Pages

Labels

Thursday, February 11, 2010

Teori "Gum" Cinta

"Kite kene sayang bandar Lipis ni." Kata-kata yang berbentuk nasihat daripada salah seorang pemuda pas kawasan Lipis yang bergelar ustaz.

Pada malam itu kami seramai 4 orang ditugaskan untuk menampal poster 'Demonstrasi ISA'. JAdi selepas selesai sahaja usrah kami bergerak terus ke bandar Kuala Lipis yang sangat sunyi. Seperti kata orang bandar Lipis ni 'Bandar Mati'.

"Ana dapat aduan, poster yang kita tampal sebelum ni payah nak tanggal. Sebab kite bubuh 'gum' banyak sangat. Jadi bila nak ditanggalkan ade kesan pulak di dinding. Kan tak cantik bandar kite" Sambung Ustaz tadi.

"Jadi lepas ni, jangan isi 'gum' banyak sangat. Cukup sekadar poster dapat dilekatkan dan tak tercabut. Nanti senang kita nak cabut dan takdelah kesan pada dinding tu." Arah ustaz itu lagi..

Jadi kami mengikut sahaja apa yang telah diberitahukan kepada kami...

Dialog diatas telah saya tukarkan kepada bahasa yang agak standard. daripada loghat Kuala Lipis. Harap Maklum.

******************************

"Macam mane kalau hati kita kecewa dengan sikap seseorang?"

Satu persoalan yang sering timbul dalam diari sebagai seorang manusia.

Persoalan yang seperti ini terlalu umum untuk dibahaskan. Kita boleh mentafsirkan banyak situasi. Bagi saya, hati saya bercampur kecewa, marah, geram, sedih dengan tingkah laku sahabat-sahabat yang terlalu mementingkan kepentingan diri semata-mata. Dek kerana terlalu melayan nafsu, ramai yang melupakan asal usul mereka.

Tak mau hurai banyak, insyaAllah ingin saya postkan dalam siri yang akan datang.

Ada pula yang kecewa dengan sikap orang lain yang seperti mempermainkan dirinya. Kita berbalik kepada asal, mengapa situasi tersebut terjadi? Mestilah kerana terlalu meletakkan harapan kepada seseorang itu, saya fokuskan disini ialah Cinta.

Ada yang mendakwa cinta hanya untuk Allah semata-mata... Tetapi kita tidak boleh menafikan cinta seperti kasih ibu kepada anaknya, kasih anak kepada ibu bapanya, sayangnya manusia kepada hartanya, sayangnya isteri kepada suaminya. ini semua adalah cinta. Jadi kesimpulan mudah yang dapat saya buat ialah, kita hendaklah mencintai Allah melebihi segalanya.

Dalam satu kisah yang mana seorang ibu sedang menangis kerana anak-anaknya telah gugur syahid di dalam peperangan. Lalu datang seorang cuba untuk menenangkan ibu tersebut, "wahai ibu janganlah engkau bersedih kerana Allah akan menempatkan anak-anakmu ditempat yang tinggi di Syurga." Jawab ibu tadi, " Aku bukanlah bersedih kerana aku kehilangan anak-anakku, tetapi aku bersedih kerana aku sudah tiada anak untuk dihantar pergi ke medan jihad"

Kita pergi pula kepada kisah Umar Al-Khattab. Suatu hari Rasulullah mendapati yang Umar tidak datang solat berjamaah. Lalu baginda menghantar utusan ke rumah Umar untuk bertanya mengapa tidak hadir ke masjid. Lalu jawab Umar yang sedang menyorok di balik pintu, "Bagaimana aku dapat pergi ke Masjid sedangkan pakaianku masih belum kering dan sekarang aku sedang dalam keadaan bertelanjang."

Dalam dua kisah diatas. Dapat kita gambarkan bahawa sayangkan anak-anak dan juga harta ada batasannya. Andaikata Umar seorang yang suka bersenang dengan kemewahan sudah tentu akan dibelinya pakaian-pakaian yang banyak2 dan cantik.

Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah. (al- Baqarah: 165)

Beranikah kita untuk mengaku yang kita sudah beriman sedangkan kecintaan kita lebih kepada yang lain berbanding cinta kepada Allah.

Salahkah cinta kepada yang lain?

Seperti saya katakan diatas, tidak salah untuk kita melabuhkan rase cinta kita kepada yang lain. Tidak salah untuk sayangkan duit, sayangkan isteri dan lain-lain. Cuma mesti ada batasan. Andaikata kita tidak sayangkan harta sudah tentu kita tidak menjaganya dengan cermat dan akhirnya ianya hilang.

Seperti kisah kami melekat poster diatas, bilamana diletakkan 'gum' yang banyak maka ianya akan meninggalkan kesan. Begitu juga dengan cinta. Bila kita meletakkan cinta kepada sesuatu ataupun seseorang, maka bilamana ianya hilang daripada kita akan terkesanlah dalam hati kita. Hati kita akan rase seperti berkecai. Hidup sudah tidak bermakna lagi, dan mulalah menyalahkan takdir. Kembali kepada asalnya.."Kenapa letak 'gum' banyak sangat?" Sama juga konsep bila kita menarik kulit daripada daging. Begitulah apabila cinta dunia yang ditarik daripada hati kita. Sangat pedih dan terseksa rasanya. Kerana itu jangan sampai cinta itu sebati dengan hati kita melainkan cinta Allah.. try our best..

dan... Kita pula sibuk untuk mencari cinta yang dihalalkan oleh Islam. Tetapi apabila konsep asal iaitu "cinta Allah melebihi segalanya" diambil ringan, maka perkara yang sama akan berlaku apabila kita berumah tangga nanti.

Apabila kecintaan kepada Allah telah dominan dalam diri seseorang, dia tidak akan lagi merasa seronok dengan selain Kekasihnya. Sebagaimana diceritakan, bahawa setelah Zulaikha beriman dan menikahi Nabi Yusuf a.s, maka dia sering bersendirian dan bersunyi-sunyian beribadat serta tidak begitu tertarik dengan Yusuf a.s sebagaimana sebelumnya.

Apabila Yusuf AS bertanya, maka dia berkata: “Wahai Yusuf! Aku mencintai kamu sebelum aku mengenali-Nya. Tetapi setelah aku mengenali-Nya, tidak ada lagi kecintaan kepada selainNya, dan aku tidak mahu sebarang gantian”. (Ihya’ Ulumiddin, Imam al Ghazali Jilid 5 H: 225)

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

(Imam Nawawi)

Akhirnya, apabila kita rase diri ini dikecewakan oleh makhlukNya maka kembalilah kepada cinta asal kita iaitu Allah. Dia yang menjadikan cinta semestilah Dia yang paling arif untuk membalas cinta kita..

Wallahua'lam


P/s: artikel ini tiada kaitan dengan sesiapa.. sekadar mendapat ilham daripada seseorang yang telah bertanyakan soalan..(bukan menjawab soalan, sekadar satu perkongsian)

1 comments:

kuFAIZ said...

hum.syahir makin matang... hi~