Pages

Labels

Wednesday, May 26, 2010

Cik Mariam

"Apa nama blog enti?" saya meminta seorang peserta Kem Raudhah memberikan alamat blognya untuk dipamerkan di hadapan peserta lain.

Beberapa kali saya memintanya tetapi akhawat itu tetap berkeras untuk tidak memberikan alamat blognya.

Akhirnya saya mengalah.

"Takpe... perempuan tak boleh dipaksa. Sebab mereka mempunyai sifat pemalu yang tinggi, itu adalah fitrah."
Kenyataan saya seperti di sokong oleh akhawat yang lain, ada juga yang masih mendesak untuk diberikan alamat blog tersebut..

***********************

Saya diminta oleh seorang sahabat untuk memberi sedikit perkongsian berkenaan dengan kemahiran dalam menggunakan kamputer. Fokus tajuk yang diminta ialah berkenaan dengan photoshop. Sememangnya berat untuk saya menerima pelawaan tersebut kerana ilmu yang terkandung di dada sangatlah sedikit.. huh.. tetapi saya cuba juga menyahut cabaran tersebut...

Sudah saya cadangkan nama lain untuk mengganti saya, tetapi semuanya mempunyai alasan yang tersendiri. Akhirnya saya pergi sajalah. Sekadar berkongsi pengalaman dengan adik-adik lepasasn SPM ianya akan menambah ilmu saya yang dhaif ini.. yorh la...

************************

"Boleh kamu sebutkan nama perempuan yang Allah nyatakan dalam Al-Quran?" Tanya saya kepada peserta Kem Raudhah lagi...

Semua kelihatan kebingungan, otak seolah sedang searching and scan segala isi dalam al-Quran. Mencari nama perempuan yang Allah nyatakan dalam al-Quran..

"Nisa' " jawab seorang akhawat..

"Nisa' memanglah perempuan maksudnya, tapi bukanlah nama yang khusus seperti Aisyah, Khadijah dan lain-lain" saya membantah jawapan yang diberikan tadi..

"Baiklah, ana tolong bagi satu nama... Maryam" Sambung saya setelah melihat masa yang sudah lewat...

Kelihatan mereka nampaknya mencari lagi, mungkin kali ini fokus mereka kepada nama surah pula... mungkin begitulah..

PEREMPUAN DIJADIKAN SEBAGAI PEMALU

Dalam al-Quran Allah sebut nama lelaki begitu banyak sekali. Ada nama Isa, Muda, Daud, Ibrahim, Lokman, Zulqarnain dan banyak lagi. Tetapi apabila kisah berkenaan dengan perempuan, Allah hanya menggunakan kata ganti nama sahaja... seperti dalam surah an-nur yang mengisahkan tentang Saiyidatina Aisyah,

11. Sesungguhnya orang-orang Yang membawa berita Yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita Yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan Dengan kesalahan Yang dilakukannya itu, dan orang Yang mengambil bahagian besar Dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa Yang besar (di dunia dan di Akhirat).

Begitu juga dam surah tahrim, Allah menyebut,

10. Allah mengemukakan satu misal Perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat Dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman Dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba Yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); Dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke Dalam neraka bersama-sama orang-orang Yang masuk (ke situ)".

Dalam ayat ini di sebut Isteri Nabi Nuh. Kenapa tidak disebutkan saja namanya???

Secara halus dalam al-quran ingin mengajar kepada umat Islam bahawa secara fitrahnya perempuan memang pemalu. Malu untuk di sebut namanya, malu untuk dipamerkan mukanya, dan malu segala serbi lagi...

Tapi apa yang berlaku pada zaman kini sangat berbeza daripada apa yang diajar oleh Al-Quran. Perempuan-perempuan pada hari menjadi makhluk yang paling hilang rasa malunya. Tubuh mereka diperagakan dihadapan orang. Wajah mereka dijadikan sebagai perhiasan di dinding-dinding rumah dan laman-laman internet seperti facebook dan lain-lain.

Bagaimana pula adab dalam pergaulan, berbicara dengan lelaki. Semuanya menampakkan indentiti umat Islam pada hari yang sudah jauh terpesong..

'Be your self'

Ayat yang paling kerap saya dengar apabila berhadapan dengan sahabat-sahabat yang kononnya tidak mahu bermuka-muka dalam kehidupan. Saya sangat menyokong slogan 'Be your self', tetapi kita harus tahu siapa diri kita. Kalau ingin menjadi diri kita yang sebenar, maka kembalilah kepada Al-Quran kerana itulah peribadi kita sewaktu kita dilahirkan, Seperti sehelai kain yang putih. Mengapa ingin 'kembali' kepada peribadi yang telah mencorak diri kita.

Fokus saya kali ini adalah kepada kaum perempuan yang Allah bekalkan diri mereka sifat malu. Sifat Malu inilah menjadi benteng kepada segala permasalahan dunia pada hari ini. Banyak kes rogol pada hari ini semuanya datang daripada hilangnya sifat malu dalam diri wanita. Senang-senang saja badannya dipergayakan dikhalayak ramai...

Saya suka melihat bagaimana Al-Quran menyebut dalam kes pencurian,

".... pencuri lelaki dan pencuri perempuan...." (Maidah :38)

Lelaki diletakkan dihadapan sebelum perempuan.... lain pula bagi kes zina,

"...... Penzina perempuan dan penzina lelaki..."(An-Nur:2)

Perempuan pula disebut dahulu....!!!!

Dalam permasalahan seksual, kebanyakkannya adalah perpunca daripada perempuan. Apabila perempuan itu hilang rasa malu maka dia tidak teragak-agak untuk mengorat si lelaki itu, bila hilang rasa malu mereka tidak menjaga tingkah laku mereka apabila berhadapan dengan lelaki, dan pelbagai lagi perkara yang menampakkan kerendahan akhlak manusia....

FACEBOOK

Sengaja saya mengambil contoh facebook kerana ianya satu fenomena yang sangat hebat melanda rakyat Malaysia hari ini. Ada yang ingin menjadikan facebook sebagai medium untuk menyampaikan dakwah, mencari sahabat handai yang sudah lama terpisah dan ada yang suka-suka sahaja mencipta akaun. Tetapi, sedar tak sedar dapat dilihat disini facebook menjadi ruang sesetengah makhluk Allah ini membuka saham ke neraka.

Gambar yang mendedahkan aurat kerap kali kita lihat di upload di ruangan itu, hai perempuan... boleh lagi bangga dengan tingkah laku sedemikian. Maruah diri hilang apabila rahsia diri yang mengaibkan dipertonjolkan kepada umum..

'in relationship'

Masih berbangga dengan perhubungan yang tidak dihalalkan syarak, apalagi ditangkap gambar bersama dengan pasangan kekasih masing-masing. Status 'in relationship' dipamerkan kepada umum. kononnya hendak menunjuk yang dirinya sudah laku. Ada pulak yang membalas 'tahniah korang, semoga berkekalan, nanti kahwin jangan lupa jemput ye'..... lihat pulak di galeri gambar penuh gambar bersama kekasih. fuh... tak de malu....

LUPA JASA RASULULLAH

Saat wafatnya Rasulullah SAW... Baginda meminta 3 perkara.. yang pertama ialah menjaga solat, kemudian perempuan dan yang terakhir Baginda menyebut 'umatku'.... Begitu sekali Islam menjaga martabat wanita.. tapi wanita hari ini...???!!! sedih Nabi kita....

Melihat perilaku yang terlampau ini khususnya daripada golongan wanita, teringat pula kisah zaman jahiliah dahulu, ketika itu Islam belum lagi tersebar di tanah arab. Perempuan menjadi bahan permainan lelaki, yang baru lahir dibunuh. Kewujudan wanita adalah lebih hina daripada haiwan... cukup hina.. kemudian datangnya Nabi SAW mengangkat darjat wanita, memelihara maruah mereka. Diberikan perhiasan dan hijab untuk mengembalikan mereka kepada FITRAH mereka iaitu MALU!!!

Tetapi wanita hari ini telah sia-siakan peluang yang Allah beri, tindakan wanita hari ini yang tidak menjaga maruah mereka seperti memperlekehkan perjuagan Rasulullah dahulu.

Analogi mudah seperti seseorang yang lemas di sungai, kemudian diselamatkan oleh seseorang. Selepas terselamat masih mahu terjun ke dalam sungai. Inilah manusia yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah yang dibawa oleh Rasulullah itu...

WAHAI MUSLIMAT~

Kembalilah kepada fitrah... be your self... jaga lah agama... kasihlah kamu kepada pembawa Agama ini... kasihlah kepada tuan Agama ini.... kita mulia dengan agama. Andai kita meninggalkan agama maka kita adalah hina disisi Allah.

p/s: Teguran untuk diri.... dan sahabat-sahabat lain....

7 comments:

Anonymous said...

PEREMPUAN je ke kena MALU, LELAKI x payah?

Syahir Safwan bin Ahmad Suhaimi said...

dah agak mesti ada tanye... nak cerita fitrah wanita yang pasa asalnya LEBIH pemalu...

atikah said...

setuju...perempuan Lebih pemalu...

Syahir Safwan bin Ahmad Suhaimi said...

Fuhh.. ade pun yang setuju... ingat kene fire lagi tadi..

k.lili said...

tersentuh gak ngan ayat syahir..kadang2, hal mcm ni akan lbh terkesan bila muslimin yg bersuara...

atirah said...

ok... dlm context ni "Banyak kes rogol pada hari ini semuanya datang daripada hilangnya sifat malu dalam diri wanita", statement ni salah gila2.. xkan prempuan tu sng2 je panggil org rogol dia..? or did u mean the way prempuan tu dressing? comeon! isu skrg mangsa rogol tu pelajar ipt kot, budak2 la.. diorg seksi ke? penah tgok berita x..gmba passport diorg bertudung.. mmm sikit je tepat dgn statement tadi tu... tp xpelah.

"Senang-senang saja badannya dipergayakan dikhalayak ramai"
statement ni plak, faktor rogol tu.. laki kalaw dah gian nafsu, perempuan yg malu pun dia rogol..even kambing..dont u ever heard this??

sorry ,tp ini pendpt sye. mitak maaf.

Syahir Safwan bin Ahmad Suhaimi said...

Matlamat artikel ini supaya wanita dan juga lelaki sedar akan kehidupan diri mereka...Menjaga perasaan malu... Allah memelihara manusia dengan memberi perasaan malu...

Bukan nak hina kaum wanita... cuma peringatan kepada mereka yang sudi membaca dengan hati bukan emosi...

Maaf terkasar bahasa.. Nabi ingatkan supaya diperlihara wanita itu... sebab Nabi sayang wanita-wanita Islam, saya juga ingin cuba contohi rase sayang Nabi kepada wanita, jadi wanita mesti sayang diri mereka....

Tiada pertandingan siapa betul n siapa salah... semua ada betul dan salah... takkan nak biar yang salah tetap salah...

Bace dan buat tindakan yang sepatutnya...