Pages

Labels

Tuesday, September 29, 2009

..::1st Kiriman::..

SESUCI KAIN PUTIH

Hello, Mirna. Dah ciap ke belum solatnya? Along dah di luar ni. Setelah mendapat jawapan, segera dimatikan telefon bimbitnya. Dilihatnya wanita yang sungguh ayu datang ke arahnya, lengkap menutup aurat, sejuk di hati tatkala melihat. Maaf along, Mirna lambat. Orang perempuan biasalah. Mirna tersenyum harap tidak dimarahi. Zakuan membalas senyuman manis adik kesayangannya itu dan mereka terus menuju ke arah kereta proton Waja untuk pulang ke rumah.

Along, tak hendak carikan kakak untuk Mirna dengan abang Hazlan ke? Timbul lagi perbualan yang tidak digemari Zakuan itu. Macam manalah nikmat ada kakak dalam rumah kita tu? Bijak sungguh mirna ingin mengenakan abangnya yang seorang ini. Mirna dah ada along, abang Hazlan, umi, dengan abah. Tak cukup lagi ke? Dilayan juga adiknya itu. Memanglah along, tapi Mirna kasihankan Along je. Kawan-kawan along sudah ramai yang berkahwin dah dapat anak pun. Zakuan hanya mendiamkan diri dan tenggelam dalam dilemanya.

Abang janji, abang akan sayang Zira selamanya. Sambil memeluk dengan galak wanita tersebut. Sekalian alam seperti tidak menghiraukan pasangan yang sedang lalai berada dalam keseronokan duniawi itu. Keasyikan nafsu dan hadirnya syaitan amat melalaikan dua insan ini. Zakuan tidak sedar apa yang terjadi salah atau benar. Dia cuma tahu Azira tetap akan menjadi miliknya suatu masa nanti.

Along! Oh, along? Ahmad Zakuan bin Ahmad Rahim!!! Tersentak dari lamunan yang memeritkan jiwa Zakuan itu. Ha! Jangan sampai terbabas pula along termenung tu. Mirna tak mahu padam lagi. Waja ini pun tak mahu rosak lagi. Petah sahaja adiknya berkata. Zakuan hanya tersenyum dan meneruskan pemanduan yang sudah hampir dengan rumahnya.

Sesampai di rumah, mereka telah disediakan makan malam oleh umi tersayang. Bau makanan yang menusuk tajam hidung mancung dua beradik itu, menunjukkan masakan ibu tersayanglah yang paling lazat. Umi, tolong carikan Mirna dengan Hazlan kakak ipar. Tiba-tiba Zakuan deras berbicara tentang perkara yang sering dilarikannya. Sudah tujuh tahun dia mencari semula ketenangan yang telah dia sendiri hancurkan dahulu. Dia cuba untuk membersihkan hatinya, jikalau boleh dibersihkan seperti hati Rasulullah dengan air Zamzam, itulah yang amat diingininya. Agar tiada lagi dosa noda yang telah dilakukannya suatu ketika dahulu.

Zira minta maaf abang. Zira sayangkan abang. Zira janji tak buat lagi. Zakuan tidak pasti adakah itu air mata asli atau hanya alat untuk mengumpan dirinya memaafkan wanita yang menikam jiwanya, bukanlah dengan pisau namun bagai ditikam dengan tombak. Melihat kekasih tercinta berpelukan dengan lelaki lain, bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima Zakuan. Luluh sungguh hatinya, hancur bagai kapal karam di lautan. Mungkin dia tidak arif dengan wanita. Tetapi, firasat hatinya mengatakan agar membiarkan Azira. Lupakan Azira. Empat tahun menyulam cinta yang hadir, namun semuanya dusta.

Semua di meja makan tergamam. Betul ke ni along? Tanya umi. Betul umi. Alhamdulillah. Seru mirna sambil meminta abah dan Hazlan mengucapkannya sekali. Biar Mirna bubuh nasi untuk Along. Tersenyum gembira adik manjanya itu.

Bukan harta, pangkat atau kecantikan yang dipinta. Namun agama yang suci menjadi pilihan. Dah lama umi berkenan dengan Syafnie, tapi Along tak mahu. Sekarang kan Along dah mahu umi. Sambil mengenggan erat tangan Syafnie yang sah bergelar isterinya. Zakuan mengharapkan kisah lamanya diampunkan Allah, moga cinta yang dibina ikhlas kerana-Nya dirahmati dan kekal hingga ke ahirat kelak. Kini, Syafnie ialah kain putih yang suci perlu dijagai dengan penuh teliti. Ya Allah, Kau Maha Pemurah, Kau Maha Pengampun. Aku bersyukur...

Ditulis oleh seorang temanku dalam usaha menyiapkan assignment beliau. Terima kasih kerana sudi menyumbang di laman ini(sebenarnya diminta dan didesak untuk menghantar cerpen ni).. hehe... kita menunggu karya seterusnya dari beliau... huhu..

copyright@cikgumelayu

4 comments:

nuRRul syafi_iZZan said...

such a good kick start
(is it a kick start??huhu)

anyway truskan mngguna keistimewaan yg diberi-NYA

Syahir Safwan bin Ahmad Suhaimi said...

Macam kenal yang beri komen diatas ni...

Sumber cerpen ni pun dari tempat anda belajar..

Azimah Rupilen said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam...pedang nk lalu,,

tak sangka ada post ni ek..selaku panel seni tulisan(perasan)..nk komen..

plot tmptnya agak megelirukn..
bgitu gk msanya..ana fhm ni bukn tulisan nta kan?

tak pa..sampaikn pd pmiliknya ek..tapi sentuhan emosinya agak berkesan. bgus.

Ayat yang dipakai plak..bleh la..standard.

penulis ada usaha menjiwai wtk..=)
tapi tajuknya..mcm tak kena sgt..