(klik butang play)
Alhamdulillah hari ini Allah beri peluang kepada saya untuk beraksi lagi di alam maya ini, entah la apa yang menggerakkan otak untuk menulis hari ini. Idea pun tak berapa nak ramai ni....
*****************
Setiap hari kita diberi peluang oleh Allah, salah lagi Allah beri lagi peluang... setiap kalli peluang yang diberikan, setiap kali ini lah ramai manusia yang gagal untuk memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.
Keselesaan yang bertimbun-timbun menjadikan manusia selalu leka... haiiyya.... hakikatnya begitulah.... mencari keredhaan Allah dalam kemurkaanNya.. samalah macam cerita Robin Hood yang merompak untuk menolong orang yang miskin..
Suka saya akan kisah Sultan Ibrahim Adham... begini kisahnya..
Pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”
“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.
“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.
“Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.
Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung.
Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.
Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham.
“Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim.
“Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu.
“Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking.
“Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu.
“Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek.
“Sebelum ayahmu?”
“Datukku!”
“Sebelum dia?”
“Datuk kepada datuk-datukku!”
“Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu.
“Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim.
“Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.
Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia.
Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”
Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”
Teguran daripada Allah kepada semua manusia melalui kisah Ibrahim Adham ini... adakah kita mencari keredhaan Allah dalam lena sewaktu azan subuh berkumandang? mencari keredhaan Allah dengan berhibur sedangkan negara penuh dengan kemaksiatan.... boleh pula kita mengejar cinta dunia sedangkan diri ini tidak kenal Allah dan RasulNya... begini lah kita....
Hidayah daripada Allah singgah sebentar di hati Ibrahim Adham yang mana daripada seorang Raja yang lalai kepada seorang Ahli Sufi yang mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah. Apalah nilai batang tubuh seorang manusia melainkan untuk melaksanakan setiap amanah yang telah dibebankan oleh Allah...
Amanah... ye.. tau-tau sendiri lah apa amanah kita... beribadat, menjadi khalifah, berdakwah.. semuanya amanah... jangan diambil sebahagian saje...
Dalam tidak sedar, Allah sentiasa mengurniakan Hidayahnya kepada kita... terpulang kepada kita untuk menyahut seruan Hidayah itu ataupun meninggalkannya... setiap peluang yang Allah berikan, bergantung kepada kita.. adakah kita manfaatkan ataupun tidak...
Kesedaran yang wujud dalam diri adalah Hidayah, dah ianya mesti disusuli dengan suatu 'Mujahadah' yang sangat tinggi agar kita mampu untuk sentiasa Istiqamah dalam kebaikanNya...
Pohonlah Hidayah dan tingkatkan mujahadah moga-moga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa istiqamah di atas jalanNya yang benar....
2 comments:
smart laagu.. huhu
-perantau
syahir, ibrahim adam bukan ibrahim ali kan?
Post a Comment