Pages

Labels

Sunday, December 27, 2009

Jeram Tebrau-Part 2 (Aktiviti)

AKTIVITI DI JERAM

Sambungan episod yang lepas.....

Alhamdulillah setelah selesai membeli ais, kami terus ke jeram. Kumpulan yang sebelum ni cume dihantar oleh kereta separuh jalan saje. Jadi disebabkan kami kumpulan terakhir jadi kenelah bawak kereta sampai ke Jeram. Dikhabarkan jalan nak ke sana memang teruk. Terpaksa naik bukit yang curang, jalan yang tak siap lagi dan macam2 lagi mehnah yang perlu dihadapi...

huhu...

krukk..!!!! argh!!! kuatnye bunyi kereta mengheret batu dibawah. "kite kene turun ni.. tak lepas dah ni.." cadangan sape ntah untuk keluar.. kami pun keluar dari kereta dan berjalan di depan sikit. Kemudian membiarkan kereta memanjat bukit cume bertemankan pemandu saje. Kami berlima iaitu saya, Izhan, Faiz, Syahir Halim, dan Syazwan(abah) menunggu diatas. Kalau kami semua duk dalam kereta ni memang sangkut la kereta tu di bukit... ujian2..

Kami terpaksa turun daripada kereta kerana jalan yang sangat teruk.. ish3..

Alhamdulillah jalan di depan ok sikit, baru diturap. Bau minyak tar pun masih kuat lagi. Cuma bukit je la yang menghalang Hadi memecut kereta laju, kalau tak memang kejap je dah sampai. Si Hadi ni mane bleh bawak kereta slow.

Huhuhu... sampai di Jeram. Keluar dari kereta saya terus berlari mendapatkan kawa-kawan lain untuk amek gambar diorang. Ada yang dalam air tengah berendam, ada pulak yang tengah makan.. huhu.. trip terakhir(kami lah) sampai lebih kurang dalam pukul 10 pagi....

Ha.. nak tau aktiviti pagi tu, kite lihat gambar-gambar di bawah:

Aktiviti yang pertama bagi yang sudah sampai ialah makan. Makan nasi lemak yang di tapau dari Nilai.

Sume peserta sampai di Jeram Tebrau. Bersedia untuk menjalankan aktiviti sikit.. huhu.. eh apsal budak baju merah pandang kamera... kui3...

Ade juga yang berendam...

Habis makan, saya pun dengan secepat mungkin bersiap nak mandi. Saya dan beberapa orang makhluk lain terus naik ke atas. Bukan tempat air terjun pun, tapi macam best sikit la dari bawah ni.

Saya dan makhluk 'jambu' ni.. haha...

Dah puas la jugak bermain air di atas kami turun semula di bawah untuk bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Macam tak syok plak berpecah ni.. huhu.. naik atas sebenarnya nak bergambar je.. tapi tak boleh nak upload banyak-banyak.. haha...

Apa yang diorang buat sebenarnya. Kami turun tengok diorang tengah main 'buli'. Membuli seseorang yang berada ditengah yang cube merebut bola. Setibanya kami dibawah terdengar la arahan daripada 'unit modul' (dia yang lantik diri sendiri) ajak main bola beracun. huh.. memang permainan kegemaran saya tu... dah lama tak panas tangan main bola baling... Jadi Aizat selaku unit modul mengetuai permainan tersebut...

Ni gambar pasukan yang kalah tu.. kita dapat lihat sendiri muka-muka kekalahan.. haha

ini pulak gambar kumpulan yang telah menjuarai permainan tersebut. Kelihatan Aizat baru saje menanduk bola keluar daripada kawasan permainan. Tahniah!!! (saya kumpullan yang ni la.. huhu)

Fuh letih jugak la... Yang penting seronok, berjaya 'membunuh' dua orang dengan satu balingan saja.. huhu.. kesian kumpulan diorang, kumpulan yang gagal tu cuma mampu bertahan selama 2 minit 50+- saat saje berbanding kumpulan kami mampu bertahan lebih daripada 3 minit tu pun dalam keadaan 3 orang yang masih belum terputus nyawa.. (^_^)

*********************

Sudah habis bertembur didaratan, kami menuju pula ke medan tempur yang lain.. haha.. masuk ke dalam air... Setelah sekian lama dihimpit kesibukan bandar Nilai. Dengan pelajaran ditambahkan kerja-kerja persatuan. Inilah masenya untuk kami merehatkan minda yang sudah padat. Alhamdulillah dengan izin Allah tiada perkara dingin berlaku sepanjang rehlah kali ini... huhu...

Wajah ceria sebahagian daripada kami.. huhu

Diringkaskan cerita.. dah lame bermain air, simbah menyimbah orang... jadi kami pun bersiap untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. Masjid agak jauh jugak la, terpaksa beberapa trip perjalanan menaiki kereta. Alhamdulillah kami sempat sampai pada masenye..

Bersiap untuk trip pertama ke Masjid

Di masjid ada beberape perkara yang pelik berlaku sebenarnye. Tak pernah saya tengok keadaan macam tu.. tapi.. saya nak ceritakan pada next post la.. huhu..

Bersambung.....

0 comments: