Pages

Labels

Tuesday, January 4, 2011

XPDC


Biarlah video ini menceritakan segala-gala yang berlaku sepanjang program XPDC Dakwah GAMIS baru-baru ini... nak cerita banyak-banyak letih nak menaip...

*********************

Berkongsi sedikit( cerita ni tak mampu diterjemahkan melalui video)..

Sedang bergerak merakam suasana sambutan tahun baru di KLCC tiba-tiba terlihat sekumpulan remaja perempuan yang bertudung labuh. Mereka sedang berbual dengan kumpulan gadis yang memakai pakaian seksi. Saya kira mereka tu kumpulan XPDC dakwah GAMIS jugalah... Khusyuk merenung sampaikan tak sedar ditinggalkan kumpulan saya...

Entah mengapalah saya tertarik melihat reaksi mereka yang sedang rancak berbual. Akhirnya mereka berpisah dengan bersalaman sambil berpelukan... Teruja mellihat sebenarnya melihat situasi tersebut...

********************

Sesetengah ahli gerakan ataupun pendakwah meletakkan diri mereka ditempat yang terlalu exclusive sampaikan dakwah yang nak dibawa terhalang... mana taknya.. bila berjumpa dengan orang cakap bukan main lagi thiqah... "Ape nama enta??" haha...

Bukanlah menjadikan satu kesilapan bertutur sedemikian, tapi mesti melihat keadaan dan situasi..

Baik... perkaitan dengan ceritaku tadi... melihat situasi muslimat GAMIS yang berani berdepan dengan remaja yang kita kategorikan sebagai remaja bermasalah adalah suatu tindakan yang sihat kepada dakwah hari ini.... uslub ataupun dakwah yang pelbagai menjadikan dakwah kita lebih mudah diterima oleh mad'u.... sungguhpun hidayah bukan kerja manusia, ianya adalah kerja Allah tetapi tanggungjawab dakwah mesti digalas oleh umat Islam yang sedar akan kewajipan ini...

Tersedar daripada keasyikan melihat situasi tersebut saya cube merenug dengan jarak yang lebih dekat untuk mengenal pasti adakah name taq GAMIS ataupun pertubuhan lain...huhu.. dah sah GAMIS, tengok-tengok rupanya sahabatku dari UIA.. huhu..siapakah gerangan mereka itu ya..=)

'Ala kulli hal... sirru'ala barakatillah kepada semua peserta XPDC semoga mendapat rahmat daripada Allah.. Amin...

p/s: video mereka yang saya nyatakan di atas ada di atas... boleh cari sendiri.. hehe
^_^



2 comments:

Anonymous said...

siapakah??

Syahir Safwan bin Ahmad Suhaimi said...

dalam video minit ke 11:30...huhu..sipakah gerangan mereka..??
^_^