Pages

Labels

Monday, May 25, 2009

PeMbuKaAN Ta'AruF WeEk

24 Mei 2009 pulak dibuka pendaftaran untuk pelajar kursus ekonomi, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Undang-undang, Sains Kemanusian, dan juga Arkitek…

Hari tu jugak terpaksa stand by 2 kerja sekali… mula-mula kumpulkan pelajar yang daftar semalam untuk pergi taklimat… lepas tu siap sedia di mahallah untuk menyambut pelajar baru daftar hari ni… kumpul diorang ni senang je… kumpul kat padang, pastu baca ma’thurat then lepas kan diorang ke venue masing-masing…

Hari pertama kumpulkan pelajar baru

Lepas tu baru lah bergerak semula tu mahallah… hari kedua pendaftaran, agak lesu dan tidak bermaya sedikit lah… bukan saya je, kawan lain pun sama.. mungkin letih sangat semalam kot, nak senyum pun dah tak berapa larat sangat dah… tapi senyum jugak la… kene kawal mental dan emosi…

Hari kedua pun sama…. Kene layan karenah penjaga yang banyak bertanya.. panggilan daripada students pun masih banyak lagi… kenapa lah ditampal nombor telefon kami di pintu tu…?? Dah letih pergi memantau dari bilik ke bilik, saya pun turun ke bawah duduk di kaunter mahallah… duduk berehat kejap… tapi muka tak leh rehat kene sentiasa senyum….

Tengah duduk berehat datang seorang penjaga..

“Assalamu’alaikum adik..?” tanye pak cik ni.. saya jawab salam dia dengan biasa sahaja… rupanya pakcik ni nak buat aduan tentang kerosakan loker anak die… loker anak die tak buleh kunci.. sebenarnya dah banyak kes macam tu… kami ni mana lah tau nak buat macam mana.. tugas kami Cuma menunjukkan pelajar arah bilik mereka. Nak je rase nye cakap kat pakcik tu.. tapi senyap je la, layan je dulu… orang lain boleh je bersabar, sebab kerosakan bukan boleh dibaiki serta merta…. Akhirnya kes ini pun selesai, untuk meredakan kemarahan pakcik ni tadi kene baca sikit ayat2 yang dipelajari sebelum ni untuk melembutkan hati mereka.. senjata rahsia turun kemurun..hehe..:)

Hari kedua ni ada la jumpe beberapa orang yang terkenal kat Malaysia ni.. pagi tu diberitahu ada anak YB Salahuddin Ayub… tercari-cari gak mana YB Salahuddin ni, akhirnya Nampak dia masuk ke kafetaria… wah… lagi, ada sahabat lain bagi tau jumpe dengan ustaz Misbahul Munir. Tapi yang ni tak sempat jumpe lah, Ustaz tu dah balik awal lagi… Di Mahallah Abu Bakar pulak, sedang sembang-sembang dengan penjaga, ternampak lah pulak sorang artis in-team ni.. kalau tak silap yang nama dia Shah tu… dia hantar adik die kot… huhu…

Sampai waktu petang dah takde orang yang nak check in di Abu Bakar.. jadinya boleh la rehat kejap sebelum sambung kerja membantu di Mahallah lain…

Malamnye pulak kumpulkan students yang daftar pagi tadi untuk pergi briefing exam selepas maghrib… students dari course yang lain buat lah aktiviti bebas, tapi selepas isya’ dikumpulkan juga kejap pelajar-pelajar yang tidak terlibat dengan briefing malam tu.. ada sedikit amanat nak bagi…

Keesokannya pula…. Da takde pendaftaran, pagi tu macam biasa kejutkan budak solat subuh lepas tu kumpulkan diorang di padang….. hm.. hari ni hari diorang exam English n Arabic.. maksudnya waktu rehat untuk kami.. kerja kami sebagai RDW cume kumpulkan budak je.. pastu rehat… stand by untuk malam nanti pula..

Malamnye adalah opening ceremony… lepas solat maghrib kumpulkan pelajar baru ni di padang… mulanya Nampak macam nak hujan, dah turun pun setitik dua air hujan. Tapi Alhamdulillah keadaan kembali ok… majlis pembukaan dimulakan dengan menyambut ketibaan Dean dengan diiringi deputy dean of STAD dan committee lain…

Opening Ceremony

Sedikit yang menarik ialah gimik yang telah dibuat oleh OCC.. tahniah kerana Berjaya wat gimik yang smart macam tu. Memang sedikit touching la malam tu.. insyaAllah moga2 niat kamu sume untuk berdakwah dalam gimik tu Berjaya dan masuk kedalam hati kita semua… Amin….

Selesai opening, semua pelajar dikehendaki ke masjid unutk menunaikan solat isya’.. kemudian baru lah boleh tido…..

1 comments:

fauziah hanum said...

kerja tuk biro RDW memang banyak2 kena sabar dan tabah