Pages

Labels

Monday, August 31, 2009

Kemerdekaan

Salam 1 Malaysia.. emm... macam mana nak jawab salam ni... hehe.. setakat ni tak dapat nak keluarkan hukum untuk menjawab salam yang sebegini rupa... satu perkara yang sangat baru... tak pe lah.. biarkan salam tu....

1 Malaysia.... apa yang saya faham... dan bagaimana pula pemahaman anda....

Malaysia memang satu pun.... mungkin yang dimaksudkan untuk menyatukan rakyat di Malaysia yang berbilang kaum ini dengan pentadbiran yang dirasakan bagus tu.. hehe... Apapun saya menyambut baik niat suci kepimpinan negara kita untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan aman sejahtera hendaknya....


Hm.. sape pernah tengok gambar diatas... gambar ni takkan jumpe kat mane2 sebab saya yang edit sendiri... hehe.. maksud gambar ni korang fikirlah sendiri ye...

Gambar diatas telah diedit sebelum Najib naik jadi PM lagi.. ramai orang tanya saya kenapa letak gambar Najib bukan Pak Lah... saye senyap je lah...

**************************

Sebenarnya nak cite pasal Merdeka ni....

Negara kita sudah pun merdeka lebih 52 tahun.. masuk hari ni jadi 52 tahun satu hari... tapi sebenarnya kita telah ditipu dengan status negara merdeka yang diberikan negara barat. Perlu kita ingat yang mana bukan mudah mereka ingin memberi kermerdekaan kepada kita melainkan telah ditinggalkan kepada kita sistem pentadbiran negara yang sejajar dengan kehendak barat....

Sistem pentadbiran yang ada di negara kita bukanlah sistem pentadbira Islam walaupun pemimpinnya beragama Islam.... Oleh itu kita belumlah merdeka lagi.. sudahlah tidak mendapat kemerdekaan yang sempurna dari dulu lagi.. kita diserang pula dengan idealism2 dari barat..

Antara idealism yang sangat berkesan di Malaysia ialah hedonism.. bagi sape yang belum mengerti makna hedonism, hedonism ialah satu bentuk pemahaman yang cuma mambawa manusia berhibur secara berlebihan... bila artis disanjung tinggi dan ulama' dimaki keji... ini membuktikan Barat telah berjaya membuatkan rakyat Malaysia gembira dengan Kemerdekaan Palsu yang dianugerahkan pada 52 tahun dahulu.

Walaubagaimana pun, rase syukur perlu kita panjatkan kepada Allah kerana telah menghambat tentera2 barat keluar dari Tanah Melayu.. sedikit sebanyak, kita dapat cuba untuk mengukuhkan akidah kita dengan pimpinan ulama'2 yang ada...

Perjuangan para ulama terdahulu seperti Dato' Bahaman, Tok Janggut, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong dan lain2 lagi tokoh ulama ' dahulu tersusah payah berjuang semata-mata untuk menyelamatkan AQIDAH ISLAM ummat melayu...

Tapi, andai kita masih lalai dengan serangan pemikiran barat lagi pada hari ini.. boleh jadi perjuangan mereka yang terdahulu menjadi sia-sia. Besar harapan mereka ingin memastikan keturunan umat melayu berpayungkan AQIDAH ISLAM yang suci... tapi, kerana kebodohan kita akhirnya ISLAM pada nama dan al-quran pada tulisan saja..

Wahai umat Islam, jadikan nikmat kemerdekaan ini sebagai semangat untuk kita berjuang membebaskan umat Islam dari belengu penjajahan yang hakiki...

SaLaM KemerDekaAn

0 comments: