Pages

Labels

Friday, October 15, 2010

The Power of Students!

Walaupun desakan sudah dibuat oleh pelbagai pihak, tetapi pihak penganjur konsert Adam Lambert tetapi nekad untuk meneruskan konsert seperti yang dirancang. Berlangsungnya konsert yang menampilkan artis gay dari Amerika itu bukanlah bererti segala usaha yang dilakukan oleh beberapa pihak yang bimbang akan keruntuhan moral anak muda hari ini terhenti begitu sahaja... Perlbagai perkara dilakukan dalam usaha untuk menyelamatkan anak bangsa daripada terus hanyut di pengaruhi propaganda 'syaitan-syaitan' dikalangan manusia itu..

Pada hari berlangsungnya konsert itu, Dewan Pemuda Pas Pusat dengan disertai oleh mahasiswa-mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia (GAMIS) telah mengadakan solat hajat bagi meminta pertolongan Allah untuk membantu usaha suatu pihak menyelamatkan keadaan ini. Disamping itu, dipanjatkan juga doa kepada Allah semoga Allah menggagalkan setiap perancangan yang memberi kesan negatif kepada umat Islam khususnya di Malaysia ini.. Solat hajat di Surau berdekatan Stadium bukit jalil ini dipimpin oleh Ustaz Nasarudin Hassan Ketua DPP Pusat...

Kemudian, ekspidisi dakwah diteruskan dengan mengedarkan risalah kepada pengunjung-pengunjung yang hadir di sekitar kawasan konsert. Kelihatan yang hadir kebanyakkan berbangsa cina, dan ada juga sesetengah daripada mereka orang melayu siap dengan bertudung.
Antara objektif di edarkan risalah ialah untuk memberi kesedaran kepada pengunjung akan kesan secara halus yang diterima apabila virus tidak bermoral itu mula tersebar di Malaysia...

Walaubagaimanapun, misi pada malam itu boleh dikatakan kurang berhasil mungkin kerana mereka memandang sebagai 'PAS anti hiburan' ataupun 'Mahasiswa Islam benci berhibur'.. oleh itu ramai yang enggan menerima risalah dan bermasam muka... Tapi takpe lah, kita cuba sedaya yang termampu. Yang lain itu kita serahkan kepada Allah yang memiliki Hidayah...

Selesai mengedar risalah ade sedikit kata-kata daripada Ustaz Nasarudin kemudian gimik memijak poster Adam lambert sebagai tanda protes.. dan kemudian perhimpunan bersurai untuk.. Tetapi mahasiswa terus dengan agenda yang seterusnya. Mahasiswa berkumpul untuk mengiringi 5 orang wakil mahasiwa yang terdiri daripada kepimpinan GAMIS untuk masuk menyaksikan konsert dan membuat laporan...


Mengiringin wakil Gamis masuk ke dalam stadium...

Kemudia setelah hampir sejam mereka di dalam, para perwakilan keluar untuk menyampaikan apa yang dipertontonkan dengan mata mereka sendiri..


Ucapan para perwakilan...

Perhimpunan tamat kire-kire hampir jam 10 malam..
Tindakan selanjutnya akan dilakukan untuk memastikan perkara yang sebegini tidak berulang lagi..

PEMUDA PENCORAK NEGARA, JANGAN ROSAKKAN MEREKA....

3 comments:

Anonymous said...

