Pages

Labels

Sunday, January 2, 2011

2011...

Diucapkan selamat tahun baru, khas daripada Pro-Mahasiswa UIAM... Hargai zaman mahasiswa dengan perkara yang bermanfaat...
~We Unite For Islam~

2011...

Membuka tirai tahun baru...

Seronok tidak terkata kerana Allah mengurniakan hadiah tahun baru yang cukup bermakna buat diri yang serba hina lagi lemah ini..Hadiah yang diimpikan lebih setahun akhirnya Allah kurniakannya pada pembukaan tahun 2011. Semoga dengan hadiah ini dapat memberi jalan kepadaku untuk lebih bersemangat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada Maha Pencipta...

Lembaran tahun baru 2011 dibuka dengan dengan penuh rasa syukur kepada Allah dan semangat... blog yang yang ditinggalkan hampir 2 bulan ini diaktifkan kembali walaupun bukanlah dengan kekuatan fizikal yang normal...

Futur...

Mungkin futur merupakan suatu gelaran yang sesuai untuk si penulis apabila membiarkan laman blog ini terbiar tanpa sebarang sentuhan.... Perkataan yang menghantui kebanyakan pejuang Islam tetapi ianya agak sinonim dengan diri ini mengikut pentafsiran maknanya yang sebenar..

Ya Allah...

banyak juga provokasi, teguran, kutukan mengenai blog ini... tapi saya cuba untuk mempertahankan blog ini yang sudah bertapak lebih kurang 3 tahun bermula pertengahan tahun 2008 yang lepas....

Bidang penulisan bukan suatu bidang yang mendominasi diri saya, tetapi ianya sudah sebati dan dapat memberikan ketenangan kepada diri. Tidak hairanlah kenapa Imam Nawawi sanggup menghabiskan kehidupannya untuk menghasilkan karya-karya agung sehinggakan tidak sempat memikirkan soal perkahwinan dan akhirnya bertemu Allah dalam keadaan berstatus bujang...

Menulis...

Masa??? Bukanlah menjadikan alasan tidak cukup masa... bahkan terlalu banyak masa untuk saya meneruskan misi dalam menyebarkan dakwah melalui penulisan ini... sudah hampir berbelas kali saya membuka akaun blogspot ini dengan niat untuk mengupdate blog, tetapi usahanya cuma sampai di sekerat jalan saja.... haha.. ntah syaitan pangkat apa yang cuba bermain di jiwa ini sehinggakan tersekat minat yang selama ini menjadi rutin dalam kehidupan....

Pernah sekali mendengar bual bicara seorang saudara baru dalam radio IKIM...apabila ditanya kepadanya 'apa amalan harian setelah bergelar muslim??' lantas dijawab, amalannya tidaklah luar biasa... amalan biasa saja, tetapi katanya kelemahan dalam dirinya adalah konsisten...

Hebat kuasa Allah dalam menyalurkan hidayah... oleh itu jangan sesekali kita meremehkan sebarang bentuk majlis ilmu ataupun sesiapa yang ingin menasihati.. boleh jadi Allah menyembunyikan rahsia hidayah dalam setiap bait-bait perkataannya...

mendengar perkataan 'konsisten' yang diucapkan oleh saudara baru kita itu telah menjentik hati kotor ini dengan bermacam-macam penyesalan.... Terus pemikiran mengenang kisah-kisah dahulu yang mana bersemangat dalam mengerjakan setiap suruhan Allah... Akan tetapi amalan-amalan tersebut ada pulak pasang surutnya.... futur....

Sudahlah... nanti sambung lagi...

XPDC Dakwah Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS)

Terasa nak berkongsi tentang kejadian-kejadian di XPDC GAMIS menjelang tahun baru 2011 untuk post akan datang .. Merupakan kumpulan dakwah yang sangat besar terdiri daripadaMahasiswa di seluruh pelusuk Malaysia hampir mencecah 600 orang pada malam tersebut....=)

0 comments: