Pages

Labels

Tuesday, June 15, 2010

meNcaRi eRti..

Berada di bumi kelantan lebih kurang 5 hari memberi pengajaran yang cukup berharga buat diri ini yang serba jahil dalam mencari keredhaan Allah. Pengalaman mematangkan diri selaku insan yang sering terlupa dan lalai dengan dunia yang selalu menipu kita. Berhimpun dengan saff-saff pejuang Islam sedikit sebanyak memberi suntikan semangat baru untuk menempuhi kembara hidup yang sangat mencabar.

Itulah perjalanan aku ke Muktamar PAS di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan.

Muktamar di PUTIK adalah muktamar yang ketiga saya hadiri. Kali pertamanya di Ipoh kemudian di Shah Alam dan barulah di Kelantan. Untuk lawatan ke negeri Kelantan pula, inilah kali kedua saya menjejakkan kaki ke negeri Kelantan. Pertamanya sewaktu menghadiri Perhimpunan 15,000 Pemuda Islam pada penghujung tahun 2006.

Sebenarnya saya tidak berminat untuk mengulas tentang perjalanan Muktamar kali ini dan juga perjalanan kami sewaktu berada di PUTIK, sekadar ingin membuat posting terbaru supaya tidak dikatakan blog ini sudah bersarang....

huhu...

Banyak sangat peristiwa yang terikat di dalam memori ini, antaranya kisah saya yang tertidur sementara menunggu ceramah dan akhirnya ditinggalkan di surau, tertumpah air, kehilangan jaket 2 orang sahabat saya, ayam saya yang terbang di restoran, dan banyak lagi kisah-kisah kelakar yang kalau di ingat kembali membuat saya seperti orang gile tersenyum seorang diri. Begitu juga memori yang dapat menaikkan semangat dalam menyusuri jalan dakwah ini, melihat dengan mata sendiri bagaimana kelakuan pimpinan gerakan Islam yang begitu zuhud, mendengar kata-kata semangat daripada pimpinan dan banyak lagi penilaian yang dibuat.

MEMBELI BELAH

Dek kerana kekeringan wang menyebabkan saya tidak membeli belah dalam istilah yang sering diguna pakai shopping. Duit nak makan pun kene tunggu daripada Bos, kalau lambat beri, maka lambat la makan. Tapi makan bukanlah penghalang untuk saya terus menikmati suasana muktamar kali ini. Akhirnya, pada hari terakhir muktamar saya berjaya mengeluarkan duit dari bank... dengan pantas sebelum gerai tersebut tutup saya terus mendapatkan dua buah buku yang menjadi idaman beberapa hari sebelum ini.

Buku yang bertajuk 'Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden Siri ke-2' dan 'Memori Tragedi Memali' hasil karangan ustaz Ridzuan Mohamad Nor berjaya saya miliki dengan harga RM10 serba satu berserta dengan tanda tangan penulis.

"Ana beri percuma buku ni ye.." kata Ustaz Ridzuan sambil memasukkan buku bertajuk 'Kemulian Al-Quran dan Sejarah Pemalsuannya' sebagai hadiah diatas pembelian 2 buah buku tadi. Nasib baik Ustaz Ridzuan ada buka booth di muktamar kali ini, dapatlah beli buku barunya dengan harga yang murah.. huhu...

BINGKISAN ILMU

Sebagai tazkirah untuk renungan bersama ingin saya petik kata-kata Dr 'Aidh Al-Qarni yang merupakan ulama' muda yang berdakwah melalui penulisan. Sumber daripada buku 'Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden Siri ke-2' :

Seandainya aku disuruh memilih di antara harta yang banyak atau kedudukan yang tinggi dengan jiwa tenteram yang damai dan selalu tersenyum, pastilah aku memilih yang kedua. Sebabnya ialah, apalah ertinya pangkat dan kedudukan sekiranya jiwa sering cemas? Apalah ertinya segala yang ada di dunia ini, bila perasaan sering sedih seumpama orang yang baru sahaja selesai menghantar jenazah kekasihnya? Apalah erti kecantikan seorang isteri sekiranya sering berwajah suram dan hanya membuat suasana rumah tangga seperti sebuah neraka sahaja? Tentulah isteri yang tidak terlalu cantik akan menjadi seribu kali lebih baik sekiranya dia mampu menjadikan suasana rumah tangganya laksana syurga setiap saat.

Mencari erti hidup dengan menikmati setiap daripada kurniaan Ilahi, melihat setiap sudut pandangan dengan padangan Islam. Segalanya akan terbit dalam hati betapa agungnya ciptaan tuhan....

2 comments:

Anonymous said...

ana faham erti yang dicari..kehidupan beginilah syeikh..mudah mudahan dipertemukan ..jika bukan di dunia..di akhirat sana..amin. bermakna ucapan ni..

Syahir said...

Faham bagus lah, tapi lebih baik tak faham daripada SALAH faham.. ;)