Pages

Labels

Thursday, April 22, 2010

Tuan Guru Matahari


Bahagian matahari

“BoooomM!!!”

Mak ai!!! Adus…!! Pedihnya tangan aku..” Perbuatan bodohku seawal sekolah rendah dahulu, membakar belerang mercun yang dipecahkan akhirnya menyebabkan tangan saya melecur teruk..

Nasib baik ayah saya ketika itu moodnya tengah baik… “Mari sini ayah letakkan ubat” kata ayahku sambil mencapai madu lebah yang ada di atas almari untuk dilumurkan ke bahagian yang melecur… pergh, memeng azab ketika itu. Dalam hati berbisik, “Takde ke ubat lain yang boleh hilangkan sakit kepanasan ni??”

Nak baca doa Nabi Ibrahim, waktu tu belum hafal lagi. Duduk je la menanggung kepedihan akibat kebodohanku bermain mercun buatan sendiri itu…

“ Syahir…. Jom pergi rumah wan.. ada Tok Chu datang berjalan raya..!!” Emak panggil.

Kenapalah aku bermain sesuatu yang sedikit bangang ini di hari raya… kan payah nak jummpe sedara mara..

“Ni kenapa pulak tangan awok tu Syahir..” Tanya sedara mara yang datang menziarahi kami di kampung..

“Main mercun..” Jawapan ringkas dan padat dari saya…

Seingat saya, tragedy itu berlaku kurang daripada 5 saat. Api dari belerang menyambar ke tangan ini dan terus melecur tangan saya.. subhanallah… hebat betul kuasa api….

PANAS SANG MATAHARI

“Berapa suhu untuk air mendidih?” Tanya seorang penceramah sewaktu saya menghadiri 'Seminar Bina Spritual' baru-baru ini..

“100 darjah Celsius” jawab peserta seminar yang hadir.. suhu itu sudah cukup untuk ‘merebus’ lidah anda menjadi 'Lidah Rebus'.

“Tahukah anda bahawa suhu matahari adalah 15 juta darjah Celsius?” Tanya penceramah itu lagi..

Subhanallah.. Maha suci Allah yang menjadikan seluruh alam ini. Panasnya matahari yang jarak yang rata-rata 149.680.000 kilometer tersangatlah bahangnya… bagaimana pula jikalau ianya dekat sejengkal di atas kepala?

Bahang sang matahari (Kelihatan bumi yang sangat kecil)

Mengapa kepanasan matahari tidak dijadikaan iktibar oleh sekalian manusia yang bertimbun-timbun dosanya setiap hari. Allah turunkan rahmat hujan untuk membasahi bumi, Allah juga berikan kepanasan matahari sebagai peringatan tentang neraka.

AZAB NERAKA

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi
saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh
Nabi s.a.w.: ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’

Jawabnya: ‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya…’

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: ‘Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.’

Jawabnya: ‘Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari
rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan
cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan
minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.’

Nabi s.a.w. bertanya: ‘Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?’

Jawabnya: ‘Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain70 kali ganda.’ (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah adalah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: ‘Siapakah penduduk masing-masing pintu?’
Jawab Jibrail:’Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang- orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama
Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.’

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?’

Jawabnya: ‘Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg
sampai mati belum sempat bertaubat.’

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar
kembali dan sesudah sedar
Nabi saw bersabda: ‘Ya Jibrail, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang
akan masuk ke dalam neraka?’

Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.’

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab ‘PeringatanBagi Yg Lalai’)


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


*******************

Bukannya mercun, bukannya air mendidih, bukannya dibakar sinaran matahari, bukan juga dicampakkan ke dalam matahari.. tetapi Neraka itu SANGAT dahsyat tempatnya…

Beginilah kasihnya Rasulullah kepada Umatnya, bagaimana pula umatnya kepada Baginda??

Mengambil iktibar daripada panasnya Sang Matahari

0 comments: