Pages

Labels

Friday, August 1, 2008

Alif... Baa... Taa...

Al-Quran ialah Kitabullah yang diturun oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W. secara mutawattir dalam bahasa arab melalui perantaraan malaikat Jibril A.S. Al-Quran adalah kalamullah yang manjadi panduan hidup manusia. Al-Quran mengandungi semua aspek kehidupan manusia. Walaupun Al-Quran diturunkan pada lebih 1400 tahun yang lalu, tetapi pelaksanaannya sesuai hingga ke hari ini. Tetapi malangnya terdapat orang Islam sendiri yang tidak mahu mengikut pelaksanaan berdasrkan Al-Quran bahkan lagi teruk ada yang menolak Al-Quran dengan mengatakan Syariat berlandaskan Al-Quran hari ini adalah jumud. Astaghfirullah…


JOM BACA AL-QURAN....



Golongan muda khususnya mesti menguasai bidang Al-Quran. Mari kita ingat kembali sewaktu kita mula-mula berlajar membaca Al-Quran kecil dahulu. Kita mulakan dengan membaca buku iqra’ untuk mengenal huruf. Ada pula yang bermula dengan buku muqaddam. Kemudian bila kita tamat membaca buku iqra’, bermulalah pembacaan Al-Quran kita.
Al-Quran dibaca setiap hari, ibu bapa kita menyuruh kita untuk pergi belajar mengaji. Ada yang suka ke kelas mengaji dan ada yang tidak suka. Walaubagaimanapun, Ibu bapa mesti malaksanakan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak mereka. Malang sekali ada juga dikalangan remaja hari ini yang bilamana disuruh baca Al-Quran mereka diam membisu kerana tidak tahu membaca. Tambah menyedihkan lagi bilangan untuk golongan ini bukanlah sedikit.
Saya cuba untuk berkongsi pengalaman sewaktu menjadi fasilitator bagi program motivasi bawah anjuran zakat Selangor awal tahun 2008. Peserta yang diambil adalah daripada kalangan pelajar tingkatan 3. Bila ditanya adakah tahu membaca Al-Quran rata-rata mengatakan tidak tahu. Jadi bagaimana ingin memperjuangkan hak-hak yang terdapat dalam Al-Quran sedangkan diri sendiri tidak pandai untuk membaca Al-Quran.Oleh itu, sebagai seorang muslim yang berpegang teguh dengan ajaran A-Quran dan Assunnah, marilah kita pertingkatkan bacaan Al-Quran kita. Jadikanlah Al-Quran sebagai santapan kita setiap hari walau dimana kita berada. Sesungguhnya dengan membaca Al-Quran hatikan menjadi tengan seperti mana firman Allah dalam surah arrad ayat ke 28:
28. "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, Mari kita kenang sekali lagi sewaktu zaman kita kecil-kecil dan comel-comel dulu. Kita sanggup untuk pergi belajar mengaji untuk kita mahir dalam bacaan Al-Quran. Adakah kita ingin biarkan usaha kita dahulu menjadi sia-sia apabila diwaktu besar kita semakin jauh dengan Al-Quran. WALLAHu’alam…..

0 comments: