Pages

Labels

Sunday, June 28, 2009

Perginya Anak Haji Uda

CFSIIUM NIlai, 22 jun 2009 - Sedang saya di kelas Aqidah tiba-tiba handset saya bergetar.. bila tengok call daripada Kak Long… tapi saya tak angkat.. kemudian saya hantar mesej, Kak Long balas mesej.. “wan dh xde”..

Terus hilang fokus saya dalam kelas.. nak mintak keluar tapi masa berbaki Cuma beberapa minit lagi.. jadi tunggu je la sampai kelas habis.. apa yang disampaikan ustaz dah tak masuk dalam kepala.. sibuk merancang perjalanan pulang dengan Kak Long..

Habis kelas saya terus ke bilik tukar kasut dan menuju ke masjid untuk solat zuhur.. kak long sudah berada di masjid. Selesai solat zuhur kami terus pulang menaiki kereta kancil yang dinaiki oleh 4 orang iaitu saya, kak long, pakteh Atif dan mak ndak Adah… Berangkatlah kami dalam keadaan yang agak tergesa-gesa dan sangat lapar… jadi makan dalam kereta je.. kebetulan pula saya puasa hari tu, jadi tengok jelah diorang makan…

Sebelum sampai ke Bandar Raub kami ditahan oleh Polis Trafik dan disaman atas kesalahan memotong double line… kene RM 200… redha je la dengan ketentuan….

Sesampainya kami di kampung, azan asar berkumandang.. saya terus mengambil wuduk untuk menunaikan solat asar. Selesai solat asar saya masuk ke rumah untuk melihat jenazah wan.. selepas ayah saya mencium wan saya pula… melihat sanak saudara yang menangis terasa sangat sebak dihati ini… tetapi masih dapat ditahan.. kemudian kami solat jenazah untuk round yang pertama diimamkan oleh Pak ndak Nasran, Adik bongsu ayah….

Diceritakan malam sebelum kematian adik kecil saya Syamil mintak bersungguh-sungguh nak pergi menjenguk wan dihospital. Tapi mak kata tak boleh sebab dah lewat malam dan mak pun ada kerja yang belum selesai.. tapi adik nak pergi jugak, bila mengantuk adik pergi basuh mukanya taknak bagi die tertido… sepanjang saya dan kak long ada dirumah adik tak pernah pun nak pergi ke hospital, Cuma sibuk bermain dengan sepupunya…

Jadinya, selepas mak selesaikan kerjanya, mak pun bawak adik ke hospital… waktu ketika itu sudah pun lewat malam.. yang tinggal di hospital Cuma ayah dan beberapa orang lagi saudara terdekat…. Mungkin naluri yang dikurnikan Allah kepada anak kecil ini memberi petanda yang besar bahawanya akan perginya wan buat selama-lamanya…

Pengebumian dalam rancangan awalnya ingin diadakan sebelum maghrib sebab nak tunggu sorang lagi mak sedara saya yang masih belum sampai… sampainya mak sedara kemudian diadakan solat jenazah sekali lagi dan barulah jenazah dibawa ke tanah perkuburan kampong Relong. Setelah selesai pengebumian, bacaan talkin disempurnakan oleh Pak Ndak dan tahlil oleh Aki We…

jenazah wan dibawa ke tanah perkuburan


Ayah, Pak Ndak dan Pak Long Upi menyambut jenazah wan

Dalam bacaan talkin telah mengingatkan semua hadirin yang hadir bahawa setiap amalan dimuka bumi ini akan dihitung oleh Allah dan manjadikan kematian pada hari tersebut sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua….

Teringat saya sewaktu perjalanan pulang… kami terpaksa menempuh hujan yang agak lebat di kawasan Bandar Raub dan Lipis… Alhamdulillah di kampung relong cuaca baik Cuma kelihatan mendung petanda nak hujan…. Selepas selesai pengebumian dan bacaan tahlil selepas isyaknya barulah hujan turun membasahi bumi ini… semoga kita semua dimatikan Allah dalam keadaan baik…

Keesokkannya kami bergerak pulang ke tempat kami…

.::Al-Fatihah::.

3 comments:

ayaharith said...

innalillah~

Lokman Hakim said...

innalillahi~

salam takziah dari aku, shahir.semoga tabah dengan semua ujian ini...kita doakan kesejahteraan arwah...

mAyRa sUmAiYaH said...

sori laa..dat time alg lapar sgt..sbb tu main mkn jer dlm kete.. huhuhu oppss pembetulan.. Pihak polis baik hati sbb krg kn sman kite..hehhe TQ PDRM...
emmmm raya thn ni da tk dpt raya ngn wan... huhuhuhuhuu

wei, blog family awt tk update???