Pages

Labels

Friday, August 1, 2008

'Mengembek' di Kandang Harimau













Ada pepatah melayu menyebut ‘Masuk kandang kambing mengembek, Masuk kandang harimau mengaum’ (lebih kurang macam tulah bunyinya). Maksudnya manusia mestilah pandai untuk menyesusaikan diri dimana sahaja mereka berada. Seperti orang kampung yang baru berhijrah ke Bandar, mereka hendaklah pandai menyesuaikan diri di kawasan baru itu seperi pengurusan perbelanjaan, tempat tinggal, pengangkutan dan sebagainya. Begitu juga orang bandar yang berhujrah ke kampung.

Tetapi malangnya ada juga yang menggambil falsafah daripada pepatah ini sebagai jalan untuk melarikan diri daripada sesetengah pelaksaan syariat Islam. Mungkin tidak dilafazkan dengan perkataan tapi dipertunjukkan melalui amalan. Satu contoh yang mudah untuk kita lebih jelah, situasi yang mungkin berlaku kawasan kita satu program keagamaan diadakan. Hadirin yang hadir datang dengan penuh sopan. Yang lelakinya datang dengan memakai kopiah atau songkok, yang perempuan pula memakai tudung ataupun paling kurang selendang untuk menutupi kepada. Tetapi apabila ke majlis lain mereka tampil dalam keadaan yang aurat mereka terbuka. Orang yang sama tetapi mempunyai ‘watak’ yang berbeza.

Itu baru diambil kita dari segi pemakaian, kalau nak tengok dari segi lain masih banyak. Segelintir umat Islam hari ini tidak mempunyai pegangan yang kukuh. Fahaman yang dianuti adalah ideologi semata-mata bukanlah daripada Al-Quran sepenuhnya. Al-Quran dijadikan panduan cuma pada sebahagian hukum sahaja. Manakala, yang lain tidak dituruti. Mereka begitu mudah terpengaruh dengan proganda yang diadakan oleh orang lain. Perihal orang yang sebegini telah dijelaskan oleh Allah dalam kitabNya pada surah Annisa’ ayat yang ke 143

143. mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian Yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). dan sesiapa Yang disesatkan oleh Allah, maka Engkau (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.

Cuba kita selidik kembali punca berlakunya masalah ini. Adakah ianya datang daripada kurangnya ilmu agama ataupuan sikap diri yang memang suka menolak kebenaran agama. Jawapannya, kedua-duanya adalah betul. Tidak kurang juga ada orang yang mahir tentang ilmu agama tetapi disebabkan terpengaruh dengan suasana sekarang yang terlalu mementingkan gaya dan populariti menyebabkan mereka menyembunyikan pengetahuan mereka. Sebagai umat Islam, kita haruslah mempunyai pegangan agama yang kuat, yakin dengan kebenaran dari al-Quran. Percayai tentang azab Allah dan sebagainya.

Jadi apa yang perlu kita semua lakukan ialah tuntut ilmu sedalam mungkin dan mengamalkan ilmu yang ada pada diri kita. Kita mestilah membina diri kita untuk menjadi orang yang soleh dan solehah. Janganlah kita mengharapkan suasana yang mengubah diri kita untuk jadi baik. Tetapi kita kena bina dasar yang kukuh dalam diri supaya dimana saja kita pergi syariat Islam dilaksanakan dalam diri kita. Kata Imam hassan Al-Hudaibi, “Binalah daulah Islamiah dalam dirimu, nescaya akan tertegak daulah Islam di tanah airmu.”



Jadilah seperti ikan dilautan, walau air laut itu masin tetapi tetap tawar ikan tersebut.

1 comments:

muhamad izwan abu bakar said...

betul tue, kita seharusnya berprinsip, cuma dalam soal pendekatan je kita bole berubah rubah mengikut 'kandang' yang kita masuk. :) teruskan menulis