Saya agak tak faham. Kenapa GAMIS marah sangat dengan Adam ni? Saya kurang jelas. Saya tahu soalan saya ni akan buat orang marah. Termasuk penulis di sini. Kan sudah maklum oleh PUSPAL yang Adam ni akan ikut syarat - syarat yang diberikan oleh PUSPAL. Dan dia memang ikut seperti yang dijanjikan. Dia memang ikon gay Amerika, tapi kat sini dia tak buat aksi gay tu atas pentas. Mungkin Adam datang sini untuk menghargai peminat dia di sini. Tindakan GAMIS ni macam tak beri peluang kat dia untuk mengenali orang Malaysia. Tiba – tiba datang Malaysia kena protes. Apa pandangan dia pada orang Islam. Lagi kuatlah percaya dia pada Islamofobia tu. Apa kata kita doa ja dia dapat hidayah? Saya faham tentang Tuhan akan turunkan bala buat orang yang berada di tempat maksiat. Kenapa jomheboh tu tak henti sampai sekarang? Saya juga tahu jomheboh di Kelantan lain. Penonton diasingkan ikut jantina. Tapi tempat tu juga ada kebarangkalian untuk ditimpa bala kerana ia mengalakkan maksiat dan hiburan terlampau, betul? Maaf, saya betul -betul tak jelas kenapa. Macam berat sebelah saja. Nak benteras, banteras semua terus. Yang buatan dalam Negara patut diharamkan dulu, baru boleh cakap nak banteras yang luar. Saya tahu tanggungjawab memprotes diorang dah terlepas ditanya kat akhirat nanti, Insya Allah. Dan saya juga tahu kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Pemimpin tak berpandangan seperti kita. Kalau nak haramkan, kenapa PUSPAL tanya – tanya lagi? Haramkan terus boleh.

Anonymous said...

UMNO, PKR, PAS adalah parti Islam. Sama-samalah perjuangkan Islam di bumi Malaysia ini.
Orang yang melakukan byk maksiat digelar fasiq.
Orang yang tidak beriman digelar kafir.
Cth : Tidak lakukan solat, minum arak, bercampur lelaki perempuan, tidak lakukan hudud, itu adalah fasiq.
Sebaliknya, menyekutukan Allah, menghina, memperlekehkan Nabi dan Al-Quran itu adalah kafir.

Terkadang kerana KEPENTINGAN POLITIK, kita mengkafirkan sesama Islam yg fasiq.

Sedangkan panduan didalam ilmu Islam itu telah jelas ada menyatakan perbuatan mana yg kafir dan yg mana adalah fasiq.

-al-faqir-

Anonymous said...

hmmm.. betul juga... saya pula berpendapat yang kita sebagai manusia yang sangat lemah tidak tahu ape sebenarnya agenda halus ingin dibawa oleh barat.. cukuplah gejala sosila yang terlalu merebak luas di negara kita hasil kerana pengaruh-pengaruh barat yang sebelum ini.. mungkin kita tidak sedar kerana kita terlalu percaya akan kepimpinan negara yanng telah mengkaburkan kita dengan keamanan negara Malaysia ini... katanya negara Malaysia sudah aman, sedangkan agaman dan bangsa kita kian dijajah oleh barat...

Dalam hal ini, kerana keterbatasan ilmu yang ada pada manusia, para ulama; telah menggariskan kaedah iaitu 'menutup lubang kemudaratan' maknanya mencegah sebelum terkena penyakit...

Bolehkah kita JAMIN yang kedatangan ikon gay itu tidak membawa kemudatarn dalam masyarakat??? kalau tak boleh jamin cegah lah ia... belajarlah daripada kesilapan yang sebelumnya.... budaya lucah, hiudp bercouple, dan banyak lagibudaya barat yang sudah larut dalam diri masyarakat Islam di malaysia.. jangan memasukkan tangan ke dalam lubang yang ade ular kali kedua....

Setiap agama ada cara berhiburnya tersendiri... agama hindu, budha, kristian... dan lain2.. kaji semul;a apa jenis hiburan yang perpatutkan dengan agama mereka... kita memberikan tolenrasi kepada agama lain berdasarkan kepercayaan dalam agama tersebut... bukan bertolenrasi dengan NAFSU manusia dari pelbagai agama.... tiada agama yang ingin moral dan sifat semula jadi manusia di calar.. cuma agama lain tidak ada istilah halam dan haram...

Perpegang teguhlah dengan Agama Islam...