Pages

Labels

Friday, December 4, 2009

Pop Al-Quran

Assalamu'alaikum...

dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.
(Ali-Imran: 104)

Ayat diatas cukup popular di kalangan masyarakat pada hari ini khususnya golongan muda. Ayat yang telah mewajibkan kita semua untuk berdakwah. Dakwah dalam erti kata yang sebenar ialah mengajak orang kepada Allah. Mengajak kepada Allah bukan bermakna membawa seseorang itu berjumpa Allah. Kerana kita sekarang terlalu 'lurus' dengan memahami sesuatu perkataan, sehinggakan pemahaman kita terpesong daripada makna yang sebenar...

Mengajak kepada Allah, membawa seseorang itu kepada fitrah manusia yang azali iaitu bertuhankan Allah yang Maha Esa..

Pelbagai method yang boleh diguna dalam usaha untuk menjayakan projek dakwah kita.. ada yang menggunakan internet, sajak, nyanyian dan lain-lain.. cuma pada kali ini saya ingin berkongsi berita kecil ini.. just a little big..

Dalam industri hiburan kita kini kita dapat mendengar hadith Nabi SAW dilagukankan. Dan lagunya agak popular la juga, tapi mungkin tidak terlalu meluas di Malaysia... dan yang akan keluar pula nanti ialah ayat quran yang dilagukan mengikut rentak pop balada.. hehe

kita biasa dengar al-quran dialunkan mengikut rentak bayati, raz, hijjaz, saba' dll tapi bukan pop balada.. bunyinya agak giler sebenarnya.. tapi lagu ini bukanlah diiringi dengan muzik kerana perlu kita tahu bahawa al-quran haram dilagukan dengan muzik..

Apabila dikhabarkan oleh komposernye iaitu pensyarah saya sendiri bahawa tidak lama lagi beliau akan menghasilkan lagu tersebut, timbul la rase sangsi dalam diri.. bukannya tidak thiqah(percaya) dengan pensyarah tu, cuma sedikit was2...

lalu dengan menggunakna teknologi yang ada saya bertanye kepada Ustaz wan-G.. hehe... :

soalan saya :
Salam'alaik.. disini saye ada satu soalan.. berkenaan dengan bacaan dalam al-quran.. bagaimana kalau kita melagukan bacaan quran mengikut irama balada ataupun pop... adakah ianya dibenarkan. sebutan dan tajwid tetap dijage... ciptaan lagu al-quran ini dijadikan sebagai nyanyian, juga salah satu care berdakwah kata penciptanya.. lagu al-quran ini tidak disertakan dengan muzik, cumi irama saje mengikut ala-ala pop balada..

Jawapan ustaz :
berlagu ketika membaca al-quran dibenarkan. mengambil lagu2 pop atau balada untuk dilagukan dalam al-quran, perlu dilihat terlebih dahulu, apakah ia mengandungi unsur mempermain-main al-quran atau tidak. jika wujud unsur mempermain2kan al-quran, maka itu adalah haram...

Akhirnya terlerailah persoalan saya tadi dengan jawapan daripada seorang Ustaz sebentar tadi.. saya turut menghantar soalan ni kepada beberapa ustaz lain cuma sedang menanti jawapannya...

Jadi saya sambut baik momentum baru dalam berdakwah ini. semoga ianya dapat memberi roh Islam yang sejati dalam diri seluruh umat Islam..

Sama-sama kita nantikan lagu tersebut...(penciptanya dah nyanyikan sikit dalam kelas hari tu.. ok la... makhraj huruf dan tajwid alhamdulillah)

p/s : salah seorang artis yang mempopularkan lagu hadis tersebut ialah Muadz (lagu Stand Up)

0 comments: