Pages

Labels

Friday, January 28, 2011

Mahasiswa Di Hati Masyarakat


Alhamdulillah dengan izin Allah Program Mahasiswa di Hati Masyarakat berjaya diadakan pada malam 28 januari baru-baru ini. Program yang dianjurkan oleh Majlis Dakwah dan Kebajikan Nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) bertujuan untuk mendekati masyarakat sempena dengan cuti tahun baru cina.

Sesi pertama berlagnsung di Pusat Perubatan UKM di Cheras, sukarelawan GAMIS yang diwakili dari pelbagai kampus seluruh Malaysia hadir dalam usaha menjayakan program kali ini. Alhamdulillah kehadiran GAMIS disambut baik oleh pesakit-esakit dan juga kakitangan yang bertugas.

Program yang dinamakan 'Nur Kasih' bergerak sekitar wad di HUKM menzirahi pesakit sambil mengedar risalah dan buah limau.^_^

Pimpinan GAMIS beramah mesra dengan pesakit.

p/s: Ada pesakit yang tidak mahu gambarnya diambil

Ustaz Ridhuan menceritakan serba sedikit kadungan risalah..
(Cerita pasal Abu Hurairah... hehe)

Terima kasih kepada para petugas yang memberikan kerjasama.

Sempat melwat ke Perpustakaan.

Para sukarelawaan yang terlibat di HUKM
(Ramai yang dah ballik, tak sempat bergambar)

Selesai sesi pertama di HUKM sekitar jam 7.00 malam, kemudian sukarelawan GAMIS bergerak ke Hentian Putra untuk bertemu dengan pemandu-pemandu bas. Sesi 2 diberi nama 'Ops Sayang: Kerana dirimu begitu berharga'.... huhu

Modus yang sama, cuma bahan yang bertukar. Kalau di HUKM kami memberikan buah limau, kali ini kami hadiahkan air tin nescafe untuk pemandu-pemandu bas dan juga dibekalkan risalah-risalah kepada para penumpang.

Tidak mahu mengulas panjang, biarlah gambar-gambar ini yang berbicara..

Mula berkumpul di Hentian Putra.

Para sukarelawan Muslimat..

timb. Presiden Gamis bersama masyarakat yang akan pulang ke kampung menaiki bas.

Pimpinan bersama 'Harta Ghanimah'

Edar risalah ucapan selamat bercuti..=)

Bersama pemandu bas.. Nasihat supaya bawa bas dengan berhati-hati..

Bersama penumpang, mengedarkan risalah dan sedikit nasihat.

Kak G-ah... tu dia... baru balik dari keja, terus mai sini.. ^_^

Reaksi pemandu bas setelah menerima hadiah daripada GAMIS... :)

Nasihat daripada Pengarah Program kepada para penumpang.

Para sukarelawan di Hentian Putra..

Geng motor mau balik...

Tahniah kepada semua sahabat yang terlibat dalam menjayakan program dakwah kita pada kali ini.

0 comments: