Pages

Labels

Saturday, March 13, 2010

Jiwa besar si anak Sabah

Perjalanan saya ke Gombak baru-baru ini mengukir banyak pengajaran. Walaupun sudah berulang kali sampai ke simen gombak itu tetapi hakikatnya setiap detik mesti berubah keadaannya, dan kali ini saya dapat beberapa perkara yang baru.


Sesampainya saya di UIAM Gombak, saya terus ke bilik sahabat saya di Mahallah Sidiq tingkat paling atas. Letih mendaki... Niat hati nak makan malam bersama sahabat-sahabat di sana tetapi ramai pulak yang ada kerjanya, ada yang ke PJ la, ada yang iftor, ada pulak yang exam, jadi kami makan berdua sahajalah.

"Malam ni aku nak pegi kosert Nazrey Johani kat BMI, ko nak ikut tak?" saya mendapat SMS daripada sahabat saya yang tahu kehadiran saya di Gombak.

Dia dah kenal saya, yang boleh kata 'Gila' konsert nasyid ni. Tapi saya cuma mengikut 'driver' saye je. Sampainye saya ke Gombak hanyalah memenuhi jemputan untuk memberi satu slot ceramah kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang terpilih di sebuah Kem berhampiran. Tetapi ada plak jemputan tambahan.. memang bertuah sungguh...

alhamdulillah teman saya yang menjadi driver saya ni pun macam saya jugak, memang pantang kalau ada nasyid. Confirm nak pergi. jadi bergeraklah kami ke British Malaysian Institute pada malam itu.

Sesampai je di dewan BMI ada sorang bertnye kepada kami, "UIA kan? untuk Ma'aruf Club UIA ada kerusi VIP di depan."

Walaupun bukan ahli Ma'aruf Club pun saya pergi je la kat depan tu. Alang2 banyak kerusi kosong di sana...

Saya mengamati lagu-lagu daripada Nazrey, seorang penyanyi lagu nasyid yang saya sangat minat dari dulu lagi. Sudah beberapa kali saya berjumpa live dengannya, pernah sekali kami bergambar beramai-ramai dengan Nazrey sewaktu di CFS PJ dahulu.


Dalam kelunakkan suaranya dan juga lirik lagu yang menyentuh hati, saya tertarik dengan semangatnya untuk mendirikan sebuah pusat pengajian tahfiz di Sabah. Katanya dia tertarik dengan pengajian pondok yang terdapat di semenanjung ini, sistem yang tersusun dengan kaedah pembelajaran Islam. Target untuk mendirikan pusat pengajian itu adalah sebanyak RM15 juta.

Gambar Tahfiz

Satu usaha yang sangat besar sumbangan kepada Islam. Dalam keadaan Islam yang sedang pesat membangun di Malaysia ini, kenapa pula ada suatu tempat yang ketinggalan. inilah luahan hatinya yang bersyukur atas nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Kebimbangan kepada dakyah kistian juga telah menguatkan langkahnya untuk meneruskan projek besarnya ini. Boleh jadi pemikirannya berkata, "mungkin anak-anakku merasai nikmat Islam, tetapi adakah cucu cicitku merasainya.??"

Hati saya terharu apabila menyaksikan tayangan 3d design untuk pusat pengajian tersebut. Subhanallah, begitu cantik tempatnya dan andaikata ianya berjaya didirikan di Sabah nanti insyaAllah akan menjadi pusat pengajian Islam yang akan melahirkan ramai tentera-tentera Allah.

Rumah Tamu Tahfiz

Ketekunan beliau mencari dana untuk mendirikan pusat pengajian ini memang saya kagumi. Kalaulah saya punya masa setahun ini untuk turut serta dalam Tour de Tahfiz ni, mestisaya ikut punye. Sambil-sambil dapat enjoy dengan show nasyid.

Saya doakan semoga projek beliau berjaya seperti yang dirancang. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti perkembangan sesama projek ini boleh layari laman berikut


Di situ ada lengkap berkenaan dengan perkembangan sesama dan juga maklumat untuk sesiapa yang ingin memberi sumbangan. Jangan berat untuk membersihkan harta kita kerana terdapat dalam harta kita itu, hak untuk orang lain.

wallahu'alam..

1 comments:

Rerama Ungu said...

Kita juga sepatutnya menyimpan niat sepertinya,kan?
apa kita nak sumbang untuk Islam?...