Pages

Labels

Monday, February 14, 2011

Khabaran Rasul

Salam Maulidur Rasul buat sekalian umat Islam yang mendampakan cinta Allah dan RasulNya sudah sekalian lama. Cuma kekadang hati lemah manusia berbisik untuk lari daripada cinta yang hakiki itu. Di mana nilai diri seorang manusia yang berpijak di atas muka bumi ini tanpa dihiasi dengan kecintaan kepada Allah dan RasulNya...?? Hidup tiada erti tanpa cintaNya tidak ubah seperti bangkai yang bernyawa... Mari kita perbanyakkan selawat kepada junjungan besar baginda SAW moga-moga kite menjadi umatnya yang dipilih untuk menikmati syafaa'tnye di akhirat kelak..
Klik untuk besarkan.. sila download...dan bace... =) syukran
Kembali mengimbau perkara yang berlaku pada tahun lepas sewaktu sambutan Maulidur Rasul. Saya antara hamba yang malang kerana terlepas untuk ke sambutan Maulidur Rasul, bukanlah menjadikan ianya sebahagian daripada sunnah dalah kehidupan.... tetapi berasa ralat kerana tidak diizinkan untuk bersama-sama merasai suasana sambutan Maulid Nabi bersama-sama sahabat lain, untung-untung dapat juga memperoleh ilmu dan pengalaman baru...

Dalam saat kesedihan tidak diberi peluang itu, di kejutkan pula dengan berita kes penghinaan Nabi SAW melalui karikatur oleh beberapa individu dari Sweeden...

Akhirnya... Sambutan Maulidur Rasul saya kali itu terus ke kedutaan Sweeden membantah keras tindakan individu yang terbabit. 

Sekadar imbasan perkara lalu buat renungan semua... adakah ketika timbul isu seperti tahun lepas, barulah kita ingin bangun mempertahankan Rasul kita kononnya kita menyanyanginya... Sedangkan sepanjang hidup kita tidak pernah mengendahkan perjuangan yang digalas baginda sudah sekian lama. Kenapa perjuangan itu tidak dipertahankan?? 



Saya lebih suka membiarkan gambar dan video ini berbicara menggantikan saya. Harapnya mesej yang cube untuk disampaikan dapat kepada kita semua dan ianya menjadi pedoman dalam hidup kita...

Wallahu'alam...

5 comments:

cErita hatI said...

ha!!!ni la lagu yang dicari2...my fevret song since i was young..lagu neh da lama sgt, dr zaman skolah rendah, tp dulu spa ntah yg nyanyi..pastu juz ingat rangkap first ja..tnya2 org suma xtw...akhirnya, ketemu juga di sini...:))

Syahir Safwan bin Ahmad Suhaimi said...

Haaa... kan best blog nieh... hahah

cErita hatI said...

huhu..prasan best la tuh..tp mang best pn...hEe...

Syahir Safwan bin Ahmad Suhaimi said...

Tapi cerita hati lagi best laa~ hahaha

cErita hatI said...

haha..cerita hati xd pape pn...hanya cerita dari hati..hUu