Pages

Labels

Wednesday, October 22, 2008

Cuti Sem...........

Salam'alaik....

Akhirnya tamatlah sudah final exam untuk first sem ni.... Last exam 17hb 10 hari tu, kirenya malam tu or pagi esoknya boleh lah penulis berangkat pulang ke Kampung di Kuala lipis. Tapi alang-alang ada mase yang terluang lebih baik lah diisi dengan sedikit perkara yang bermanfaat iaitu jalan raya.... selagi syawal masih ada, raye tetap raye.......

Pada esoknya iaitu hari sabtu berlangsung jamuan Raya di Dewan Masjid Kolej Malaya. Jamuan bermula jam 2 petang (kalau dalam jadual la) dan akhir selepas Asar. Habis je jamuan penulis pun pergi berehat dan berkemas sebab malam nantinya nak pergi melawat seorang sahabat kami di Universiti Malaya...hehe.

Lepas solat maghrib kami berkumpul kat Masjid, cadangnya nak pergi lepas solat maghrib tu lah. Tapi sebab ada sorang yang ada masalah peribadi jadi terlewat sikit bertolak. Sampai di UM kami jumpe dengan sahabat yang kami janji nak jumpe. Malam tu kami tidur di surau Kolej...

***********************************************************************

Pada jam lebih kurang 5.40 pagi dua sahabat kami berangkat pulang sebab nak kejar flight ke Sarawak. Patutnya kami gerak sekali, tapi dah tak sedar jadi diorang gerak dulu la...

Selesai solat subuh sempat jap bersembang dengan brother yang ada kat surau pagi tu, then baru pergi sarapan. Kami bertolak keluar dari UM jam 9 pagi. Saya dan Firdaus pulak lepas tu pergi menuju ke Darul Quran, yang lain balik semula ke CFS PJ. Sebelum sampai ke Darul Quran kami singgah sekejap di rumah Hadi, nak jalan Raya..... lepas tu baru pergi DQ, bertolak pulang dari DQ lepas asar, kami berhenti di stesen KTM Serendah. Pas tu Kami balik naik kereta sekali ngan Hadi ke CFS PJ.

Perjalanan ke SMKA TAHAP

Keesokan harinya (ahad, 19/10/2008) kami geng2 tahapian(Saya, Saiful Bahri, Firdaus, Syed, Shafie) dari UIA berkumpul kat UKC1 sebelum berangkat ke Jerantut. rombongan diketui oleh saudara Syed Ahmad Fadhli. Kami kumpul jam 9.30 pagi dan mula bertolak dalam jam 10 pagi.

Sampai di stesen bas pekeliling lebih kurang pukul 11 pagi, kami terus pergi beli tiket. Tiket ke Jerantut dah naik harga kalau dulunya dalam RM13 lebih tapi sekarang dah RM 19.... lepas beli tiket tu pergilah minum-minum dulu sementara menunggu bas..

Sampai di Jerantut lebih kurang pukul 3 petang. Kami terus solat zuhur dan Asar (jama') di surau bomba dan lepas tu kami ke gerai Mak Syed, nak berehat jap. Lepas asar, dalam pukul 4.50 petang kami pergi menziarahi Cikgu Noraini di rumahnya. Sedang kami dudukbersembang di rumah Cikgu, Hazman Naem pun Datang. Lepas tu kami pergi masuk ke SMKA TAHAP naik kereta Hazman.

Sampai di TAHAP kami berjumpa dengan mane-mane budak yang sempat kami jumpe je la sebab waktu dah nak maghrib, Firdaus kene bagi tazkirah maghrib malam tu Ustaz Hairul suruh. Selesai solat Isyak di surau TAHAP kami ambik peluang jumpe dengan Ustaz Hairul, lepas tu datang pulak Ustaz Zul dan Ustaz Hadzri. Tapi kami jumpe sekejap je sebab dah janji dengan Ustaz Din nak datang rumah malam itu. Lepas tu kami terus ke rumah Ustaz Din, dan seterusnya ke rumah Ustaz Halimi.

Malam diasrama pulak penulis ambik peluang pergi berkenal-kenalan dengan pelajar tingkatan satu dan tingkata dua. Saje je la, nak sembang-sembang. malam tu gak ada perjumpaan dengan KP dan gak PAI, tapi tak pergi lah takde ape nak cakap...

Keesokan paginya kami semua pergi melawat Cikgu-cikgu kat TAHAP ni... gembira jugak kami jumpe cikgu2 ni. Cikgu pun sama gembira je bila jumpe kami... Destinasi kami yang terakhir ialah ke Rumah Ustaz Syed Nazir... kami pergi ke sana naik kereta yang ditumpangkan oleh Ustaz Hairul, tapi tak leh lame gak kat sana sebab masing-masing ada hal. Sempat la jugak dalma 40 minit di Rumah Ustaz.

Jam 3 petang kami beransur lah dari rumah Ustaz Syed ke bandar Jerantut, Penulis naik bas ke Lipis jam 3.20 petang sekali ngan Firdaus. Akhirnya sampai kat rumah dalam pukul 5.20 petang.... the end....

kata penulis: Kali ni tulis gitu-gitu je lah, tak sempat nak coret panjang-panjang sebab cerita kali ni panjang sangat, Banyak peristiwa yang berlakunya. Satu lagi kali ni tak de gambar cm bias sebab h.set bermasalah sikit waktu tu tak leh la nak ambik gambar.

1 comments:

dan said...

ya Allah. rindunya. ntah ustaz din ingat akui tak..rindunya..

rindu kat korang gak.