Pages

Labels

Tuesday, February 15, 2011

Kisah di Maulid Ar-Rasul

Pagi Maulidur Rasul yang indah, seharusnya semua pelajar di UIAM bercuti pada hari ini semata-mata meraikan hari yang tersangat istimewa buat seluruh pencinta Allah dan RasulNya. Mencintai bukan kerana sempena, tetapi dengan ada sempena dapat kita jadikan suatu ruang yang sangat baik untuk kita melapangkan hati bagi memenuhinya dengan kecintaan...

UIAM...

Tahniah kepada semua kakitangan dan pelajar yang terlibat dalam merayakan majlis sambutan maulidur Rasul peringkat UIA. Program yang bermula di Stadium Saidina Hamzah kemudian berarak ke Masjid diiringi selawat ke atas junjungan besar Baginda SAW mengingatkan saya suasana Maulid Nabi di Kampung. Saya kita sudah hampir 8 tahun tidak berkesempata menyambut Maulidur rasul di Kampung. Rindu suasana berarak bersama sanak saudara, rindu kenangan memegang sepanduk... =)

Kali ini di UIAM saya suma menjadi pemerhati setia sahaja. Pada mulanya menjenguk-jenguk dari luar di stadium, kemudian memerhatikan rakan-rakan berarak ke masjid. Fikiran berputar cube untuk menghayati sirah perjuangan Nabi SAW bersempena dengan hari yang istimewa ini. Selesai kesemua peserta perarakan melalui jalan one way UIA itu saya kembali ke bilik, cube mmencari sedikir pengisian untuk hari yang istimewa ini. Sambil-sambil jari ligat menaip SMS bertanyakan program seterusnya di Masjid nanti. Terima kasih kepada informer saya ye..=)

Set perjalanan... syura saya bersama nafsu memutuskan untuk saya ke masjid, dalam persiapan ke masjid entah macam mana terbuka satu iklan di internet... katanya ada forum bersama ustaz Hasrizal di Ampang.. Iklan direnung tajam... yang lebih menarik perhatian ialah lokasi forum ialah di Masjid Bukit Indah. Masjid tempat saya dan rakan-rakan sekelas di Darul Quran 'berkelah' pada musim cuti. Sudah 3 tahun tidak menjenguk masjid dan ustaz kami. Di kelapangan masa yang ada saya cube ikhtiar untuk ke sana. Forum akan bermula jam 11 pagi... sewaktu tu sudah pukul 9 pagi.. Sempat saya mengenal pasti jalan untuk ke sana dengan bantuan google maps.

www.mymaktabaty.com Forum Muhammad SAW: Antara Durham dan Ampang

Rancangan ke Masjid UIA masih diteruskan, selesai program di Masjid UIA saya bersama sseorang sahabat yang on the spot je nak ikut gerak ke Ampang. Sebut je, " Aku nak pi Forum Ustaz Hasrizal ni... kat Ampang." terus dijawab sahabat saya, " Nak ikut, jom la..." haha.. alhamdulillah ade teman...

Bukan mudah rupanya untuk mengaplikasikan apa yanng dilihat dalam google maps. Tersilap masuk simpang akhirnya terpaksa melalui jalan taman. Situasi biasa yang saya amalkan dari dulu, kalau sessat mesti tanye orang. Perhentian pertama untuk bertanya: Seorang aunty berbangsa india yang baru habis jogging... (terpaksa speaking la plak ngan mak cik ni.... broken). Tertarik dengan nilai yang ditunjukkan oleh mak cik tadi.. setelah bertanye kepadanya dengan senang hati di menjawab.."Kamu sudah silap masuk ni, Bukit Indah di sana... tak pe kamu ikut saya...." (translated from english word.. hehe)... aunty tadi pun tunjukkan kami jalan ke Bukit Indah.... Bagus betul.. sampai bawak tunjuk jalan... Akhlak kita plak macam mane???? =)

Sebenarnya bukanlah bermakna jalan yang ditunjukkan tadi membaw kami terus ke Masjid bukit Indah, sebab pratusan untuk sesat kali kedua di dalam taman perumahan sangat tinggi. Akhirnya kami membuat ijtihad untuk keluar dari taman-taman yang ade menuju ke gerai berhampiran. Singgah di gerai buah-buahan untuk bertanyekan destinasi kami. Alhamdulillah rupanya sudah hampir dengan masjid. saya pun ingat-ingat lupa lagi jalan tu...

Sampai di Masjid kelihatan ramai orang.. Majid Bukit Indah memang antara masjid yang saya jumpe paling meriah. Tak pernah lagi saya jumpe masjid seaktif ini.. sepanjang pengamatan saya la waktu ngaji kat situ dahulu...

Forum belum bermula kelihatan ramai rupanya kawan-kawan yang hadir baik dari UIA, USIM cawangan Panda, dan juga Darul Quran.... duduk berbual bertegur sapa sambil menantikan forum bermula...

Selesai untuk kisah kali ini...

Kupasan forum nanti la.. Nak lengkapkan bahan dulu.. yang pasti Forum kali ini memberi semangat baru untuk kita sama-sama mengambil erti Nabi Muhammad sebagai utusan daripada Allah buat sekalian makhluk. Ada beberapa perkara yang terhadang daripada kita untuk mencontohi peribadi Rasulullah...

insyaAllah....

Forum yang mantap oleh kedua-dua ahli panel... dan moderator (rakan sekelasku sem lepas.. haha)

1 comments:

JHaZKiTaRo said...

salam kenal.. rajin2, ziarahlah blog hamba (AKU SEBUTIR PASIR) kalau nak baca pengalaman hamba travelling ke 45 buah negara.. :)