Pages

Labels

Thursday, December 24, 2009

Pulihkan semangat yang hilang..

Perantau musafir perjuangan,
tabahkanlah hati,
Berjuang di rantau orang,
sedih pilu hanya Engkau yang tahu...

Mungkin ramai di antara pembaca sekalian yang sudah lazim dengan ayat di atas. Ayat di atas dipetik daripada sebuah lagu yang bertajuk Perantau. Dinyanyikan oleh penyanyi terkenal iaitu bekas vokalis kumpulan Raihan, Nazrey Johani.

Lagu ini sering saya putarkan di laptop ataupun mp3 player berulang-ulang kali lebih lagi ketika terasa seolah hilang semangat diri dalam istilah lain disebut sebagai 'futur'. Bukan sahaja rentak dan juga muzik yang menarik tetapi yang dapat membawa roh untuk meneruskan kehidupan ialah kerana susunan lirik yang sangat memberi erti dalam diri saya. Pertama kali mendengar lagu ini sewaktu menumpang kereta seorang bekas pimpinan mahasiswa Malaysia menuju ke masjid untuk solat jumaat.

Gambar hiasan

Pertama kali mendengar, terasa keasyikan dalam lagu tersebut. Lalu bila balik ke Nilai saya terus mencari lagu tersebut, dan akhirnya berjaya saya mendapatkannya.

Tapi perjuang kembara perjuangan,
Ujian bukan batu penghalang,
Kerana itulah syarat dalam berjuang,

Seringkali kita ditimpa bala bencana atau kita selalu sebut sebagai ujian daripada Allah. Setiap manusia mempunyai ujian yang berbeza-beza.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar" (Baqarah:155)

Ujian memang menduga kekuatan iman kepada Allah. Tapi itulah syarat yang wajib ditempuh oleh setiap pendokong agama Allah. Menkutkan sebenarnya bila kita membuka sejarah perjuangan para pejuang2 darulu.. seperti Syeikh Ahmad Yasin yang dibom sehingga hancur kepalanya, tidak ketinggalan juga aktivis wanita iaitu Zainab al-Ghazali al-Jubaili yang dimasukkan ke dalam bilik yang terdapat anjing gila, kemudian dipukul sama seperti pukulan yang diterima oleh lelaki, di penjarakan di Penjara Air ayng cukup menyeksakan. Inilah semua yang syarat-syarat dalam perjuangan.

Mengapa pula perjuang hari ini boleh duduk senang. Takut untuk berhadapan dengan 'penyeksaan' daripada mendokong kemungkaran.

"dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik Yang menggagalkan tipu daya."

************

Teringat saya ketika aktiviti usrah sewaktu di SMKA TAHAP dahulu, senior saya pernah cakap bahawa menrut beberapa kajian, seseorang akan bertahan dengan semangat barunya hanya untuk seminggu. Kerana selepas itu kita perlu mencari material yang baru untuk menaikkan kembali semangat yang hilang.

Jadi bagi saya, saya pun pilih la lagu perantau ini sebagai material bagi saya untuk menaikkan kembali.

Mungkin ada sahabat saya yang sedar kalau ada videoshow yang saya buat selalunya mesti saya masukkan lagu Perantau. hehe... Sengaja saya masukkan, moga-moga dapat berkongsi minat dengan sahabat yang lain. Jadi kalau dah bosan dengan lagu ini mintaklah orang lain pulak buatkan ye...

Sekadar coretan untuk mengembalikan semangat setelah mood exam menguasai diri selama beberapa minggu...

3 comments:

Aku said...

gambar hiasan...haha

Imran Mohd said...

kereta wira..

Syahir Safwan said...

first dengar time muktamar pas.. haha