lagi siapa pengarah yang sebenarnya... hmm... tapi alhamdulillah, rehlah berjalan dengan lancar sebab semua orang 'dengar kata'.

Sehari sebelum hari rehlah, kami telah mengutuskan 2 orang ahli bilik untuk survey tempat. Disebabkan budak IRK ada exam lagi, jadi kami hantar dua orang budak LAW untuk pergi. Perjalanan pertama menaiki kereta, tapi sesampainya di lokasi mereka mendapati tempat tu susah nak bawak kereta. Jadi 2 orang hamba Allah ni patah balik untuk meminjam Motor milik izudin.. haha... Agak dalam jugaklah tempat tu sebenarnya, ditambah dengan jalan yang tak berapa elok, memang mencabar mental dan fizikal la..

Akhirnya sampai la si Aizat dan Zaid ke lokasi rehlah... sempat pulak diorang mandi, bawak balik pasir ke bilik.. ces...!!


********************************************

Pada hari kejadian, kalau ikut perancangannye sume akan bertolak jam 7 pagi tu, tapi sebab MRC punye program lepas subuh tu jadi agak lewat la bertolak. Tapi takde la lari sangat masa. Saya pergi trip yang pertama... huhu.. excited sangat nak pegi rehlah ni...

Ni first time saya berhenti di Stesen KTM Tiroi. Pelik la plak stesen ni, dah la buruk.. tak de penjaga tiket plak.. ish3... tak membangun langsung. Sesampai je di stesen Tiroi kami mencari makanan untuk dijadikan alas perut... hehe... takde la sampai melantak pagi2 tu, makan sikit je.. sementara nak tunggu kawan2 yang lain...

Ini kumpulan pertama yang bergerak. Saya sekali la ni, jadi cameraman... huhu


Sebelum singgah di kedai tu, sempat jap kami bergambar di papan tanda.


Berkumpul di KTM Tiroi menanti kereta datang

Sampai je kawan2 yang lain kami kene tunggu kereta pula nak angkut kami ke Jeram tu. Agak jauh la jugak Jeram tu dari KTM Tiroi. Sementara tunggu kereta punggah, kami teruskan perjalanan. Beselah, kalau dah jalan ramai2 camni.. memang macam2 perkara lucu yang berlaku. Tapi saye
cume berdiam saje.. hehe... haha..

Berjalan sambil menantikan kereta.

Tak jauh kami jalan, sampai lah kereta. Nak angkut semua tak bleh, kene angkut sikit2.. tapi mane yang muat kami mampatkan dalam kete Hadi tu.. memang jadi sardin la.. Tapi saya tak naik lagi, kami meneruskan berjalan kaki 5 orang... jauh la sudah kami berjalan. Tibe2 ternampak satu wakaf berwarna hijau. Jadi kami pun berehat la sekejab nak betulkan otot2 yang dah longgar ni.. hehe.. letih woo jalan... sempat juga kami membuka bekal makanan kami untuk mengembalikan tenaga bagi meneruskan perjalanan.


Gambar sardin yang sedang diproses


Signboard wakaf yang kami berhenti. Perkataan "Membangun Bersama Islam" tu menarik minat untuk kami singgah berehat.

Dah lama menunggu akhirnya sampai la kereta untuk menjemput kami. Sebelum terus ke Jeram, kami pergi mencari air batu jap.. dekat je, ada kat kawasan2 situ jugak... huh... akhirnya sampai la saya dan rakan2 di Jeram Tebrau...



Siap membeli ais..

Nak tau aktiviti kami lagi, jangan ketinggalan untuk membaca di post yang akan datang ye.. huhu..

bersambung.....

MENARIK AKAN DATANG, JANGAN KETINGGALAN!!! HEHE

(^_^)

0 comments: