Akhirnya ade juga kesempatan untuk saya mengemaskini blog peribadi yang sudah lama dibiarkan begitu saja. Hajat kali ini nak berkongsi sedikit kisah seorang budak kampung yang pulang ke kampungnya dengan menaiki ‘ keldai merah’nya….
Al-kisah maka tersebut la kisah… huhu…
*************************
Akhirnya tamatlah sudah misi di Al-Azhar Media, tamat bukanlah bermaksud projek yang diamanahkan sudah selesai. Tetapi sudah tiba waktunya kami sebagai peserta projek ini pulang bagi membuat persediaan masuk ke UIAM Gombak. Berada di pejabat Al-Azhar Media member sangat banyak pengajaran yang tak mampu untuk saya coretkan di dalam alam maya ini. InsyaAllah kalau ada kesempata ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat yang sudi menerimanya. Semoga Allah berkati segala ilmu yang kami timba di sana…
30 Jun 2010 merupakan hari terakhir untuk kami siapkan projek kami. Allah Maha Merancang, percaturan Allah telah mengatakan 30 Jun 2010 bukan tarikh untuk kami selesaikan projek tersebut. Saya akur dengan ketentuan Allah sambil bermuhasabah.. Pengajaran boleh saya ambil di situ… Pada malam harinya sudah ada sahabat kami yang pulang ke rumah. 2 orang ke Kelantan dan seorang ke Putrajaya..
1 Julai 2010 pula giliran saya untuk bergerak pulang ke Kampung halaman yang sangat dirindui. Terlalu banyak pertanyaan bertanyakan bila saya mahu pulang ke rumah.. saya cuma mampu menjawab, “Kerja tak habis lagi la….”
Perancangan awalnya saya ingin bertolak seawal paginya. Kerana berhajat untuk bersinggah ke Bengkel motosikal Nilai untuk tukar tayar…. Tetapi tersangkut di Seremban kerana saya menunggu Ustaz di Pejabat, sekadar ingin bersalam tanda perpisahan.. akhirnnya tayar ditukar di Seremban.. Penantian yang terlalu lama di pejabat akhirnya saya ke rumah ustaz… Terpaksa mengganggu ustaz Khairi yang sedang tidur kerana keletihan semalam…
Bertolak dari Pejabat Al-Azhar Media Senawang dengan penuh rasa hiba yang sedih. Adakah akan berpeluang sebegini lagi?? InsyaAllah….
Kebiasaannya saya akan terus ambil highway Senawang, tetapi kali ini saya ke Bandar Seremban memenuhi permintaan sahabat untuk membelikan tiketnya ke Kelantan. Tak jauh pun ke Bandar tu… Dah selesai beli tiket bermulalah pengembaraan si Budak kampung dengan ‘keldai merah’nya yang berjenama Honda Wave 125…
Seperti kisah musafir saya sebelum ini, kali ini juga saya dilimpahi Allah dengan rahmatNya sepanjang perjalanan ke Nilai. Masuk saja highway Seremban, hujan lebat membasahi keldai saya. Perjalanan yang lebih kurang 20 minit tetap diteruskan kerana memikirkan bahawa destinasi hari itu masih jauh… sampai di Nilai dalam keadaan hujan renyai-renyai, tapi baju dan seluar sudah basah kuyup… Naik di bilik B216 untuk solat jamak zuhur dan asar… kemudian saya serahkan tiket kepada sahabat saya tadi, nampaknya dia pun tergesa-gesa, tak sempat nak tanya sebab apa balik on the spot ni….
Jam kelihatan sudah pukul 5 lebih kurang… destinasi saya ke Kuala Lipis, kira-kira 3 jam lagi… tambah dengan hujan pulak. Ikutkan nak tangguh esok, tapi dah janji dengan Mak. Sudah terlalu banyak bertangguh nak balik dari dulu lagi… Kene balik juga. Lagi pun keesokan harinya ada program di SMKA TAHAP Jerantut… balik juga!!!
