Pages

Labels

Monday, February 7, 2011

Bermusafir




"Kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)." (Surah At-Taubah:42)

Perjalanan Yang Jauh

Teringat saya akan kata-kata seorang wanita berpankat mak cik sewaktu ditemui di Wisma Putra baru-baru ini, katanya, "Mak cik sekarang dah umur 52 tahun, mak cik ingat lagi waktu mak cik muda-muda dulu. Kami perjuangankan hak kami, biarpun dihalang FRU... mak cik umur 22 tahun waktu tu,lompat longkang pergi demo...hasilnya, awak tengoklah sekarang(sambil tangannya menunjukkan ke arah bangunan Wisma Putra) kamu semua anak muda mesti jadi berani..." Nasihatnya kepada kami setelah usai kami solat asar di surau Wisma Putra..

Tidak berminat untuk mengulas lanjut isu yang sedang berlegar di pemikiran kami sewaktu itu. Cuma perkara yang ingin dibawa ialah perjuangan memerlukan suatu perjalanan yang jauh...

Perjuangan

Berjuang dalam pelajaran... berjuang dalam mengislahkan diri...berjuang perjalanan dalan dakwah.... Semuanya perjuangan dan memerlukan kesabaran dalam usaha untuk merealisasikan. Jangan terlalu gopoh untuk mencapai cita-cita.

Terkesan dengan ucapan seorang ustaz dalam menasihati para pejuang muda, katanya terlalu ramai golongan muda yang gagal untuk tetap dalam dunia perjuangan.Puncanya kerana mereka 'bebal' akan sirah Nabi SAW... membuat perangkaan hidup tanpa berpandukan sirah kehidupan Nabi SAW akhirnya terhasillah kisah hidup berdasarkan ideologi semata-mata..

Akibat daripada mengetepikan sirah, kehidupan individu tiada jayanya... ibadat, akademik, dakwah, keluarga... semuanya tidak berjaya....

~Secara ringkasnya, hidup ini suatu perjuangan dan perjalanannya jauh~

2 comments:

Unknown said...

lawa gambar..

-life's a journey

Syahir Safwan bin Ahmad Suhaimi said...

Nak banding dengan kartun ko jauh ketinggalan la aku...