Pages

Labels

Sunday, August 23, 2009

Menanti Detik Berbuka

Yes..!!! sampai jugak ke Nilai Alhamdulillah... perjalanan yang agak memenatkan jugak lah.. nak lagi terpalsa berlipat kaki ni dalam kereta Kancil dari Lipis sampailah ke Nilai... tapi lebih baik daripada kene naik bas.. lagi letih kot... janji sampai...

Ramadan kali ini saya sambut ditempat yang berlainan daripada Ramadan yang sebelumnya.. so, ni la first time sambut Ramadan di Nilai.. tak tau sangat macam mana suasana kat sini.... tetapi walaupun 50 tahun kita sambut Ramadan ditempat sama sekali pun, natijahnya tetap berbeza... tahun ni dan tahun lepas takkan sama... ini lah yang dapat dikatakan... Allah menjajnjikan bermacam-macam kelebihan di bulan Ramadan, tetapi dalam berjuta-juta umat Islam di atas muka bumi ini, Allah pilih pula cuma insan yang bertuah sahaja yang dapat merasai kenikmatan di bulan Ramadan.. manakala yang lain cuma merasai kelaparan dan keletihan berlapar sahaja...

Menjadi satu cita-cita bagi umat Islam untuk menjadi orang yang bertaqwa, walaupun ada sebahagian tidak menjadikannya sebagai misi mereka.... olehnya, bulan ramadan dijadikan peluang untuk memperoleh ketaqwaan tersebut.. inilah peluangnya untuk kita semua 'mengambil hati' Allah untuk meraih cintaNya yang agung...

hm... apa lagi ye yang saya ingat berkenaan puasa ni... ha.. Ramadan, tiada syaitan.. sume kena masuk ISA... hehe... ISA Allah takkan dimansuhkan untuk syaitan-syaitan ni di bulan Ramadan... Alahdulillah, satu lagi peluang Allah nan bagi supaya kita kejar TAQWA... tapi ramai yang taknak jadikannya matlamat dalam bulan RAMADAN ni... entah lah apa yang diorang nakkan...

cukup sekadar ini perkongsian Ramadan kali ini.. tunggu esok-esok plak.. salam..

0 comments: