“Err.. bang, tumpang tanye bleh tak? Nak tanye ni, surau kat mana ye?” Tanya seorang budak kampung yang terkapai-kapai keseorangan di Times Square. Setelah menghantar laptopnya yang rosak di Highpoint Service, budak kampung ni pun berusahalah mencari surau di Pusat Beli Belah yang besar itu. Malangnya, budak ni gagal menjumpai surau tersebut. Memang dasar budak kampong betul la… Akhirnya, langkanya diatur terus ke Pusat Asasi UIAM PJ untuk perjalanannya seterusnya…
“ Salam’alaik…. Ko kat mane.. aku nak lepak bilik ko la..” Setelah sampai di Petaling Jaya saya(budak kampong tadi) telefon sahabat di sana untuk mendapatkan tempat penginapan. AKhirnya saya diserahkan ke bilik MAB 126. Bilik tujuh pemuda penggegar dunia… Bermalam di UIA PJ sekadar tempat untuk saya transit kerana pada keesokan paginya saya merancang untuk bertolak ke suatu tempat bersama beberapa orang sahabat dari PJ. Tetapi ditakdirkan Allah, program pada keesokan harinya itu ditangguh atas beberapa sebab…
Alamak… apa nak dibuat???
“Jom pi Sungai Kancing” pelawa seorang sahabat.
Saya memikir panjang.. "Adakah wajar aku ikut diorang ataupun lebih baik balik ke Nilai saje..??!!”
“Ok set.. jom pergi..!!” Akhirnya keputusan dibuat. Saya dan beberapa orang sahabat yang tergendala perjalanan kami itu pun ikut serta ‘Rehlah ke Sungai Kancing’….
First trip yang sampai..
Dengan izin Allah bergeraklah kami dua buah kereta dan sebuah motor menjadikan jumlah kami keseluruhannya 12 orang. Kereta kami sampai paling awal. Dalam lebih kurang jam 11 pagi… jadi kami pun pergi memanjat ke tingkat yang paling tinggi di Level 7.. subhanallah… memang rasa macam nak tercabut lutut ini… sesampainya kami di atas saya kelihatan seolah-olah baru saja menyelam dalam air dek kerana kebasahan penuh yang teramat sangat….
Muka keletihan setelah sampai ke puncak...
Kami mulakan aktiviti awal kami seramai 5 orang di dalam air sementara menunggu yang lain sampai… dalam 20 minit selepas itu sampai la dua orang yang menaiki motor… menunggu kereta yang satu lagi ni memang memerlukan kesabaran tahap tinggi betul… akhirnya mereka sampai pada waktu zuhur.. setelas selesai solat zuhur di dalam hutan tersebut, kami memulakan permainan kanak-kanak kami.. bermain air terjun..
MEMBINA BINAAN
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.” (Saff:4)
“Jom buat bangunan!!” Setelah puas bermain air seorang daripada kami mencadangkan untuk membuat binaan manusia.. nasib baik ada kami import orang luar join sekali.. jadi boleh memberi kekukuhan yang lebih kepada binaan kami…
“TAKBIR!!! TAKBIR!!! TAKBIR!!!” Teriakan ‘Takbir’ yang dilaungkan oleh Majdi yang menjadi puncak binaan itu di sahut dengan penuh semangat.. “ ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!”
Kalimah kebesaran Allah bergema di hutan Sungai Kancing pada petang itu…
PENGAJARAN DARIPADA BINAAN
Beberapa perkara yang saya dapat dalam permainan membina binaan kali ini:
1. Umat Islam MESTI bersatu untuk kita sama-sama mengembalikan kegemilangan Islam. Seperti apa yang berlaku, binaan yang kami buat bukanlah terdiri daripada pelajar UIA saja. Tetapi turut disertai oleh beberapa pelajar Kolej lain yang kami langsung tidak kenal… kebetulan mereka mandi di kawasan itu jadi kami pun bergabunglah membina bangunan…
2. Jangan malu untuk mengungkapkan kebesaran Allah… Kalimah ‘Takbir’ sangat sensitive sekarang kerana ianya dianggap sebagai mainan politik parti pembangkang… sedangkan air, batu, pasir daun-daun yang ada disekeliling turut berzikir kepada Allah mengapa Manusia yang diangkat darjat mereka ini malas untuk memuji Allah… Sedikit Bangang..
TRAGEDI
“Weh tengok sana, ada orang pengsan!” sedang menikmati nasi lemak sebagai juadah tengahari kami, tiba-tiba saya terlihat sekumpulan pelajar universiti lain berdekatan itu sedang mengangkat sahabatnya yang pengsan.
Bacaan doa sebelum makan.
“Cepat.. sape-sape yang dah habis makan pergi tengok-tengok sikit apa berlaku di sana..” Arah seorang daripada kami sebagai tanda prihatin. Nasib baiklah ada dikalangan kami ada yang daripada jurusan Nursing dan Sains Kesihatan, dapatlah dipraktikkan ilmu yang dipelajari di dalam kelasnya. Yang ambil jurusan agama ni tengok je la, buat doa selamat.
“Tinggikan kaki dia, biar darah sampai ke otak!!”
“Alihkan beg di kepala dia!”
Bermacam-macam arahan dikeluarkan daripada budak-budak UIA yang ingin menolong ini. Melihat gelagat mereka sekadar ikut saja apa yang kami arahkan. Alhamdulillah dengan izin Allah sahabat yang pengsan itu pun sedar. Jadi kami pun dapat menyambung kembali menyantap juadah tengahari yang ada berbaki lagi sedikit.
Jam lebih kurang 3 petang, kami pun beredar pulang ke UIA PJ… sebelum pulang sempat la di ambil beberapa keping gambar tanda kenangan..
12 orang peserta Sungai Kancing
Akhirnya apa yang saya rancang berubah 100%.. tetapi selagi mana ianya tidak lari daripada matlamat kehidupan saya, ianya tetap baik. Hakikatnya, takdir Allah sudah ditulis begitu… Sejauh mana perancangan kita akhirnya perancangan Allah juga yang terbaik..
“HIkmah jangan dicari, kita akan dapat rase sendiri nanti..” Nasihat sahabat saya. Walaupun perancangan kami gagal, tetapi yakin dan percaya semua terselit hikmah yang menggunung tinggi. Tapisan Allah…
Kerana itu, walau ke mana langkah saya diaturkan, tetap saya cuba gagahkan langkahannya.
p/s: Berlaku pada 3 April 2010..
2 comments:
salam... selalu ke 100% rancangan x jadik?
tak selalu..
Post a Comment