Pages

Labels

Thursday, October 29, 2009

Kembalinya Nikmat Gigi

Alhamdulillah.. lafaz syukur sering kali keluar dari mulut kita bila mana dikurniakan nikmat.. walalupun selalu juga lafaz ni keluar dalam keadaan di luar sedar kita. Walaubagaimanapun, ianya jelas membuktikan penghambaan kita kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih ini...

Selesai solat jumaat. aku duduk dibahagian belakang masjid bersama sahabat aku Firdaus. Sahabat yang tidak serik-serik mendampingi aku sejak sekolah menengah lagi. Duduk aku di bahagian belakang sambil menantikan seorang lagi sahabat aku yang turut bersembahyang di Masjid yang sama...

Kelihatan sahabat aku, Imran ataupun nama ganasnya Kandar keluar dari Masjid setelah die selesai solat sunat, Kandar ni memang aku kenal dengan ketekunannya dalam solat. Patot lama nak tunggu die ni... Aku melambai tangan memanggil Kandar, sebenarnya nak tunjukkan gigi Kandar yang patah tu kat Firdaus, tapi aku terkejut tengok giginya kembali seperti dahulu.(walaupun besar sikit)... hehe..

Senyuman manis terukir di Mulut Imran dengan gigi barunya..

Rawatan yang diterima Kandar semalam menyaksikan perubahan yang menakjubkan.. hehe... walaupun rawatan yang diterima bukanlah kekal selamanya kerana ianya perlu diperbaharui setahun kemudiannya, tetapi bersyukurlah... itu lah yang dapat Manusia ini kongsi kepada kami di perjumpaan yang ringkas tadi....

Manusia seringkali lupa akan nikmat yang ada pada dirinya.. hatta nikmat itu hanya sebatang gigi, tetapi apabila Allah mengambil kembali nikmatNya itu mula la timbul rasa menyesal dan tak puas hati dengan kecacatan tersebut... itulah yang dapat aku ambil iktibar daripada peristiwa sahabatku ini...

Teringat pula aku pada satu istilah yang aku kenal di sekolah dulu, 'istidraj' maknanya satu nikmat yang Allah beri kepada seseorang untuk menambahkan kesesatan. Moga-moga aku terhindar daripada istidraj... Allah turunkan bala adalah untuk memberi pengajaran kepada hambaNya sejauh mana kita mengerti apa itu 'SYUKUR'... bukan seperti Firaun yang Allah memberi kekuasaan kepadanya sehingga lupa bahawa dirinya adalah makhluk.. begitu juga yang terjadi kepada Qarun yang dilimpahi harta yang begitu banyak tetapi sombang dan kedekut...


dah lama tak bergambar sekali.

Betapa manisnya bila kita sama-sama kita kenangan kembali batapa Allah sayang kepada kita dengan menurunkan peringatan.. ingatlah AAllah sangat sayangkan hambaNya yang bersyukur kepadaNya.. wallahu'alam..

p/s: Ikuti kisah selanjut imran di perantau89.blogspot.com


Wednesday, October 28, 2009

Lawatan Sambil Belajar ke Kg Relong

24 oktober 2009- Saat2 akhir aku menanti waktu kembalinya aku ke Bumi Nilai. Tiket sudah ku beli. 'penerbangan' aku pada keesokan harinya. Berat rase nak pulang ke Nilai walaupun kebosanan, ditambah dengan perasaan berdebar untuk melihat result yang di'block' kerana aku disaman atas alasan tidak check out.. first time kene saman di UIA, abis pecah rekod bersih selama ini...

Hari ini kene buat persiapan sikit sebab rumah usang aku di Kampung Relong akan dikunjungi 'pelawat'. Bleh diterima lagi la sebagai jalan raya walaupun syawal dan habis. Kunjungan yang beralasankan nak makan buah... hehe.... Jadi aku pun membuktikan bahawa Relong memang penuh dengan buah-buahan dan juga keindahan alam semula jadi.. ceh... kalau tak takkan la bleh menang anugerah desa cemerlang peringkat negeri..

jangan tiru aksi memanjat ini.. hehe.. menggunakan kelebihan ketinggian yang ada untuk memetik rambutan walupun mendapat serangan krengga.. tapi yang sambut rambutan pun kene gak lah.. tak boleh le[as daripada kerengga...

Pada mulanya nak keluar cari buah kejap, tapi jadi macam lawatan ke Kampung Relong pulak sebab rumah aku dekat denga Gua dan jugak Kandang Rusa... dah abis kutip buah yang penuh satu bonet Myvi tu aku jadi pemandu pelancong plak ke Kandang Rusa dan Terus ke Gua..

Ini la die Rusa-rusa di depan rumah.. yang baju merah tu pemerhati Rusa.. kire bos rusa la... yang laen tengok je.. takot la tu...

Pape pun selamat datang ke Kampung Relong.. dan wajib datang lagi nanti..(^_^)

Saturday, October 24, 2009

Tragedi 19 oktober.. :D

Seperti insan yang lain. Aku juga sama.. ingin makan, minum dan mandi.. (muqaddimah yang sedikit mengada..)

Kehidupan saya diwaktu cuti seperti yang sudah dijangkkan, memang sangat membosankan. Sedih juga dihati ini bukan kerana bosan, tetapi tidak mampu untuk memberi sumbangan yang sepatutnya kepada Ibu Bapa ku sepanjang cuti ini.. bertambah sedih lagi bila hati kecil ini berbisik mengatakan keberadaanku di kampung tiada gunanya.. huh...

Tapi aku cuba juga kuatkan semangat melawan nafsu yang aku perangi sejak dari kecil lagi, untuk mengembirakan hati kedua ibu bapa.... yeah..!!

Sedikit sebanyak gambaran keadaan aku dirumah. Siapa yang mengalami situasi yang sama mestinya sangat faham keadaan di atas.

****************************************************

Tanggal 19 oktober.

Peristiwa bersejarah sering kali disambut dengan penuh penghayatan oleh orang-orang yang
betuk menghargai sesuatu peristiwa tersebut. Seperti kemerdekaan Malaysia pada 31 ogos, setiap tahun pada 31 ogos kita akan menyambut peryaan tersebut yang kita namakan Hari Kebangsaan. Begitu juga setiap individu mempunyai tarikh kkeramat mereka tersendiri. seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.

Suka saya berkongsi satu tarikh yang menjadi peristiwa penting dalam hidup saya iaitu pada 19 oktober.. mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang berlaku pada hari tersebut.... tetapi malangnya tidak dapat saya katakan..:)

Cuma seperti tarikh bersejarah yang lain, saya punya cara tersendiri menyambutnya.. :)

Bagi mengisi kebosanan waktu cuti, satu perjalanan ke Jerantut dan Temerloh telah saya aturkan pada 19 oktober baru-baru ni... hehe saje berjalan, tapi kali ni musafir saya ada sedikit pembaharuan kerana saya pergi dengan menaiki motorsikal. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Saya mula bertolak dari Kuala Lipis kira-kira jam 10.30 pagi dan sampai di Jerantut jam 11.30. Perjalanan yang sedikit terganggu kerana terpaksa mengekor lori yanng agak banyak. Saya berehat sebentar di Masjid Jerantut. Masjid yang sering saya junjungi ketika belajar di SMKA TAHAP dulu. Jam 12 saya menyambung perjalanan ke Temerloh.. seperti perjalanan dari Lipis ke Jerantut, perjalanan ke Temerloh juga mengmabil masa selama 1 jam. Sesampainye di Temerloh, saya terus menuju ke Masjid menantikan waktu zuhur yang akan masuk tidak lama lagi.. selesai solat zuhur, saya berehat di masjid. Hampir terlelap mata kerana keletihan menunggang motor tiba2 saya dikejutkan dengan panggilan telefon..

Sesudah lama berehat, barulah saya meneruskan misi saya di Temerloh itu..:) kenangan manis yang sangat indah.. setelah selesai segala urusan saya, saya menuju kembali ke Jerantut. Setelah meminta izin daripada Emak untuk bermalam di Jerantut dan minta izin daripada Ustaz Din menumpang di SMKA TAHAP, saya pun gerak... memang tiada tempat lagi dalam fikiran saya untuk bermalam kalau di Jerantut selain sekolah tercinta itu...

Sesampai je saya di TAHAP, waktu maghrib hampir tiba. Badan memang sudah sakit berdenyut2, tunggu malam sikir baru nak berehat. Selesai solat maghrib saya dilamar KU Tahap untuk menyampaikan kuliah maghrib. Badan yang hampir bengkok nak patah cuba memenuhi permintaan adik2.. dengan spontan tazkirah kali ini, ditambah dengan kepenatan dan rasa mengantok. Mudah-mudahan kami semua mendapat manfaat...

Kali ini perjalanan ke TAHAP agak kesunyian kerana sahabat lain mempunyai komitmen lain. Tidak mengapalah, saya carikan adik2 TAHAP sebagai mengubat kesunyian.. hehe.. tapi malam tu, saya tidur berkeseorangan di bilik warden.. sunyi dan menyeramkan.. huuu..

Keesokan harinya saya ingin pulang awal ke rumah kerana akak saya akan berangkat pulang ke KUIS. Sebelum tu, saya laksanakan pesanan2 yang diminta. Amanat nasihat dan kiriman barang saya selesaikan, berjumpa dengan cikgu2 sebentar dan berangkat lah saya pulanng ke Rumah....




sewaktu berada di Temerloh..:)

Ini la sedikt kisah yang ingin dikongsi. Moga tarikh tersebut dapat memberi semangat dan kekuatan dalam menyusuri jalan yang penuh cabaran ini..

Thursday, October 15, 2009

Salam Juang ke Madinah

Salam'alaikum.....

Sambung cerita yang tertangguh pada 5 oktober yang lepas...

Selepas menyaksikan pemergian Fathi dan rakan2 dibalai pelepasan, aku bersama Fattah, Salam, Izhan, dan Adib tinggal di KLIA membiarkan sahabat yang lain pulang dahulu. Awalnya aku cuma tunggu untuk teman mereka ini berjumpa kawan mereka yang akan terbang ke Madinah jam 3 petang nanti. Jadi, senyap membisu saje la sambil mendengar perbualan loghat kelantan yang boleh la nak faham..

Sedang bosan menanti saat kami ni nak bergerak pulang, sempat aku menjawap satu panggilan daripada Kuala Lipis (tempat kelahiran ku..) sedang asyik bersembang terpandang aku wajah yang sangat aku kenali, perlahan-lahan menyusuri tangga. ha.. tu la Abdul Rahman Basier, seorang kenalan ku di Darul Quran dahulu. Die nampak tergesa-gesa mengejar penerbangannya ke Sarawak tu.. Aku meminta izin untuk menamaptkan panggilan sebentar sebelum disambung balik nantinya, aku terus menyapa si Abdul Rahman...

Rahman kate Fatah ( sorang lagi sahabat aku dari Darul Quran) dapat ke Madinah, flight die hari ni kul 4... yang aku memang terkejut, alhamdulillah dapat gak si Fatah ni ke Madinah. Aku pun mencari nombor Fatah dalam senarai di phone book ni. Tapi takde sebab aku pakai hphone baru. Tapi nasib baik aku ingat lagi nombor die. Cube kol tapi tak diangkatnya... Aku pun mencari di kaunter check in kot2 terjumpe ke...

Akhirnya setelah puas aku mencari, berjumpe la dengan si Fatah ni di depan kaunter check in Arab Saudi... sedang seronok bersembang, datang pulak sahabat2 DQ dari Nilai, Fakhri, Lok, ngan Aimen... Tapi tak boleh lama di KLIA sebab aku aku ad misi yang mustahak yang perlu aku selesai kan.. tapi tak suspend da la sebab dah cite kat post yang lepas... hehe aku pun mintak diri untuk pulang..

dari kanan: Aiman, Syahir (aku la tu). Fatah dan Lok.. Fakhri amek gambar hehe

******************

Pada 12 oktober pulak Abang aku di DQ terbang ke Madinah.. Nasirin n Tirmizi... niat dihati nak pegi menghantar tapi ada masalah kewangan.. ralatnya...

ni la Fatah.. yang kanan tu le.. bakal ulama' besar Malaysia InsyaAllah.. jangan bawak fahaman lain sudah.. hehe.

Macam biasa... doa dan harapan aku pada sahabat2 aku ni.. semoga dipermudahkan Allah dalam setiap urusan... kami menanti kepulangan mereka.. :)

Wednesday, October 7, 2009

Rehlah Mahabbah

Pada 5 oktober yang lepas kami ahli bilik b2-3-7 telah pergi ke KLIA untuk menghantar sabahat kami Ustaz Fathi terbang ke Mesir.. Saya sudah pun menceritakan kisah kami itu pada post yang sebelum ini. Niatnya nak sambung cerita tentang sahabat saya yang terbang ke Madinah pada sebalah petangnya, tapi saya rase macam nak tangguh kejap cerita tu sebab sedang menanti gambar daripada sahabat saya... tak best la takde gambar..

***********

Saya bersama 4 orang sahabat saya mengambil keputusan untuk pulang menaiki bas dari KLIA. Saya bersama Fattah, Izhan Salam dan Adib. KAmi bertolak pulang dari KLIA lebih kurang jam 1 petang. Dek kerana terlalu letih, kami pun mengambil peluang melelapkan mata didalam perjalanan kami ke Nilai. Sesampainya kami di Nilai, kami terus mendapatkan tiket Komuter ke Seremban..

Ya.. Kumpulan pertama sudah pun berlepas. Mereka ialah Adham, Firdaus, Faiz MZ, Zaid, Aizzat dan Syahir. Sampai di Seremban kami solat sebentar dan menuju pula ke termminal one untuk mendapatkan suatu barang yang menjadi idamanku dua tiga hari ini. Dikesempatan yang ada Izhan juga turut membeli satu lagi telefon bimbit...

Aku ngan Adib berjalan ditingkat atas mencari barangan yang diimpikan itu. Akhirnya MP3 player 2GB berjenama Sony dengan harga RM159 (tanpa diskaun) telah menawan hati kami berdua. Sudah memikir panjang, kami pun menyunting MP3 player tersebut sebagai teman menghilangkan bosan.. hehe..

Team pertama yang bertolak awal sudah menunggu kami di Seremban Parade... setelah selesai urusan kami di terminal one kami terus menuju ke Seremban Parade dan terus solat asar. Selesainya solat asar kami naik lagi ke tingkat atas... ooo rupanya tingkat itu ialah pusat bowling... hehe jadi kami pun sempat bermain satu game

Perlawanan yang sengit diantara pemuda ini akhirnya berakhir dengan keputusan ;

1- Izhan : 160
2-Syahir: 144
3-Fattah :120++
4-Salam: tak ingat
5-Adib :40++

Selesai main..

Mungkin kerana kepenatan aku mendapat point yang sedikit berkurang (hehe.. sebelum ni lagi teruk.. nasib je tu)


Adib bergambar berhampiran dengan longkangnya..:)

Selesai kami bermain bowling kami bertemu dengan kumpulan pertama tadi yang juga baru selesai menunaikan solat asar. Kami pulang beramai-ramai menuju ke UIA Nilai menghabiskan sia-sia belajar sebelum cuti berlangsung.. Sampainya kami pada waktu petang hampir waktu Maghrib...

Perjalanan kali ini memang agak memenatkan... tapi sudah lumrah kehidupan ini, keseronokan mesti dibayar dengan keletihan. Andaikata kita tidak sanggup untuk mengorbankan diri maka kita tidak akan mengecapi keseronokan yang diangan-angankan itu...

Wallahu'alam

Tuesday, October 6, 2009

Perutusan Hari Lahirku..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang telah bersusah payah membawa risalah dakwah sehinggalah kita dapat mengecapi nikmat Iman dan Islam sampailah ke hari ini. Seterusnya kepada ahlul bait, para sahabat Baginda SAW, para tabi'in, para tabi' tabi'in, dan kepada semua pendokong agama Allah yang masih hidup mahupun yang telah syahid di jalanNya...

Pada hari ini tanggal 7 oktober 2009 genablah umurku 20 tahun. Pelbagai persoalan timbul bila usia meningkat lanjut ini. Bagi aku umur 20 tahun masih lagi diperingkat awal bagi seorang pemuda, tetapi cukup lewat kerana sudah terlambat untuk diri ini mempersiapkan diri bertempur di medan yang sebenar.

Teringat aku kisah Sultan Muhammad Al-Fateh yang menjawat jawatan sebagai sultan bagi kerajaan Turki Uthmaniah. satu empayar Islam yang sangat besar suatu ketika itu yang mana dibawahnya terdapat lebih kurang 20 negara. Beliau berjaya mentadbirnya dengan penuh berkebajikan dan mengikut syariat Islam. Inilah nilai seorang anak muda. Bukannya seperti sekarang, baru mentadbir Malaysia, tapi penuh dengan rasuah dan kemaksiatan. Begitu lemah kepimpinan UMNO yang tidak mahu mengambil tarbiah daripada pentadbiran Sultan Muhammad. Kalau nak di kiaskan seolah-olah Sultan Muhammah boleh mentadbir 20 Malaysia berbanding sekarang cuma 1 Malaysia.

Teringat lagi aku pada cerita yang pernah dicerita ayah dahulu. Atok aku sudah mula menjadi Guru Agama di kampung ketika usianya 18 tahun. Tapi tidak cucunya yang hanya mampu menjadi imam untuk solat tarawikh sahaja. Tetapi tidak mampu membuka kitab untuk dimanfaatkan kepada semua penduduk kampung.

Walaubagaimana pun, usia 20 tahun memberi erti dan semangat yang baru untuk meneruskan hidup ini. Pengamalan aku merantau selama ini akan digunakan sepenuhnya untuk membaiki diri ini untuk menuju hampir kepada Allah. Inilah harapanku, moga aku sentiasa dipertemukan dengan insan yang selalu membimbing aku kepada Allah. Peringatan dan teguran aku cuba terima dengan penuh keterbukaan.

Akhir kalam, doakan semoga diri ini tetap dilandasan Islam dan moga Allah pelihara kefahaman ku. Jangan biarkan diri ku ini selesa dengan kemaksiatan, dan membenarkan apa yang diharamkan Allah berlalu keatas tubuh ini....

Wallahu'alam

Lagi Sahabatku ke Mesir...

Keadaan pagi yang agak mengantok, aku paksa diri ini untuk bangun bersiap untuk menuju ke detinasi yang dirancang sebelum. Aku lihat sahabat lain seronok menyambung 'perjuangan' mereka diatas katil. Risau aku takut-takut apa yang dirancang semalam menjadi angan-angan indah yang tidak dapat dilaksanakan. Alhamdulillah, 'Plan Tindakan' kami berjalan lancar selepas itu..

Misi kami pada kali ini ialah untuk menuju ke KLIA menghantar sahabat sebilik kami, Fathi yang pergi untuk menyambung pelajarannya ke Mesir. Alhamdulillah cita-citanya dimakbulkan Alllah. Kami semua turut bersyukur diatas pemergiannya ke Bumi Mesir itu...

Bertolaknya kami dari Nilai lebih kurang 8.30 pagi. Banyak masalah yang perlu diselesaikan sebelum perjalanan kami ini. Alhamdulillah Allah permudahkan dan menetapkan untuk kami berangkat ke KLIA dengan menaiki 3 buah kereta.. Kereta yang aku naik sampai paling aawal sekali, mungkin kerana pemandunya yang cukup berpengalaman dan sering kali berulang-alik ke KLIA menjadikan perjalanan kami mudah.

Sesampainya disana kami bersalaman dengan si Fathi ni, moga-moga dapat mengubat rindu sepanjang ketiadaannya nanti. Tidak lupa juga pesanan untuknya moga-mnoga terpahat dalam ingatannya beberapa perkara. Mungkin bagi orang lain kenapa perlu beria-ia perlu mengiringi sahabat yang akan pergi jauh....?? Kalau bagi aku, kehadiran orang yang kita sayang ini insyaAllah dalam memberi suntikan semangat dalam perjalanan mereka untuk meneruskan perjuangan mereka di bumi orang.

Jadi, kalau boleh aku taknak ketinggalan untuk menghantar sahabat-sahabat. Pernah juga aku menyimpan hasrat yang kuat dulu untuk terbang ke negara orang menuntut ilmu, dan sekarang pun masih lagi tersimpan cita-cita itu. Moga Allah perkenankan harapanku itu.. hari ini aku hantar orang, boleh jadi lain hari orang lain pulak yang hantar aku... :)

Inilah sebahagian ahli bilik yang berada di KLIA. Ada sebahagian lagi yang nak datang tapi terpaksa menduduki exam.

Selain Fathi, sempat juga aku berjumpa dengan rakan sekelasku sepanjang berada di Nilai ni, Zikri. Zikri pun terbang ke Mesir bersama Fathi.

dari kiri: Asyraf, Zikri, Aku

Tapi yang lagi mengejutkan bila bertemu dengan senior aku dulu di PJ. Aku panggil die Shah.. tak tau name betul die.. hehe... Senior la kejap.. sempat la aku berkenalan dengannya di PJ dulu. Die pun menyambung pengajiannya ke Mesir. Tapi dalam bidang sains la...


Sempat jap bergambar walaupun dia ni dah lambat. Ntah pergi mana ntah tadi... jadi kalut jap. Aku ngan Hadi sempat la tangkap dia nak amek gambar..

Terima kasih kepada yang sudi teman dan menumpangkan aku ke KLIA ni.. dan kepada sahabat-sahabat yang telah berlepas ke Mesir, besar harapan aku untuk menyaksikan kamu semua berjaya mencapai cita-cita dan mendapat redha Allah..

salam juang...

p/s: Sesudah flight ke Mesir berlepas, tiba pula pelajar-pelajar yang akan ke Madinah. Nantikan ceritanya.. :)

Thursday, October 1, 2009

MehnahMu..

22. tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

23. (kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

Terkenang aku saat ditimpa berbagai-bagai ujian dahulu. Ayat diatas menjadi menguat diriku untuk terus berjuang.

“Syahir, buke surah al-Hadid” Ustaz tasmi’ aku Ustaz Ariff memberi arahan kepadaku untuk membuka surah Hadid yang ada didalam al-quran. Aku terkial-kial mencari, maklumlah belum sampai muqarrar untuk hafal surah tu lagi, jadinya tak tahu la dimana kedudukannya.

Akhirnya aku berjaya mencarinya. Bukan aku sorang je yang cari, kesemua ahli kelas lain turut bersama mencari. Inilah ukhuwah kita panggil. Bila sahabat dalam kesusahan dan kesedihan kita berada disekelilingnya bersedia untuk memberi sokongan bukan membiarkan sahabat rebah tanpa dipapah.

“Cuba tengok surah ayat 22 dan 23 dalam surah tu…. Ha bacakan ayat itu” arahan seterusnya daripada Ustaz. Ustaz aku memang suka memberi tazkirah. Berbeza dengan sebahagian Ustaz kelas lain yang hanya datang untuk mentasmi’ sahaja.Kelas kami biasanya akan habis awal masa tasmi’ kerana memberi ruang untuk tazkirah.

55. dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang Yang beriman.

Begitulah apa yang dikatakan Allah dalam surah Dzariyat ayat yang ke 55. Begitu besar maknanya..

Kadang-kadang Ustaz Ariff memberi ruang kepada kami memberi tazkirah. Sempatlah juga aku menyampai tazkirah sebanyak 3 kali.

“Apa yang Allah cuba sampaikan dalam ayat diatas?” Tanya Ustaz Ariff kepada ahli kelas yang sedang tekun mendengar.

“Allah kata kepada kita, setiap perkara yang berlaku kepada kita, semuanya telah ditetapkan oleh Allah dari dulu lagi. Oleh itu janganlah kita terlalu sedih bila ditimpa bencana dan terlalu gembira bila dikurniakan ganjaran. Semuanya adalah percaturan Allah untuk melihat adakah hambaNya beriman ataupun tidak” Ustaz mensyarah ayat tersebut secara ringkas..

Ayat tersebut menyentuh hatiku yang berada dalam kesedihan yang melampau ketika itu. Ya Allah.. berdosanya aku kerana telah bersangka buruk denganMu… rupanya Kau sangat menyayangi HambaMu ini. Tangisan sering mengiringi diriku ini bila teringat akan peristiwa ini.

Dan sekarang…..

Keluar aku dari dewan peperiksaan dengan jiwa yang gelisah. Adakah akan berlaku satu keajaiban. Itu yang yang ku harapkan. Entah apa yang aku tulis dalam dewan peperiksaan tadi. Belasah la… Peristiwa silam menghantui diri aku. Banyak perkara yang aku fikirkan…

22. tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

23. (kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

Sekali lagi ayat ini terlintas difikiran… Ya Allah… jangan Kau benarkan hati ini sekali lagi memburuk sangka kepada Kau… Engkau lebih mengetahui apa yang Kau tetapkan..

Tiba-tiba aku teringat mesej yang pernah ku terima semasa menuntut di Kuala Kubu Baharu dulu, “ Ya Allah jika kecemerlangan ini baik untuk aku dan perjuanganMu maka Kau berikanlah aku kecemerlangan. Tetapi jika kecemerlangan ini akan membawa aku jauh dan lalai daripadaMu, maka engkau lebih tahu apa yang aku perlukan.

Aku cuba kuatkan diriku untuk melemparkan senyuman kepada sahabat-sahabat ku yang lain… Beratnya ingin senyum.. terasa begitu ketat muka ini untuk aku melebarkan mulut memberi senyuman… biarlah senyuman itu palsu. Jangan rosak persaudaraan antara kami.

Lebih menambah kesedihan aku bila mendapat ‘serangan jarak jauh’ bertubi-tubi. Ikut hati nak serang balik, kalau aku serang mesti tercetus perang besar. Aku mengalah. Nak cerita keadaan aku yang macam ini mesti dia tak faham. Biarkan…

Akhirnya kesedihanku terukir di laman ini… hehe… takpe la sekali kala….

MehnahMu itu penghapus dosaku mengganti hukumanku diakhirat

Kata sahabat aku yang aku jumpa untuk mengubat kesedihan malam tadinya di Sutera USIM, “Aku lagi patut sedih

Aku cuba kuatkan diri menyatakan bahawa Allah lebih mengetahui apa yang perlu aku lalui di dunia…