Hampir jam 6 saya bertolak… huh.. hujan renyai-renyai.. jalan licin, akhirnya Allah takdirkan saya excident di Cheras… Subhanallah…. Brek kaki sudah ditekan, tayar belakang sudah berhenti berpusing sambil mengheret jalan yang licin dan terus menerpa sebuah motorsikal EX5 di hadapan… Penunggang EX5 tadi melambung dari motor lalu dihempap motornya….. saya??? Jatuh tersungkur dihempap ‘keldai merah’…
“Abang ok bang??” Tanya saya kepada brother yang baru saja dilanggar saya tadi…
“Kita pegi kat tepi tu dulu la” balas abang tadi sambil menahan kesakitan.
Alhamdulillah keldai merahku tidak cedera.. tapi motor brother tu plak rosak di bahagian belakangnya… setelah agak lama bersembang saya menghulurkan RM20 sebagai tanda minta maaf dan kerosakan motor. Walaupun tak cukup sebenarnya tapi apakan daya, itu saja yang termampu. Nasib baik abang tadi faham keadaan saya… :)
CEDERA??
Ye.. kaki kanan saya sedikit cedera… lebam dibahagian betis… dalam kesejukan hujan yang masih belum puas turun, kaki kanan pula terketar-ketar kesakitan sambil menunggang keldai saya ni… kelajuan diperlahankan kerana sedikit hilang kawalan sebab sedikit kecederaan…
Akhirnya masuk ke highway Kuantan…. Hujan masih belum bosan membasahi bumi…. Saya singgah di Perhentian Genting Sempah kerana sepanjang perjalanan dari Gombak bukan lagi hujan renyai-renyai yang mengiringi kepulangan saya, tetapi hujan lebat.. memang lebat… singgah di Perhentian Genting Sempah menikmati Mee Kari Panas dan Kopi Radix dengan harapan dapat menyeimbangi suhu badan yang kesejukan… Kaki…??? Masih berdenyut-denyut…..
Selesai solat jamak Maghrib dan Isyak perjalanan disambung… sebelum tu singgah di Petronas memberi sedikit minuman kepada si keldai ni untuk tenaganya… jaket line 7 ditukar kepada jaket UIA kerana basah membuatkan saya terlalu sejuk… Alamak… keluar dari Petronas hujan tiba-tiba lebat…. Waktu sudah jam 8 malam… jalan sangat gelap… Hujan lebat+malam=memang gelap…
Inilah kali pertama rasa terseksa yang amat sangat ketika menunggang motosikal…. Badan menggeletar kesejukan… huuuuuhhh…. Cuma berbekalkan doa semoga Allah kuatkan pertahanan badan….. dek kerana hujan lebat dan jalan yang gelap dari Genting Sempah ke Bentong tu membuatkan saya terpaksa membawa si Keldai ni dengan perlahan. Jarak jalan memang sangat terhad, perpandukan jarak sampainya lampu motor….
Akhirnya berakhir highway, ambil exit Bentong… hujan sudah berhenti di Bentong…
Keluar saja Bandar Bentong nak ke Raub Allah kirimkan lagi hujan lebat… Subhanallah…. Jalan hutan yang sangat menakutkan… Saya seorang saja sepanjang jalan.. kadang-kadang ada kereta berselisih ataupun memotong… saya cuba mengekori kereta-kereta yang sama perjalanan ke Raub… bacaan al-ma’thurat sepanjang perjalanan dibaca sebagai benteng diri.. Biasalah jalan hutan, bimbang jugak… tak tahu lah berapa puluh kali ma’thurat diulang sepanjang perjalanan ke Lipis kali ni…. Kereta tak ramai yang lalu jalan ni malam-malam, terpaksa ikut jalan kelapa sawit, jalan perumahan, getah, macam-macam lagi tempat yang gelap gelita, tiada lampu jalan… huh…
Akhirnya apabila melihat signboard ‘Kem Bina Negara 6km’ hati pun tenang… hujan pun dah berhenti sepanjang perjalanan Raub ke Lipis…
Takdir Allah mengatasi segalanya…. Budak Kampung dan keldai merahnya selamat sampai pada jam 10 malam….
Satu pengalaman yang sangat memberi pengajaran… rancang perjalanan dah cukup lengkap, tetapi jangan dipinda rancangan sesuka hati… jadilah macam ni.. nak bertolak pagi akhirnya petang mula gerak…
0 comments:
Post a Comment