Pages

Labels

Tuesday, December 29, 2009

Jeram Tebrau-Part 4 (Kembali ke jeram)

KEMBALI KE JERAM

Terasa letih la pulak untuk mendokumentasikan rehlah kami baru-baru ini. Tapi insyaAllah saya akan cuba habiskan. Secara beransur-ansur insyaAllah akan habis. Baru nak tulis cerita sudah lemah, macam mana nak tulis buku seperti yang saya rancangkan dengan sahabat saya. Kene kuatkan semangat untuk terus menulis.

"Masa untuk berubah ialah sekarang, bila kamu tangguh walau sesaat untuk berubah maka kamu memilih untuk tidak berubah."

Teringat saya sepotong ayat quran yang digantung di kanan masjid kampung saya, maksudnya berbunyi, "Barang siapa yang melakukan perkara jahat(dosa) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, dia akan mengetahui bahawa Allah itu maha pengampun"

Jadi jangan tangguh untuk melakukan perubahan dalam diri.

*****************************************

Sedikit peringatan diatas, supaya lebih kuat untuk mengupdate cerita pasal jeram ni. Banyak sangat la pulak.. haha..

Baik.... jom kita ikuti kisah selanjutnya...
Selepas selesai solat jumaat, kami beransur untuk pulang ke jeram. Aktiviti seterus menanti. Sambil menanti kereta siap untuk dinaiki, saya dan beberapa sahabat lain singgah sebentar di gerai untuk membasahkan tekak yang sudah agak kering ini. Gerai kecil ini milik seorang nenek tua. Kami serbu membuatkan nenek tadi agak terkejut la jugak. Lepas itu, kami serbu pulak masuk ke ruang buat air.. "tak pe mak cik, bia kami je la yang bukak penutup botol tu," kami menawarkan khidmat bantuan untuk membuka penutup botol minuman.

Adham sedang membuka penutup botol. Silap tu sebenarnya..

Ada jugak yang buat air sendiri je, belasah je la. Kedai tu dah jadi macam kedai nenek kami la pulak. Sambil duduk minum, topik yang hangat diperbincangkan ialah isu solat jumaat tadi. hehe. Malas nak ulas dah, ada yang tak berapa suka untuk diulas isu ini sebenarnya. Kerana takot terdapat unsur umpatan. Tapi bagi tujuan ilmiah saya kira boleh cuma, tetapi jangan sampai mencela dan mendedahkan keaiban yang melampau.

Minum sambil berbincang.

Lama minum, tibalah kereta untuk menjemput kami. Disebabkan jumlah kami yang ramai macam biasa kene bertrip la. Kali ni saya dapat trip ke dua pulak. Trip pertama dah sampai di jeram, diorang tak sempat singgah pun di gerai tu. Badan saya dah keletihan tahap melampau ni. Tau-tau saje lah kalau dah berendam dalam air, memerlukan banyak tenaga untuk memastikan suhu badan dalam keadaan stabil. Nak pulak air yang sejuk.. ceh.. pandai-pandai je... lantak la..

Bergaya di gerai nenek tadi.

Sampai saje di jeram saya cadangnya nak tido jap dimana-mana ruang yang ada, tapi melihat sahabat-sahabat lain terlalu excited tukar pakaian, ilang la rase nak tido tadi. Jadinya, saye pun terus tukar pakaian. Haha.. jom!!!!

Tapi perut lapar la pulak.. makanan yang kami bawak untuk pagi tadi je.. tengahari kene tawakal saje. Nasib baik ada kerepek lagi. Jadi itulah yang menjadi santapan kami beramai-ramai.

Cadangnya nak panjat bukit mencari tempat mandi yang lebih cantik, tapi atas faktor keselamatan terpaksa dibatalkan.. huhu.. berendam je la ditempat tadi. Sebenarnya, ada satu kawasan yang dibina di situ untuk mandi. Macam kolam la.. tetapi disebabkan air disekat dan dimasukkan pasir (ntah sape punye kerja la) menjadikan air bertakung yang menjadi sedikit kotor.

Lalu kami cuba untuk membuat satu aliran supaya air dapat mengalir dan kami boleh mandi disitu. Jadi kami buat satu aliran yang dinamakan 'Aliran Abah'. original idea daripada abah, kami just follow je... wokey!!! kita ikuti perkembangan kisah aliran abah nanti ye.. huhu..

'Aliran Abah' ataupun nama lainnya 'Terusan Syazwan' yang dalam permulaan.

Bersambung....

0 comments: