Pages

Labels

Friday, February 5, 2010

Media alternatif untuk maklumat yang persis..


"eh... cube ko bukak pahangdaily.blogspot.com"
"Nak wat apa?" saya bertanya kepada kawan yang tibe2 je datang menghadap saya yang sedang melayan facebook.
" Nak tengok keterangan Saiful Bukhari yang sedikit kelakar"

oh.. sudah lama saya tidak mengikuti perkembangan isu semasa Malaysia sekarang ini. Yang terakhir cume sempat mengikuti perkembangan PRK di beberapa buah Universiti saja. Selepas itu saya disibukkan dengan pelbagai perkara, dengan assignment, tasmi', meeting, usrah, AGD.. dan lain2 sampaikan tidak berkesempatan dan bace berita. Tapi boleh pulak nak buka facebook... aduhai.. lagi kene muhasabah diri ini...

Jadi saya pun memenuhi permintaan sahabat tadi. Kami membaca artikel secara profesional. Menilai setiap kenyataan dan bukti yang dikemukan. Bukanlah membaca dalam keadaan bertaqlid ataupun taasub pada mana-mana kumpulan.

Saya tidak mahir untuk menilai, cuma kita tunggu sahaja keputusan yang akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

Saya menggunakan berbagai-bagai media alternatif untuk mendapatkan laporan yang memuaskan hati.

Kepada sahabat-sahabat pembaca juga harapnya janganlah kita cuma bergantung pada satu saluran maklumat sahaja, kerana boleh jadi saluran itu membawa maklumat yang agak berat sebelah. Saya suka pada tajuk artikel dalam Harakahdaily.net. Tajuknya berbunyi "wartawan ibarat kerajaan kedua". Sekali baca agaknya kita boleh faham apa yang dimaksudkan dengan tajuk tersebut. Wartawan memainkan tugas penting dalam menyampaikan berita. Mereka berpeluang untuk mempengaruhi pembaca dengan laporan mereka.

Tetapi adakalanya maklumat yang mereka dapat tidak sempurna dan adakalanya berbeza daripada kenyataan sebenar. Orang yang ditemuduga cakap lain tetapi mereka mentafsirkannya lain. Mungkin kerana kefahaman orang masing-masing lain. Kita punya pemahaman berbeza mengikut ilmu yang kita ada. Seperti contoh ada setengah pihak mentafsirkan "Kerajaan perpaduan" dengan ertikata PAS akan bekerjasama dengan UMNO dan mengikut UMNO. Sedangkan mana mungkin Islam tertegak selagi ada kemungkaran kerana ini adalah konsep dalam inqilabiah..

Banyak lagi yang dilakukan oleh pemberita-pemberita sekarang yang mentafsir dengan sesuka hati. Tidak kurang juga ada yang mentafsirkan ayat quran dan hadis tanpa merujuk kepada tafsiran ulama. Saya pernah membaca sebuah buku yang bertajuk "UMNO dan PAS yang mana membawa kepada neraka" kalau tidak silap inilah tajuknya. Kepada sesiapa yang berminat untuk membacanya boleh meminjamnya dengan saya ye... saya terpaksa menyeludupnya daripada rumah kerana huraian buku itu memang akan memakan fikiran pembacanya bagi mana-mana yang tiada apa-apa asas pendidikan agama. Pentafsiran hadis dan ayat quran dalam buku tersebut berlainan dengan makna sebenar. Oleh itu untuk menyelamatkan fikrah keluargaku, terpaksa saya menghilangkan buku itu dari rumah.. :)


Berbalik kepada isu yang sedang hangat diperbincangkan di Malaysia hari ini. Saya harapkan, kita semua dapat membuka mata, berlapang dada untuk menerima apa saja saluran media di negara ini. Janganlah pula disebabkan keserabutan oleh kedua-dua pihak akhirnya kita memilih jalan untuk menyendiri dan tidak mempedulikan apa yang berlaku di negara kita. Kita bukan saja mengambil berat berkenaan dengan masalah negara malah sekali gus mengambil tahu berkenaan dengan masalah umat Islam hari ini.. seperti sabda Nabi SAW:

"Sesiapa yang bangun daripada tidur tetapi tidak memikirkan masalah umatnya maka dia bukanlah dari kalangan kami"..

Jadi, mari kite terus ikuti perbicaraan selanjutnya kes Anwar Ibrahim ini. dan juga isu-isu yang lain..:)

Wallahua'alam...

1 comments:

Rerama Ungu said...

Bagus apa yang diberitahu.