Pages

Labels

Sunday, May 23, 2010

Cuti-cuti

'Azan Rock'.. lama betul tajuk itu di pamerkan di laman blog ini menjadi tajuk paling latest saya mengemaskini blog.. kalau nak kata terputus internet untuk mengupdate blog, tu bukanlah alasannya kerana hampir setiap hari duduk di pejabat menghadap laptop dan melancong ke alam maya... mungkin kerana kemampuan yang ada dalam diri membuatkan blog ini sekadar di buka setiap hari tanpa di usik. Memang dah jadi sebahagian daripada diri saya, tidak dapat memberi fokus kepada banyak perkara dalam satu masa yang sama.

SEKARANG NI BUAT APA YE..???

Kalau tak silap, tajuk 'Azan Rock' saya update seminggu sebelum berakhirnya short sem di Nilai. Sekali gus bermakna berakhirnya jejak ilmu saya di Pusat Asasi UIAM. fuh.. alhamdulillah.. akhirnya selamat juga saya tamatkan pengajian di Pusat Asasi.. hehe.. baru nak masuk degree... masa yang berbaki untuk saya dan rakan-rakan sebelum menjejakkan kaki ke Gombak adalah dalam 2 bulan.. sepanjang waktu tersebut ramai sahabat-sahabat yang memilih untuk berjuang di kampung halaman masing-masing. Tetapi kurang juga yang menyambung penjelajahan ilmu mereka di pondok-pondok yang terdekat.

Saya pula memilih untuk bermukim di Seremban ni lebih kurang dalam 2 bulan. Bukan berseorangan tetapi ditemani dengan beberapa orang lagi sahabat yang setia bersama saya.. :) kembara kami kali ini membawa misi yang sangat besar, mencari pengalaman, ilmu dan juga membuka saham akhirat... moga-moga Allah permudahkan segalanya...

***********************************

Balik daripada kelas, saya menerima panggilan daripada Ustaz Khairi yang merupakan CEO Syarikat Al-Azhar Media. "Salam'alaik... Syahir.. sihat? macam ini.. ana ada projek baru nak buat ni... kami nak buat buku bahasa arab, ana nak dalam 10 orang. Sekarang dah ada 3 orang, enta tolong carikan lagi 7 orang... ana nak 2 muslimin dan 5 muslimat...." Begitulah bunyi panggilannya...

Jenuh juga mencari orang yang nak ikut serta projek ini. Lebih lagi mereka tak tahu projek apa ini, kalau mereka tahu memang ramailah yang ikut serta. Bila lagi nak terbitkan buku kan??.. di pendekkan cerita akhirnya terkumpullah seramai 8 orang daripada UIA.. terlebih seorang.. 3 lelaki dan 5 perempuan.... Terima kasih kepada sahabat saya yang sorang ni kerana tolong mencari 5 orang muslimat tu. Kalau nak saya carikan memang takkan berjumpalah dengan muslimat-muslimat ni...


PEJALANAN KE AL-AZHAR MEDIA

Kami tamat peperikasaan akhir sem pada hari jumaat, jadi saya dah seorang sahabat saya mengambil keputusan untuk check out dari UIA pada hari Isnin sebab kami belum kemas lagi bilik, jadinya sementara menunggu hari isnin kami pun pergilah meraikan kejayaan kami menjawab final exam ni.. sempat juga la kami makan besar Satay Kajang... dua hari yang membosankan berlalu pergi dengan persiapan kami meninggalkan bilik yang kami tinggal sepanjang short sem baru ini...

Makan Satay Kajang

Pada pada hari ahad (9 mei) dah sampai 2 orang muslimat ke Al-Azhar Media, mereka terus ke penginapan muslimat. Pada keesokkan harinya pula sampai lagi 5 orang... cuma seorang sahaja yang sedikit lambat sampai sebab perjalananya dari Kelantan memakan masa yang agak lama... Pada hari isnin, seorang muslimin dan 3 muslimat berkumpul di stesen KTM Seremban, saya pula menunggang motor dari Nilai....

Alhamdulillah motor yang saya tunggang tidak mengalami sebarang kerosakan, cuma cuasa saja yang menjadikan perjalanan kali ini agak mencabar. Keluar saja dari tol Nilai saya telah dilimpahi dengan nikmat ilahi dari langit. Terus basah kuyup, ditambah dengan percikan air daripada lori menambahkan lagi kebasahan diri.... air hujan berkocak di dalam kasut mengingat saya kepada peristiwa Nabi SAW dilempar batu sehingga berkocak dalam kasut Baginda dengan darah... (tetiba je teringat)... jadi redha la untuk perjuanganku ke Seremban ini... Disebabkan terlalu lebat saya terpaksa berhenti di Perhentian Seremban untuk berteduh...

Hampir 15 minit saya berteduh di Shell , melihat hujan sudah semakin reda saya menyambung semula perjalanan ke Seremban, ingatkan hujan sudah berhenti tetapi jangkaan saya meleset.... huh.... tak sampai 200 meter daripada perhentian tadi, rupanya hujan lebat menanti di hadapan. Nak patah balik tak boleh, jadi terpaksa la juga saya teruskan.... sekali-sekala saya menjeling ke dalam bakul motor... "Apalah nasib al-quran aku dalam beg tu.."

Alhamdulillah hujan lebat tadi bukanlah di sepanjang perjalanan ke Seremban, depan sikit saja sudah terpancar sinaran matahari.. huh... sedikit sebanyak dapat mengeringkan baju saya... tapi saya bukanlah mahir jalan di Seremban ni... jadi, dengan sedikit bangangnya saya pun masuk je lah di mana-mana simpang yang saya suka... Exit Senawang menjadi pilihan saya untuk saya keluar daripada highway... selepas itu..??? Pusat Bandar kot.... saya menuju ke Pusat Bandar iaitu bandar Seremban.. Sepatutnya bukan exit Senawang kalau nak ke Seremban, tapi lantak lah.. Sampai di Bandar Seremban pula, saya tercari-cari di manakah stesen KTM... hampir sejam berlegar-legar di ruang jalanan Bandar Seremban akhirnya saya terpaksa berhenti dan turun dari motor kerana sekali lagi saya di curahi nikmat tuhan yang sejuk itu....

Saya terpaksa berteduh di hadapan kedai kasut menanti hujan reda. Kelihatan beg kertas yang membawa al-quran serta buku-buku sudah pun terkoyak kerana basah, beg baju pun basah.. nasib baik laptop saya terselamat kerana di baluti sereban biru saya...

Melihat hujan sudah reda saya bertanyakan arah untuk ke Terminal 1 daripada taukey kedai kasut itu, dipendekkan lagi cerita saya pun singgah sebentar di Masjid Negeri untuk solat asar. Disebabkan keadaan yang basah kuyup jadinya saya bersolat di kawasan luar sahaja. Selepas solat barulah saya bergerak ke Pejabat Al-Azhar Media dengan dipandu oleh sahabat saya yang sudah berada bersama ustaz, saya mendapat panduan berdasarkan SMS, sebab hp saya takde GPS... kalau ada senang sikit...

Akhirnya setelah berapa banyak simpang yang saya masuk, saya bertemu jalan yang benar... :) untuk malam itu kami berehat sebentar sebelum kami mulakan kerja pada keesokan harinya...

bersambunglah....

p/s: Kami dah masuk 2 minggu dah kerjo ni... :)

1 comments:

puteri dunia said...

moga kalian berbahagia dlm perjuangan kalian.
jgn cepat bputus asa andai ujian menimpa...:-)