Pages

Labels

Sunday, April 11, 2010

Sireh Pulang Ke Gagang (SMKA TAHAP)

Bang, berhenti kat sekolah sebelum masjid besar tu ye..” Pintaku kepada abang driver metrobus.

Sekolah mane?” Tanya abang driver tadi, mungkin keliru disebabkan ada dua buah sekolah sebelum Masjid besar itu.

“Sekolah TAHAP” Jawab saya.

Ketika itu hujan turun renyai-renyai....

Setelah sampai di hadapan SMKA TAHAP saya dan Firdaus turun dari bas. Jam lebih kurang pukul 11 malam waktu itu, kami meredah kesejukan malam ditambah dengan hujan renyai-renyai itu masuk ke SMKA TAHAP.

Kami aturkan langkah kami yang agak lesu terus ke Asrama putera setelah membuat panggilan kepada sahabat saya yang berada di bilik Ketua Umum ketika itu.

Di asrama sudah menunggu dua orang sahabat saya Shafie dan Syed.

“Habis kecoh satu sekolah sebab kita.” Sahabat saya menceritakan situasi sekolah disebabkan kehadiran kami kali ini.

“haha… takpe.. rileks.. kita setup nanti” Jawab saya ringkas kerana sudah dimaklumkan sebelum ini.

*************************************

APA YANG SEBENARNYA BERLAKU??

Sebenarnya perjalanan kami kali ini ke TAHAP sekadar menziarahi cikgu-cikgu, nak berjumpa dengan saff kepimpinan TAHAP sekarang untuk memberi semangat, dan sekadar ingin tinjau-tinjau keadaan sekolah sekarang. Bukanlah satu program yang formal untuk di hebohkan kepada seluruh warga di sekolah.

Pada mulanya saya dan beberapa sahabat lain telah merancang perjalanan yang kami panggil sebagai ‘Jaulah ke SMKA TAHAP’. Dalam perancangan kami, kami ingin berjumpa dengan kepimpinan pelajar KP dan PAI. Selain itu ingin kami menziarahi cikgu yang ada disekitar sekolah. Tetapi lain pula jadinya, program kami dah jadi macam ‘Kem Bina Insan’ yang telah diadakan pada tahun lepas..:)

Dalam perjalanan saya menuju ke SMKA TAHAP baru-baru ini. Saya menerima SMS daripada X-Tahapian muslimat yang sudah bersedia di TAHAP. Katanya, “eh, nta buat kertas kerja ke untuk masuk TAHAP? Cikgu-cikgu beri harapan tinggi untuk program ini… Kelas yang ada akan ditunda untuk beri laluan kepada program kita”.

Disebabkan kertas kerja ringkas yang kami sediakan dan mendapat kelulusan daripada Pengetua SMKA TAHAP, membuatkan ziarah kami kali ini sebagai satu program yang rasmi… huh.. seronok juga. Penginapan disediakan, makanan pun disediakan. Kali ini kalau jumpe cikgu-cikgu, mereka tak tanya, “Awak ada apa datang sekolah ni?” tapi mereka cuma bertanya, “macam mana program? Dah habis belum?”… Tidak disangka pula program kami ini tersebar luas.. =) Jadi, kami lebih bersemangat untuk meneruskan plan yang kami rancang dan tidak perlu takut apa-apa….

SEJARAH TERHASILNYA KERTAS KERJA

Antara perancangan kami, kami berhasrat untuk mengadapan forum untuk berdiskusi dengan adik-adik TAHAP, dan kami rancang untuk diadakan di dewan utama SMKA TAHAP. Jadi disebabkan ingin menggunakan dewan mestilah minta kebenaran dahulu. Jadi kami berhubung dengan Ustaz Hairul. Kata Ustaz Hairul, kami perlu hantar kertas kerja kepada pengetua, tapi die akan tolong uruskan. Kami contact dengan ustaz hari rabu, sedangkan kami nak turun TAHAP hari jumaat tu. Kebiasaannya kertas kerja mengmbil masa berminggu-minggu untuk diluluskan… huh..

Rabu malam tu saya pun mula menyiapkan kertas kerja. Untuk memudahkan kerja disebabkan saya pun ada exam keesokan harinya, saya cuma edit kertas kerja progam tahun lepas. Bemula lebih kurang jam 12 tengah malam akhirnya selesai kertas kerja itu jam 1.45 pagi dah saya emailkan ke alamat Ustaz Hairul…

Keesokan harinya sahabat saya Firdaus menerima panggilan daripada Ustaz, katanya, “Saya dah dapat dah kertas kerja yang kamu emailkan. Ni nak hantar dah ke pengetua dah ni..”

Tidak lama selepas itu, dalam beberapa minit Ustaz call Firdaus sekali lagi.. “Hello, ha Pengetua dah luluskan kertas kerja kamu. Jadi kamu boleh makan di dewan makan, tidur di asrama, gunalah dewan tu. Buat la program untuk budak-budak TAHAP ni.”

Kerta kerja yang bertajuk ‘Kembali Ke SMKA TAHAP’ yang bertemakan ‘Rindu serindu-rindunya’ mempunyai 5 halaman telah mengubah segala perancangan kami. Kami terpaksa lebih bersedia unutk menjayakan program kami ini… huh..

*********************************

Setelah selesai makan malam dah solat kami duduk berkumpul (X-tahapian muslimin) di bilik ketua umum membincangkan program yang akan diadakan esok. Perbincangan kami berlarutan sehingga lebih kurang jam 2 pagi jugalah, ditambah pula video yang sepatutnya saya siapkan masih dalam membikinan.

Keesokan paginya, di sekolah ada mesyuarat agung PIBG. Kami mengambil kesempatan untuk mengadakan mesyuarat X-Tahapian muslimin dan muslimat di kelas form 5. Antara yang dibincangankan ialah program petang itu yang dijadualkan akan diadakan jam 2 petang iaitu perjumpaan bersama saff kepimpinan KP dan PAI. Kemudian diteruskan perbincangan berkenaan Forum malam tersebut yang bertajuk, ‘Sireh Pulang ke Gagang’.

BERJUMPA KEPIMPINAN PELAJAR KP DAN PAI

Kami tidak menggunakan pendekatan meeting yang biasa, tetapi kami meletakkan beberapa modul dalam perjumpaan kali ini. Modul yang agak lasak memerlukan kekuatan fizikal dan mental sebagai seorang pemimpin.. Modul besarnya yang bernama Modul Ta’ruf, didalamnya terdalam beberapa modul kecil. Peringkat pertama ialah masa kami meminta laporan dan mengorek semua masalah yang berlaku dam pimpinan mereka. Jadi modul tersebut dinamakan Modul Korek.


Grouping pimpinan muslimin membincangkan cara-cara menyuburkan biah solehah di SMKA TAHAP


Muslimat juga membincangkan tajuk sama sambil diperhatikan oleh x-tahapian

Kemudian pada peringkat seterusnya kami meminta mereka untuk mendapat secebis kertas yang kami ikat di tingkat dua… tetapi mereka tidak boleh pergi ke tingkat atas. Dalam peringkat ini mereka diberi kesedaran berkenaan dengan kepentingan berkerjasama sesama PAI dan KP kerana matlamat mereka adalah sama. Selain itu, perkara yang ditekankan dalam modul peringkat kedua ialah sifat kepimpinan… Peringkat ini bermatlamat supaya mereka sedar akan betapa pentingnya amanah, dan jangan ada sifat bangga diri dan merendahkan orang lain. Oleh itu, pendekatan yang digunakan adalah sedikit tegas dan syadid.. huhu.. ketuanya ialah saudara Firdaus…. Agak ganas la petang itu..=) Harap adik-adik tak amek hati dengan kami..

Muka tension kena provokasi.. sabar dik..

Akhirnya barulah proses pembinaan semula, kami yakin kepada kepimpinan adik-adik sekarang. Melihat akan potensi diri mereka, mereka mampu untuk melakukannya tetapi satu anjakan perlu dilakukan untuk memastikan matlamat kita semua dapat realisasikan. Kami sekadar pembantu yang cuma dapat melihat dari luar, yang akan menjayakan semuanya adalah mereka…

Antara muslimat x-tahapian yang hadir, Kak Zuraida, Aisyah Ibrahim, Khatijah, Maizatul Asida dan beberapa lagi SPM tahun lepas(tak ingat name)


PERSIAPAN UNTUK FORUM

Sebelum berforum mesti dipastikan segala peralatan cukup. Inilah persiapan dari sudut teknikal. Nak pastikan LCD ada, Microphone pun cukup, dewan tersusun, kerusi penceramah dan macam-mcam lagi. Saya paling cerewet bab teknikal. Mungkin kerana terlalu lama berkerja untuk menyiapkan barangan teknikal, jadinya sebolehnya inginkan yang terbaik untuk teknikal…

Mulanya masalah microphone, disebabkan kami memerlukan dua microphone yang boleh dibawa berjalan, jadinya terpaksa jugalah diusahakan untuk mendapatkan bateri mic tersebut…

“Abang, pinjam motor kejap boleh tak? Nak beli bateri kat depan tu je…” Akhirnya saya pun meminjam motor pakguard untuk keluar membeli bateri.. huhu..

Dah selesai masalah microphone, masalah LCD pulak… LCD taknak menyala.. setelah letih mencuba akhirnya kami dapat kenal pasti masalahnya. Masalahnya ialah wayar… wayar rosak kot, kami meminta jasa baik Cikgu Zainal untuk meminjamkan wayar LCDnya…. Tapi kami cuba tetap tidak berhasil…

Sedikit tension kerana LCD tak boleh bukak..

Takpe lah.. bawak LCD ke bilik, kita try kat bilik pulak guna laptop lain… lagi pun nak azan maghrib dah ni…”

Kami pun bergerak ke bilik, selesai solat maghrib kami cuba sekai lagi, Alhamdulillah Berjaya….

Tolong bawak LCD dan laptop ni ke dewan, tolong pasang terus ye..” kami meminta adik-adik tahap Zakwan dan Adib kerana kami kene bersiap untuk Forum selepas isyak nanti.

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah…


FORUM BERMULA

Perjalanan forum kami seperti berikut:

Pada mulanya dua orang pengerusi majlis akan dijemput masuk ke dalam dewan(ala-ala forum perdana ehwal Islam, macam Hafiz Hamidun la..) setelah pengenalan ringkas berkenaan Forum, selepas itu barulah video pengenalan Forum akan ditayangkan… kemudian ahli panel dijemput masuk oleh pengerusi majlis… Forum bermula dengan round pertama, selesai round pertama majlis kembali kepada dua orang pengerusi majlis yang berlegar-legar dibawah meminta respon para penonton. Kemudian sebelum masuk round kedua akan ditayangkan tayangan video yang kedua, dan barulah bermulanya round kedua. Selesai round kedua dan kata-kata terakhir setiap ahli panel, semua sekali berdiri untuk menyanyikan lagu harapan(Raihan)… video show untuk lagu tersebut disediakan….

Video yang disediakan khas untuk program kali ini... ke YouTube klik di sini

Begitulah perlaksaan forum malam itu…

“Dari Dewan Utama SMKA TAHAP mempersembahkan dua jejaka.... Imran dan Shafie!!” Dua orang pengerusi majlis dijemput untuk mengendalikan keseluruhan program, masuk mereka dengan diiringi muzik telah menarik perhatian para penonton…

Pengerusi majlis yang berlegar di bawah, memang gaye macam Hafiz Hamidun..

Tersentuh saya tatkala menyaksikan video permulaan yang telah sediakan oleh Imran. Terkenang zaman kami ditarbiah dahulu… lagi menyedihkan apabila mengenangkan pengorbanan Imran dalam menyiapkan video tersebut… banyak kisahnya… semuanya adalah pengorbanan…

Barisan ahli panel.. (dari kiri: Panel1 Syed Fadhli, Moderator Syahir, Panel2 Firdaus, Panel3 Kak Zuraida)

Antara fokus utama dalam forum kami ini ialah memberi kesedaran kepada semua pelajar SMKA TAHAP supaya berasa bertuah dan berbakti kepada Islam. Tanggungjawab mereka sebagai pelajar sekolah agama adalah sangat besar. Inilah yang mesti kita semua sedar…

Majlis malam itu dituutp dengan nyanyian, semoga semangat untuk mengembalikan kegemilangan SMKA TAHAP dapat dirasa oleh seluruh pelajar..

Adik-adik muslimin


Adik-adik muslimat

Malam itu disebabkan terlalu letih saya pun terus terlelap di bilik, tak sempat nak borak panjang..

Keesokan harinya kami bergerak keluar dari TAHAP lebih kurang jam 12 tengahari, sempat juga bergambar di bilik lama saya.. huhu..

Harapan saya semoga jaulah kami kali ini dinilai oleh Allah sebagai pahala untuk menempatkan kami ditempat yang tinggi di sisiNya…

Wallahu’alam

8 comments:

Unknown said...

salam...tahniah diucapkan kpd kalian...

sungguh...rasa sgt3x gembira bila baca post ni...

mcm x percaya pon ade jugak....senang je pengetua approve kertas kerja..alhamdulillah...urusan kalian dipermudahkan...

ade dgr juga pasal program ni dr Aina...tp x sangka mcm ni jln crite die...

em..nak mintak izin copy art ni...jgn risau... link asal akan disertakan...

syukran...teruskan perjungn di bumi Tahap...

kami iringi doa agar semuanya sentiasa dipermudahkan Allah dan biah solehah kembali subur di bumi bertuah SMKA TAHAP...

insyaAllah ada masa nnt teringin juga nak turun Tahap...

Syahir Safwan bin Ahmad Suhaimi said...

Jutaan terima kasih kepada X-Tahapian yang menyumbangkan tenaga untuk menjayakan jaulah kali ini... dan juga kepada X-Tahapian yang tidak berkesempatan hadir.. memang ramai yang ingi hadir tetapi semuanya ada masyaqah masing2... insyaAllah nanti kita turun beramai-ramai lagi..

Juga kepada guru-guru.. TErima kasih tidak terhingga kerana menyambut baik kehadiran kami ke sekolah...

Tidak lupa juga kepada adik-adik SMKA TAHAP.. walaupun majoritinya tidak sempat bersama di sekolah dahulu, tetapi dapat memberikan kerjasama yang sangat baik...

Semoga Allah membalas anda dengan kebaikan dunia dan akhirat..=)

dan said...

alhamdulillah, akan selalu ada senior yang selalu ambil berat. :)

ingin dengar kawan-kawan aku yang mantap ni berbicara lantang di hadapan..tak kisahlah walaupun sekadar moderator =)

Syahir Safwan bin Ahmad Suhaimi said...

Haha.. nape ade pengkhususan 'walaupun moderator' Dan???

Balik la Malaysia.. nanti kita poi pusing2...

Exco said...

Assalamualaikum
Abg Syahir..
Camne baju Kem Tarbiyah Islamiyah??
Dah settle ke blum??
Dari PAI SMKA TAHAP@Exco LTKL

Syahir Safwan bin Ahmad Suhaimi said...

Sampai ke sini mereka mencari ana ye... ape email??? ana dah send kat presiden PAI kamu.. tapi tak pasti la sampai ke tak.. pape call ana ye..

Nur Akalili Zubair said...

ceh...ramai peinat la kunun.....hik3

Syahir Safwan bin Ahmad Suhaimi said...

ade orang jeles ka..???!!