Pages

Labels

Thursday, October 1, 2009

MehnahMu..

22. tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

23. (kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

Terkenang aku saat ditimpa berbagai-bagai ujian dahulu. Ayat diatas menjadi menguat diriku untuk terus berjuang.

“Syahir, buke surah al-Hadid” Ustaz tasmi’ aku Ustaz Ariff memberi arahan kepadaku untuk membuka surah Hadid yang ada didalam al-quran. Aku terkial-kial mencari, maklumlah belum sampai muqarrar untuk hafal surah tu lagi, jadinya tak tahu la dimana kedudukannya.

Akhirnya aku berjaya mencarinya. Bukan aku sorang je yang cari, kesemua ahli kelas lain turut bersama mencari. Inilah ukhuwah kita panggil. Bila sahabat dalam kesusahan dan kesedihan kita berada disekelilingnya bersedia untuk memberi sokongan bukan membiarkan sahabat rebah tanpa dipapah.

“Cuba tengok surah ayat 22 dan 23 dalam surah tu…. Ha bacakan ayat itu” arahan seterusnya daripada Ustaz. Ustaz aku memang suka memberi tazkirah. Berbeza dengan sebahagian Ustaz kelas lain yang hanya datang untuk mentasmi’ sahaja.Kelas kami biasanya akan habis awal masa tasmi’ kerana memberi ruang untuk tazkirah.

55. dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang Yang beriman.

Begitulah apa yang dikatakan Allah dalam surah Dzariyat ayat yang ke 55. Begitu besar maknanya..

Kadang-kadang Ustaz Ariff memberi ruang kepada kami memberi tazkirah. Sempatlah juga aku menyampai tazkirah sebanyak 3 kali.

“Apa yang Allah cuba sampaikan dalam ayat diatas?” Tanya Ustaz Ariff kepada ahli kelas yang sedang tekun mendengar.

“Allah kata kepada kita, setiap perkara yang berlaku kepada kita, semuanya telah ditetapkan oleh Allah dari dulu lagi. Oleh itu janganlah kita terlalu sedih bila ditimpa bencana dan terlalu gembira bila dikurniakan ganjaran. Semuanya adalah percaturan Allah untuk melihat adakah hambaNya beriman ataupun tidak” Ustaz mensyarah ayat tersebut secara ringkas..

Ayat tersebut menyentuh hatiku yang berada dalam kesedihan yang melampau ketika itu. Ya Allah.. berdosanya aku kerana telah bersangka buruk denganMu… rupanya Kau sangat menyayangi HambaMu ini. Tangisan sering mengiringi diriku ini bila teringat akan peristiwa ini.

Dan sekarang…..

Keluar aku dari dewan peperiksaan dengan jiwa yang gelisah. Adakah akan berlaku satu keajaiban. Itu yang yang ku harapkan. Entah apa yang aku tulis dalam dewan peperiksaan tadi. Belasah la… Peristiwa silam menghantui diri aku. Banyak perkara yang aku fikirkan…

22. tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

23. (kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

Sekali lagi ayat ini terlintas difikiran… Ya Allah… jangan Kau benarkan hati ini sekali lagi memburuk sangka kepada Kau… Engkau lebih mengetahui apa yang Kau tetapkan..

Tiba-tiba aku teringat mesej yang pernah ku terima semasa menuntut di Kuala Kubu Baharu dulu, “ Ya Allah jika kecemerlangan ini baik untuk aku dan perjuanganMu maka Kau berikanlah aku kecemerlangan. Tetapi jika kecemerlangan ini akan membawa aku jauh dan lalai daripadaMu, maka engkau lebih tahu apa yang aku perlukan.

Aku cuba kuatkan diriku untuk melemparkan senyuman kepada sahabat-sahabat ku yang lain… Beratnya ingin senyum.. terasa begitu ketat muka ini untuk aku melebarkan mulut memberi senyuman… biarlah senyuman itu palsu. Jangan rosak persaudaraan antara kami.

Lebih menambah kesedihan aku bila mendapat ‘serangan jarak jauh’ bertubi-tubi. Ikut hati nak serang balik, kalau aku serang mesti tercetus perang besar. Aku mengalah. Nak cerita keadaan aku yang macam ini mesti dia tak faham. Biarkan…

Akhirnya kesedihanku terukir di laman ini… hehe… takpe la sekali kala….

MehnahMu itu penghapus dosaku mengganti hukumanku diakhirat

Kata sahabat aku yang aku jumpa untuk mengubat kesedihan malam tadinya di Sutera USIM, “Aku lagi patut sedih

Aku cuba kuatkan diri menyatakan bahawa Allah lebih mengetahui apa yang perlu aku lalui di dunia…

2 comments:

Anonymous said...

masya ALLAH...

sahabatku, risau pula serangan jarak jauh tu ana yang buat tanpa sedar. Asif menyusahkan.tak pa..kalau sempat belajar dalam dirasat ada satu tajuk pasal sabar.cerita nabi yusuf, tapi..bleh di aplikasikan untuk semua org..bleh tengok balik.

Satu yang memberi kesan, betapa kita ada masalah jgn kita cari org lain selain ALLAh..mengadu pada ALLAH..biar macam mana pun masalah.
Bagi ana...biarpun tak dapat jwb mcm nta..tp, ana dapat ibrah dari apa yang ana baca wlu tak keluar.

Ilmu yang kita dapat dalam kelas bukan semata-mata untuk exam. Tapi bagaimana nak aplikasikan di luar nanti. itu lebih penting.

kalau pun kita terpaksa , na'udzubillah..'belajar semula'..anggap itu sebagai satu tarbiyah ALLAH. Itu bahagian kita, itulah juga rezeki kita..

Allah nak kita betul2 kuasai benda tu..Btul2 nak bersihkan diri kita.
Apapun, optimislah... Dia tetap SAYANG nta.

Asif, semua yang ana tulis ni untuk diri ana juga. Sama2lah muhasabah.

Perbetulkan niat mencari ilmu..bittaufiq wannajah esok.
ambil kekuatan dalam subjek akidah ni.

Imran Mohd said...

Mehnah..