Pages

Labels

Saturday, September 5, 2009

Flight Ke Jordan..

Satu perjalanan yang dirancang saat-saat akhir alhamdulillah Allah permudahkan.. walaupun terpaksa terkejar-kejar pulang sebab dua orang sahabat saya terpaksa menduduki satu peperiksaan yang sangat penting dalam hidup mereka....

Inilah sedikit gambaran apa yang berlaku di pagi ahad 16 Ramadan... Saya bersama 3 lagi sahabat mencukupkan jumlah kami 4 orang pergi ke KLIA untuk bertemu dengan sahabat kami yang akan terbang ke Jordan.. sedikit terkilan sebenarnya kerana tidak diberitahu pemergian mereka daripada mulut mereka sendiri. Sampaikan beberapa orang sudah pun terbang tanpa diberitakan kepada kami... :(

Tapi yang lepas biarkan lepas, yang akan datang kami takkan biarkan begitu sahaja.. huhu...

Kali ni saya pergi untuk menghantar sahabatku bernama Syaukani dan Syukran.. 2 makhluk daripada Pahang. Walaupun tak dapat nak hantar sampai diorang check in cukuplah sekadar bertemu sebentar moga-moga menjadi pembakar semangat untuk mereka berjuang menuntut Ilmu di bumi Jordan itu..

Saya lampirkan beberapa Gambar di pertemuan kami sebentar tadi..

Dari kiri, Yusron, Firdaus, Syaukani, Hadi, dan Syahir

Manusia yang bernama Syaukani ni saya kenali sewaktu mengaji di Daru Quran suatu ketika dahulu. Bertambah erat bila mengetahui yang dia ni dari Pahang. Maklumlah, orang Pahang bukan ramai sangat pun kat DQ ni.. Tambah baik lagi bila sama2 menyertai beberapa program di DQ dulu, menjadikan perangai pun lebih kurang sama la.. Tapi mungkin saya kelihatan matang sikit kot.. hehe :P

Dari kiri Firdaus, Aizzat, Syukran, dan Hadi....(Syahir amek gambar..:P)

Yang ni satu lagi makhluk yang kami hantar... Si Syukran ni saya dah kenal sejak masuk ke SMKA TAHAP.. waktu form 1 dah kenal ngan die... memang genius pun, tapi pelik.. hehe... masuk pulak DQ saya menumpang di Biliknya 1 sem.... jadinya tau2 je lah perangai pelilknya mungkin berjangkit sikit kot....

Ha.. nampak di tangan Hadi dan Firdaus terdapat kertas. Tu lah nota kerana jap lagi (balik dari KLIA) mereka ada kuis... goodluck for them..!!!

Walaupun berada di KLIA, tapi ini bukanlah penghalang untuk mereka study... perkara yang perlu di contohi oleh seluruh pelajar.. :P

Dalam kekalutan di KLIA, tiba2 dengan keizinan Allah kami bertemu dengan seorang adik kami yang baru pulang dari Mesir. Alhamdulillah, rase rindu jugak la... ha sape... tu la si Arislan, adik persijilan gen 9 DQ-UIAM... die pun gembira sebab secara kebetulan dapat bertemu dengan Naqibnya tersayang si Syaukani... Amek gambar die tapi gambar jadi blurr plak...

Akhirnya Harapan peribadi saya semoga sahabat2 yang menyambungkan pelajarannya ke luar negara dapat buat yang terbaik untuk berbakti kepada Islam. Janganlah di hancurkan harapan umat Islam yang mengharap sesuatu yang sangat besar daripada kalian. Pemergian kalian diiringi dengan doa daripada kami di Malaysia ini.. semoga berjumpa lagi dalam keadaan yanng baik...

SeLamat BeRjuanG..!!

From, http//:ninjasufi.blogspot.com

2 comments:

Azimah Rupilen said...

salam..memang selamba sahabt2 ana dua org yang nak exam tu..tapi terasa di hati kecik ni kehebatan ukhuwah antara kalian.

Fuh..kalau pegi berperang mesti menang..maksud ana kalau elemen ukhuwah yang sekuat itu digunakan dalam perjuangan memang ada harapan besar untuk berjaya.

Apapun...teruskan sifat2 terpuji ni di masa2 akan datang..(kalau sebelh muslimat plak macam mana ek tahap ukhuwahnya??)...

Lukluk Baidoa said...

salam.nk tnye..flight ke jordan MAS ea? brape rm ek?? sori..xtau nk cari mane