Pages

Labels

Saturday, May 1, 2010

Azan Rock...

Syukur, Allah selamatkan perjalananku ke Kampung Relong minggu lepas..

Sesampainya di Terminal Anggerik, Bandar Baru Lipis terlihat saya akan funfair yang agak meriah pada malam itu. Masa ketika itu lebih kurang jam 8 malam, saya ke surau untuk selesaikan taklifat Allah. Kemudian duduklah budak kampung ini yang sudah lama tidak pulang di bangku terminal. Di funfair sedang rancak memainkan lagu nyanyian kumpulan Kristal, tiba-tiba terdengar laungan azan dari Masjid Daerah Lipis yang terletak kira-kira 500 meter dari terminal.. Malangnya muzik yang di pasang masih lagi diteruskan di funfair itu...

"Mungkin diorang tak dengar kot.." bisik hatiku cuba bersangka baiik dengan pihak penganjur

"Tak pun penganjur tu bukan orang Islam.." Cuba sedapkan hati..

Tapi hakikatnya memang tak senang duduk mendengar azan ber'background'kan muzik rock itu.. dengan semangat dan berani-berani takut saya pergi menuju ke funfair tersebut..

"Abang... Abang jaga kat sini ke?" tanya saya kepada seorang abang yang sedang menjaga tiket di funfair itu..

"Ha.. ye la.. ad apa?" jawab penjaga tiket itu..

"Tak boleh berhenti kejap ke muzik ni..?? tengah azan ni.." Dengan nada biasa saya membuat permintaan tersebut..

Kelihatan abang tadi macam blurr... lalu memanggil kawannya di sebelah, Sekali lagi saya ulangi soalan yang sama kepada kawannya... "Tak boleh berhenti kejap ke muzik ni..?? tengah azan ni.."

"Tadi kami dah berhentikan dah sekejap." Jawab kawan abang tadi yang juga menjaga tiket di pintu masuk..

"Tapi azan sekarang!!! tak boleh berhenti kejap ke!!!" tiba-tiba suaraku menjadi tinggi, jantung berdenyut kencang.. terasa seperti menggelegak di otak... MARAH.... kenyataan "Tadi kami dah berhentikan dah sekejap." membuatkan saya rase macam nak bakar funfair itu..

Sebelum beredar sempat lagi menjeling ke dalam melihat penjaga PA System.. semuanya MELAYU... ISLAM... tapi pengecut....

Selepas meninggikan suara kepada penjaga tiket tadi, saya pun beredar.. takut juga kalau-kalau dia bawak geng, dah la saya seorang... sambil berjalan saya cuba meredakan kemarahan di hati.. 'Think positive', 'Husnu Dzon'(bersangka baik)...

Nafas di tarik perlahan-lahan, dalam hati berbicara, "Ampunkan dosaku dan dosa mereka.." tidak terlepas bisikan di hati yang berbunyi, "Celaka UMNO!! ini hasil tarbiah kau nak beri pada orang Lipis!!!" Astaghfirullah..... ini semua bicara hati ketika emosi tidak stabil....

Teringat pula dialog dalam cerita Penunggu Gunung Raya, Lebai Awang memberi nasihat kepada cucunya.." Sabar.. marah itu api... api itu mainan syaitan..."

Sebab awal nak marah untuk menasihati, tetapi syaitan masuk ke ruang marah itu untuk menguasai diri... 'Astaghfitullah...' inilah kalimah keramat yang dapat memberi kesejukkan... me'neutral'kan kembali emosi dan nafsu.. ini apa yang dapat dipraktikkan dalam seminar yang sebelum ini bab Emotional Quotient...

KENAPA PERLU HORMAT DENGAN LAUNGAN AZAN??

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... kenapa pula tidak azan...

Azan adalah syiar bagi umat Islam, Lambang kekuatan umat Islam.. bagaimana pula kalau syiar ini diperlekehkan oleh orang Islam sendiri??? bukankah ini bukti umat Islam sudah terlalu lemah untuk mempertahankan syiar kita ini??
Malaysia tidak pernah mengambil iktibar daripada kejatuhan khilafah turki uhtmaniah dahulu... Umat Islam di Malaysia sudah terlalu teruk di pijak... Gagasan 1 Malaysia bukanlah untuk mengembalikan kekuatan Islam tetapi semakin melemahkan Umat Islam, kerana itulah azan setiap kali solat tidak pernah masuk menyerikan bilik saya di Nilai ini. Alasannya kerana mengganggu penduduk beragama lain... sekali lagi hati berbisik.."Celaka BN!!"

Dalam azan juga ada beberapa tuntutan yang mesti kita laksanakan, antarannya ialah untuk pergi berjemaah di Masjid.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya ada seorang lelaki buta mendatangi Rasulullah s.a.w. dan berkata; Bahawa tidak ada orang yang menuntunnyake masjid sambil menanya apakah dia dikecualikan daripada mengikuti solat berjemaah di masjid. Ternyata Rasulullah s.a.w. memberi keringanan keatasnya. Tetapi tatkala lelaki itu sudah berpaling, Rasulullah s.a.w. memanggilnya lagi sambil bertanya; Apakah ke rumahmu kedengaran azan? Lelaki itu menjawab 'ya'. Rasulullah berkata lagi; Kalau begitu penuhi panggilan itu.

Maka, pertahankanlah syiar kegemilangan kita ini...

Perubahan perlu dilakukan... pendidikan kerohanian mesti dipertingkatkan kepada masyarakat hari ini supaya mereka lebih sensitif akan perkara yang membabitkan maruah Agama Islam. Kepimpinan Jahil hari ini mesti di lingkupkan...(BARISAN NASIONAL)

Wallahu'alam

p/s: Tazkirah ringkas... nak abis short sem ni serabut sikit... banyak perkata nak kene setup..



8 comments:

alfarabi said...

assalamualaikum...

xramai yang mampu menegur direct, mungkin sekadar membenci dari jauh.. apa pun TAHNIAh kerana berjaya membuat mereka dan ana tersedar seketika dari 'tidur'...

btw..tertarik dgn blog parlimen lipis ni... ;)
http://parlimenlipis.blogspot.com/2010/04/alasan-mudah-kenapa-perlu-undi-bn.html

Syahir Safwan bin Ahmad Suhaimi said...

Parlimen lipis..?? baca boleh.. percaya jangan...

Membawa pembangunan negara tetapi tinggalkan pembangunan Insan... Kerana itulah tercetusnya kisah funfair ini...

andalus said...

berkerut juga baca entri ni..memang..yang memegang tampuk pemerintahan memang mereka..tapi,proses tarbiyyah itu luas.bukan hanya pada tangan mereka.yang menjadi kan negara kita jadi seperti hari ini pun bukan hanya,100% dari mereka puncanya.
perlu lihat dari sudut yg banyak dan pelbagai.
bukan lah saya bhasrat mnyebelahi mereka bukan juga kamu..ala kulli hal..tahniah juga atas rasa marah tu;p

Syahir Safwan bin Ahmad Suhaimi said...

Biasalah tu apapbila emosi menguasai diri... keadaan tidak berapa waras... tu semua lintasan hati... saja luahkan.... kuasa di tangan mesti digunakan untuk menjulang Islam, bukan biarkan sahaja Islam di pijak..
Analogi mudah seperti Kapten kapal membiarkan anak kapalnya menebuk kapal.. akhirnya semua tenggelam..

Maaf kalau ada yang tak setuju.. sekadar bicara hatiku..=)

Anonymous said...

pegi je tutop sendiri muzik tuh..xmakan saman de dyorg nih..!

Majdi Nadwan said...

Smart ar Syahir! Aku harap aku ada sekali tym tu. Huh. Memang kenalah.

wirdatul_hamra said...

tapi sedar ke kita..ramai lagi 'orang-orang agama' yang tetap rancak berborak bila dengar azan.bagi depa,dah perlahankan suara pun dah cukup.kalau kat rumah pulak.yang budak2 diajar untuk perlahankan volume tv masa dengar azan kat luar rumah tapi mata masih x berkelip pun tengok tv.yang parah jugak bila azan sedang berkumandang di tv,ditukarnya channel lain. realitinya begitulah.bila kat rumah pun x pandai nak hormat azan, apatah lagi di majlis2 yang besar macam tu.

Unknown said...

sbgai rakyat lipis,saya trut rse kekecewaan itu...tu belum masuk lagi yang duk g mengadap funfair 2...terlepas maghrib...entah apa yang seronok katfun fair 2 pn x tahu la