Thursday, February 18, 2010
Ubat Hati
Wednesday, February 17, 2010
Nur Hidayah Binti...????
"Dalam al-quran Allah ade mengatakan bagi siapa yang diberi Allah Hidayah, akan dicampakkan ke dalam hati mereka ketenangan. Tapi sekarang saya rase hati saye tak tenang.. maknanya Allah tak beri saye Hidayah ke?" Satu SMS yang saye terima.(Ayat dalam SMS telah diringkaskan). Pada mulanya saya tertanye-tanye siapa yang bertanyekan soalan macam ni... barulah saya perasan nombor maxis itu, rupanya SMS daripada adik saya di Nilai.
Ketenangan...
Sering kali saya dinasihati supaya jangan bersangka buruk dengan Allah. Hidayah akan diberikan kepada insan yang berusaha mendapatkannnya dan insan terpilih sahaja. Andaikata kita berusaha untuk mendapatkan Hidayah Allah, maka Allah akan memberinya. Tetapi perlu kita koreksi diri, dosa apa yang telah menghalang untuk Hidayah itu sampai kepada kita. Maka segeralah kite perbetulkannya. Bukan senang untuk mendapat kesempurnaan dalam beriman kepada Allah melainkan dengan mujahadah yang bersungguh. Maka jalan taubat perlu diambil untuk membersihkan diri.
Sifat pertama yang perlu wujud dalam diri kita ialah taubat. Kite haruslah lebih berhati-hati terhadap maksiat apa sahaja bentuknya berbanding daripada musuh-musuh kite. Dosa-dosa yang dilakukan oleh diri kite lebih wajar ditakuti daripada musuh-musuh kite sendiri. Sekiranya berlaku sesuatu yang tergolong dalam ‘amal maksiat (dan sudah tentu akan berlaku) mereka hendaklah bersegera memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah swt sebagai menyahut seruan Allah swt yang terkandung di dalam firmanNya:
“Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orng yang bertaqwa” (Surah Ali Imran : ayat 133)
Kecenderungan bertaubat menyerah diri kepada Allah dan memohon keampunan daripadanya adalah sifat utama yang dimiliki oleh orang-orang yang beriman. Firman Allah swt:
“Orang-orang yang apabila mengerjakan perbauatan keji atau menganiaya diri sendii lantas mereka ingat akan Allah lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa merek- dan siapakah pula yang berkuasa mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedangkan mereka mengetahui”(Surah Ali Imran: ayat 135)
Keperluan mengawal dirinya dari melakukan maksiat hendaklah meliputi dosa-dosa kecil kerana membiasakan diri memandang remeh terhadap dosa-dosa kecil akan mendorong kite melakukan dosa-dosa besar pula. Ini berpatutuan dengan Sabda Nabi saw yang bermaksud:
“Jauhilah dosa-dosa kecil kerana apabila ia terkumpul pada diri seseorang lambat-laun akhirnya ia akan membinasakannya”
untuk mewujudkan sifat Ta’ibun kite hendaklah mempunyai saat-saat di mana ia dapat berbicara dengan dirinya, menilai, mengkritik, dan membersihkannya daripada karat-karat dosa. Dengan cara ini ia telah menyahut panggilan Allah dalam firmanNya:
“Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah megilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan jalan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa itu dan seseungguhnya rugilah orang-orng yang mengotorinya”.(Surah Al-Syams: ayat 7-10)
Sehubungan dengan itu para ulama’ berpendapat bahawa bertaubat dari setiap dosa adalah wajib. Sekiranya maksiat dan dosa itu ialah di antara manusia denagn Allah swt maka taubat memerlukan tiga syarat, manakala dosa terhadap manusia memerlukan empat syarat iaitu:-
i. Meninggalkan dosa-dosa itu dan tidak lagi mengerjakannya.
ii. Menyesali terhadap perbuatan dosa yang telah berlalu.
iii. Berazam tidak akan kembali melakukannya selama-lamanya.
iv. Memohon kerelaan dari orang-orang yang ia pernah zalimi / atau memulangkan hak yang pernah diambilnya. (sekiranya ia bersalah kepada manusia)
Semoga kita sama-sama peroleh Hidayah Allah...
wallahu'alam..
Tuesday, February 16, 2010
Memetik Kumbang??
“weh, aku di ‘khitbah’..” Baru saje motor bergerak, sahabat saya yang memboceng di belakang berkata. Dalam hati saya berkata, “ apasal tak cite tadi waktu bukak puasa ke, or mungkin tadi lupa kot, baru teringat sekarang.”
Hajat kami untuk pulang ke tempat kediaman masing-masing terbantot dengan cerita yang sangat menarik ini. Jadi terpaksa yang kami tangguh mandi selepas isyak saja.
Saya memberhentikan motor di tempat parking hadapan masjid. Walaupun sebenarnya motor itu milik sahabat saya, tetapi saya yang terpaksa membawanya dek kerana beberapa faktor yang tidak dapat diatasi.
“Seriuslah ko dah dikhitbah ni.. haha.” Kelakar sebenarnya mendengar berita ni. Sebab biasanya perempuan yang dikhitbah, ataupun perempuan akan memintak pihak lelaki untuk mengkhitbah dirinya. Lebih kurang je situasi ni. Cuma berita yang sampai kepada saya macam sahabat saya ni ‘sekuntum bunga’ je..
Kali pertama saye melihat perkataan ‘khitbah’ sewaktu saya membaca buku bertajuk ‘Kisah-kisah cinta dalam Al-Quran’, satu artikel yang ditulis oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz iaitu yang dimaksudkan dengan bertunang. Sekali lagi saye berjumpa dengan perkataan ini apabila menonton cerita ‘Ketika CInta Bertasbih’. Mungkin gelombang cerita ini yang terlalu kuat sampaikan pelbagai alternative dilakukan oleh remaja sekarang untuk mendapatkan pasangan pilihan mereka.. huhu..
Teringat saya satu persolan yang diajukan oleh senior TAHAP saya sewaktu kami selesai solat jumaat di Masjid Nilai. “ Ko rase bertunang jalan penyelesaian ke dalam nak menjaga cinta?” saya senyap dan cume mampu senyum memberi laluan untuk abang ni berkongsi ilmunya. “Dalam mazhab shafie, senang je boleh bertunang, contohnya ko cakap kat seseorang tu ‘saya sayang awak’ maka sudah dikire bertunang ataupun ko cakap kat seorang perempuan’awak ni cantik la’ pun juga dikire bertunang.” Senior saya cube untuk berhujah berkenaan ‘khitbah’ mengikut dasarnya berpandukan mazhab shafie. Lafaz yang digunakan tadi ialah lafaz jelas dan lafaz yang tersembunyi. Kita cuba huraikan nanti ye…
Tambah senior saya, “aku ade gak facebook, aku tengok budak-budak ni(budak tahap) ramai la yang tak berape betul sangat. Kat sekolah bukan main lagi beri ceramah pasal couple. Bile keluar habis semua hanyut.” Luahan kesedihan daripada seorang bekas belajar yang inginkan yang terbaik untuk sahabat-sahabatnya. Sama juga dengan saya rasenya, apabila melihat sahabat-sahabat yang hilang rase malunya dalam soal cinta ini. Dengan penuh rasenye bangga dan takde rase bersalahnya meletakkan gambar mereka yang berpasangan.. huh.. saya berpegang pada satu prinsip iaitu ‘Jangan melakukan perkara yang boleh membawa fitnah kepada Agama’. Cukuplah kita gagal menyemai benih Islam dalam diri kita, jangan la pula membawa seluruh mata di Malaysia ni memandang sekolah kita ini sebagai pusat melahirkan manusia yang pandai berkata tetapi tak pandai nak melaksana. (cakap tak serupa bikin)
Huh…
Cekap sungguh jari ini menaip… satu penipuan kalau saya mengatakan masalah sebegini tidak terjadi kepada saya. Satu fenomena biasa yang digelar sebagai culture shock kepada pelajar sekolah agama. Begitu juga dengan saya,ianya tetap terjadi. Alhamdulillah kejutan yang lebih kuat telah berjaya meminggirkan kejutan budaya itu. Pada mulanya saya menganggap kejutan yang lebih kuat itu satu bala yang besar tapi rupanya boleh dijadikan satu peluang dan nikmat untuk peringatan diri saya dan sahabat-sahabat yang lain. Janganlah bercinta kerana akan memakan diri ini.. huhu..
Jauh menyempang… adakah masalah sahabat saya yang di’khitbah ‘ tadi sudah selesai ye..???
“Salah aku juga pegi layan die sampai die berharap sesuatu.” Keluh resah sahabat saya yang kepeningan untuk menghadapi masalah ini. Perkara tersebut telah membantutkan dirinya untuk study. “ Aku dah hilang focus dah nak study ni.”
Memang menjadi kemestian untuk kami menceritakan masalah kami masing-masing. Siapa yang sanggup untuk menanggung masalah seorang diri. Dulu dia pernah mencerikan masalah yang lebih kurang sama dengan masalah sekarang. Ingatkan dah selesai rupanya masalah menjadi semakin rumit.. huh… “Jangan masuk lubang yang sama kali kedua kalau dah tahu lubang tu ada ular.” Nasihat pertama saya mengingat kami supaya perkara tidak terjadi. Juga untuk saya ye… jangan di jolok sarang tebuan, memang cari nahas.. “ ni payah kalau hensem sangat ni..” sempat lagi die bergurau dalam keadaan tak mandi lagi waktu tu.. haha..
akhirnya beberapa perancangan dibuat dan saya doakan segalanya berjalan dengan lancar… amin….
Ada sebuah cerita, seorang hamba yang ditugaskan untuk menjaga kambing biri-biri di sebuah lembah yang sangat terpencil. Hamba tersebut tidak pernah keluar daripada lembah tersebut sejak dia dilahirkan kerana ibu bapanya juga adalah hamba disitu. Suatu hari tuannya memanggil hamba tersebut untuk menghadapnya, dalam perjalanan hamba itu terlihat seekor lembu. Lalu dia berkata, “wah, hebatnya biri-biri ni!” setelah selesai tugasnya dengan tuannya, hamba tadi pun pulang ke rumahnya di lembah itu. Dia pun menceritakan perihal ‘biri-biri hebat’ yang dijumpanya tadi. Ibunya tersenyum dan berkata, “tu lembu la weh.”:P
Sedikit huraian untuk para pembaca supaya berjaya mengaitkan cerita ini dengan situasi bercinta. Apabila disebut ‘Binatang’ si hamba tadi tidak dapat membayangkan selain daripada kambing biri-biri. Apabila ibunya cube menceritakan rupa bentuk gajah, si hamba terbayang kambing biri-birinya berbadan besar dan mempunyai belalai. Ini lah hakikatnya. Memang sukar untuk dibayangkan tanpa pergi melihat sendiri rupa gajah tersebut. Begitulah ceteknya cinta manusia hari ini. Sebut saja bercinta, tiada lain hanya couple dan pasangan yang seangkatan dengannya. Bila sebut ‘cinta atas dasarkan Allah’ maka mereka mengubah suai sedikit perlaksanaan kisah mereka. Berdating pun pakai elok-elok, mesej tazkirah, diikat pula dengan ikatan pertunangan, tetapi hati mereka dilalaikan daripada mengingat Allah. Disangkakan ‘Gajah’ tapi bukan gajah itu…
p/s: Dek kerana ceteknya ilmu kita, akhirnya telah membataskan kecintaan kita kepada Allah. Kita lihat cinta manusia cinta yang terindah kerana kita belum pernah ‘merantau’ mendampa cinta ilahi. Akhirnya cinta Allah dimanupulasikan untuk mendapat makhlukNya…
wallahu’alam
Thursday, February 11, 2010
Redha Ibu membawa ke syurga..
Telah berlaku pelbagai kejadian di dunia ini. Tidak lain untuk memberi pengajaran untuk makhlukNya yang berfikir. Tiada perkara yang dijadikan Allah sia-sia, semuanya ada hikmah supaya kita kembali kepada jalan yang benar. Tersentuh hati saya tatkala membaca sebuah cerita yang telah menggerakkan kaki saya 'berlari' pulang ke rumah.. :)
Mungkin ramai yang sudah mendengar kisah tersebut, tetapi saya datangkan untuk tatapan kali yang seterusnya..
Sumber dari:
http://ustazazhar.com/v1/sirah/sesal-yang-telewat.html
Suatu hari seorang alim yang sangat takwa kepada Tuhan bermaksud untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata perempuan tua itu sangat keberatan. Menurut ibunya, tunda dahulu keberangkatanmu sampai tahun depan. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup dari hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.
Rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram. Jelas keputusannya ini bertentangan dengan ajaran Nabi. Kerana redha Allah bergantung kepada redha orang tua, begitu pula murka Allah terletak dalam murka orang tua.
Ketika menyaksikan anaknya yang pergi juga, ibu yang sudah tua itu tergopoh-gapah mengejar anaknya. Akan tetapi anaknya itu sudah telalu jauh. Dia tidak mendengar suara ibunya yang memanggil-manggil sambil berlari-lari itu. Dalam marahnya ibu yang sangat cinta kepada anaknya tersebut menadahkan kedua tangannya lalu berdoa: “Ya Allah, anakku satu-satunya telah membakar diriku dengan panasnya api perpisahan. Kumohon pada-Mu, balaslah dia dengan seksaan yang setimpal. Sebagai ibunya, aku merasa sakit hati, ya Allah.”
Doa ini jelas tidak pada tempatnya bagi seorang ibu yang seharusnya bijaksana. Sebab di antara doa-doa yang dikabulkan adalah doa seorang ibu terhadap anaknya. Bumi seolah-olah bergoyang mendengar doa ini. Namun orang alim tadi terus juga berjalan. Pada sebuah kota kecil sebelum sampai tempat tujuannya, orang alim itu berhenti melepaskan lelah. Menjelang Maghrib dia berangkat ke masjid dan solat sampai Isyak. Sesudah itu ia terus mengerjakan solat-solat sunat dan wirid hingga jauh malam.
Secara kebetulan di sudut kota yang lain, pada malam itu terjadi peristiwa yang menggemparkan. Ada seorang pencuri yang masuk ke dalam rumah salah seorang penduduk. Orang yang punya rumah terjaga dan bersuara. Tiba-tiba pencuri itu terjatuh kerana terlanggar suatu benda di kakinya. Ketika terdengar bunyi sesuatu yang jatuh itu, maka orang yang punya rumah pun memekik-mekik sambil berkata: “pencuri! pencuri.”
Seisi kampung terbangun semuanya. Dengan ketakutan pencuri itu lari sekuat tenaga. Orang-orang kampung terus mengejarnya. Pencuri itu lari ke arah masjid dan masuk ke halaman masjid tersebut. Orang-orang pun mengejar ke sana. Ternyata pencuri itu tidak ditemukan di dalam rumah Allah itu.
Salah seorang di antara mereka memberitahu kepada pemimpinnya: “Kita sudah mencari di sekeliling masjid, namun tidak ada bekas-bekasnya sedikitpun.”
Yang lainnya pula berkata: “Tidak mungkin dia ditelan bumi, aku yakin dia belum lari dari sini. Kalau di luar masjid tidak ada, mari kita cari ke dalam masjid. Berkemungkinan dia bersembunyi di situ.”
Maka orang-orang pun masuk ke dalam masjid. Ternyata betul, di dekat mimbar ada seorang asing sedang duduk membaca tasbih. Tanpa bertanya-tanya lagi orang itu ditarik keluar. Tiba di halaman masjid, orang tadi sudah terkulai dan pengsan kerana dipukul beramai-ramai.
Penguasa hukum di kota tersebut malam itu juga memutuskan suatu hukuman yang berat kepadanya atas desakan masyarakat yang marah. Maka orang tersebut diikat pada tiang dan dicambuk badannya.
Keputusan dari hakim ini jelas menyalahi ajaran Nabi, bahawa seorang hakim seharusnya menyelidiki hingga hujung suatu perkara, dan tidak boleh menjatuhkan keputusan berdasarkan hawa nafsu. Begitu juga walaupun lelaki itu dituduh menodai kesucian masjid kerana bersembunyi di dalamnya, dengan berpura-pura bersembahyang dan membaca wirid, padahal dia adalah pencuri.
Pagi-pagi lagi seluruh penduduk kota itu sudah berkumpul di pasar menyaksikan jalannya hukumam qisas itu. Selain algojo melaksanakan tugasnya, orang-orang pun bersorak-sorak melihat si alim dicambuk hingga pengsan. Mereka tidak lagi mematuhi ajaran Islam untuk berbuat adil terhadap siapa saja, termasuk kepada pencuri yang jahat sekalipun. Darah memercik ke sana ke mari, orang-orang kelihatan semakin puas.
Mendengar ucapan ini, orang yang mendengar jadi terkejut dan menanyakan siapakah dia sebenarnya. Orang alim tadi membuka rahsianya, dan masyarakat jadi serba salah. Akhirnya mereka terpaksa memberitahukan hal itu kepada hakim.
Setelah hakim itu datang dan tahu duduk perkara yang sebenarnya, maka semua mereka menyesal. Mereka kenal nama orang alim itu, iaitu orang yang soleh dan ahli ibadah. Cuma belum pernah tahu rupanya. Ibu-ibu yang hadir serta orang tua lainnya ramai yang merasa sedih tidak dapat menahan diri, tapi sudah tidak ada gunanya.
Malamnya, atas permintaan orang alim itu setelah dibebaskan dari seksaannya, dihantarkan ke rumah ibunya. Pada waktu orang alim tersebut akan dihantar, ibunya telah berdoa: “Ya Allah, jika anakku itu telah mendapatkan balasannya, maka kembalikanlah dia kepadaku agar aku dapat melihatnya.”
Begitu selesai doa si ibu, orang yang membawa anaknya pun sampai. Orang alim itu minta didudukkan di depan pintu rumah ibunya, dan mempersilakan orang yang mengantarnya itu pergi. Sesudah keadaan sunyi kembali, tidak ada orang lain, maka orang alim itupun berseru dengan suara yang pilu: “Asalamualaikum.”
“Mendekatlah engkau ke pintu. Hulurkan tanganmu melalui celah pintu,” jawab suara tadi dari dalam.
“Maaf, saya tidak boleh mendekati pintu kerana kedua kaki saya sangat kaku. Saya juga tidak dapat menghulurkan tangan melalui celah pintu, kerana tangan saya terasa letih.”
“Jadi bagaimana caranya?” Si ibu mengeluh kehilangan akal. “Antara kita ada pemisah yang tidak boleh dilanggar. Engkau lelaki yang tidak saya kenal, dan saya, walaupun sudah tua, adalah seorang perempuan.”
“Jangan bimbang wahai puan,” kata orang alim tersebut. “Saya tidak akan membuka mata kerana kedua mata saya sangat pedih, jadi saya tidak akan melihat ke arah puan.”
Mendengar jawapan itu, tidak beberapa lama kemudian perempuan itu pun keluar membawa sepotong roti dan segelas air sejuk. Orang alim itu begitu saja merasakan kehadiran ibunya, sudah tidak mampu lagi menahan diri. Ia memeluk kaki ibunya dan menjerit sambil menangis: “Ibu, saya adalah anak ibu yang derhaka.” Ibunya pun merasa sedih. Dipandangnya orang cacat di mukanya itu lalu ia menjerit ternyata adalah anaknya. Mereka berdua saling berpelukan dalam tangisan.
Ketika itu juga perempuan tersebut menadahkan tangannya memohon ampun kepada Allah: “Ya Allah, kerana telah jadi begini sungguh saya menyesal atas kemarahan saya kepada anak sendiri, saya bertaubat untuk tidak mengulangi lagi perkara ini, ampunilah saya ya Allah, serta ampunilah dosa orang-orang yang menyeksanya kerana kami semua telah disesatkan oleh godaan iblis dengan nafsu marah.”
From me: Berbakti kepada ibubapa adalah ibadat yang terbesar nilainya oleh Allah kepada seorang anak. Selagi mana mereka ada di dunia ini, berbaktilah kepada mereka moga-moga kita mendapat redha Allah yang hakiki.
wallahua'lam
Teori "Gum" Cinta
Apabila kecintaan kepada Allah telah dominan dalam diri seseorang, dia tidak akan lagi merasa seronok dengan selain Kekasihnya. Sebagaimana diceritakan, bahawa setelah Zulaikha beriman dan menikahi Nabi Yusuf a.s, maka dia sering bersendirian dan bersunyi-sunyian beribadat serta tidak begitu tertarik dengan Yusuf a.s sebagaimana sebelumnya.
Apabila Yusuf AS bertanya, maka dia berkata: “Wahai Yusuf! Aku mencintai kamu sebelum aku mengenali-Nya. Tetapi setelah aku mengenali-Nya, tidak ada lagi kecintaan kepada selainNya, dan aku tidak mahu sebarang gantian”. (Ihya’ Ulumiddin, Imam al Ghazali Jilid 5 H: 225)
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
(Imam Nawawi)
Akhirnya, apabila kita rase diri ini dikecewakan oleh makhlukNya maka kembalilah kepada cinta asal kita iaitu Allah. Dia yang menjadikan cinta semestilah Dia yang paling arif untuk membalas cinta kita..
Wallahua'lam
P/s: artikel ini tiada kaitan dengan sesiapa.. sekadar mendapat ilham daripada seseorang yang telah bertanyakan soalan..(bukan menjawab soalan, sekadar satu perkongsian)
Wednesday, February 10, 2010
Indeks Al-Quran

Saturday, February 6, 2010
Tafsir Per Kata..!!
- Terjemahan per kata
- Terjemahan ayat
- Asbab An-Nuzul (sebab-sebab turun ayat)
- Nota kaki sebagai huraian tambahan
- Indeks yang memudahkan pencarian sesuatu bab
- Merangkumi 30 juzuk Al-Quran dengan 616 mukasurat.
- Kulit tebal dengan pilihan 5 warna (Hijau, Biru,Merah, Merah Jambu & Ungu).
- Berat hanya 1.3 kg.
- Saiz A4.
- mukasuratnya sama dengan Al-Quran Mushaf Uthmani yang kita gunakan di Malaysia.
- Hubungi saya atau SMS sahaja (Ustaz Ariff :019-3759091) untuk membuat tempahan.
- Buat bayaran melalui akaun Maybank (Zainul Ariff Husaini Bin Zainul Fuad : 1560-2025-5215).
- Penghantaran akan dibuat dalam masa 48 jam setelah bayaran anda disahkan.