Pages

Labels

Friday, March 26, 2010

Perarakan Maulid beremosi..

"Abang, mane Masjid Tabung Haji?" tanye saya kepada seorang pengawal di hadapan KLCC.

Al maklumlah, sudah lama tidak bersiar-siar di bandaraya Kuala Lumpur ini, jadinya sudah tidak berapa cam sangat dah jalan di kawasan sana. Niat untuk ke Masjid Tabung Haji terpaksa kami lewatkan kerana sudah bermula bacaan khutbah, waktu tu kami baru di Masjid Asyakirin KLCC. Perjalanan kali ini saya disertai sahabat sebilik, Zul.

TUJUAN KAMI

'Kura-kura dalam perahu, Pura-pura buat tak tahu'

Seperti yang sedia maklum pada hari ini 26 mac 2010 diadakan demonstrasi bagi mengutuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di hadapan kedutaan Sweden. Demonstrasi kali ini dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas.

Wakil mahasiswa sedang menyampaikan pidato berapi

Seperti kata perwakilan GPMS sewaktu demonstrasi sebentar tadi, "Saya yakin dikalangan kita ada pimpinan UMNO yang turut sama menyertai perarakan kita!" Katanya dengan penuh semangat lagi. Jadi ini bukanlah perarakan yang berpihak kepada mana-mana parti politik. Ianya melibatkan sensitiviti umat Islam tidak kira berapa umur mereka. Takpe la saya pergi...

"Cinta! Cinta....! Cinta Rasul!"
"Kasih! Kasih...! Kasih Rasul!"

Teriakan demi teriakan sepanjang perarakan

Antara teriakan peserta demonstrasi yang sudah pasti tidah redha dengan tindakan pelukis akhbar di Sweden yang menghina Nabi Muhammad dengan karikaturnya.

"Halau! Halau...! Halau Sweden!!!"

Pidato Ketua Pemuda Pas Pusat yang menaikkan semangat

Teriakan meminta kerajaan Malaysia mengusir Duta Sweden dari Negara ini dek terlalu benci dan menyampah dengan perilaku puak-puak mereka yang tidak serik-serik mencari nahas dengan umat Islam...

MAKNA CINTAKAN RASULULLAH

Baru saja kita menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW tercinta. Namun kita terlalu mudah lalai daripada mengingati Baginda. Sekarang bila diserang sebegini barulah hendak bangkit pertahankan. Mujurlah kita punya kudrat lagi untuk bangkit menyatakan kemarahan kita kepada penghina laknatullah itu... Mujur kita ada PAS. Yang sangat sensitive dengan ISU umat Islam. Bagaimana pula kalau PAS terkubur? Bagaimana kalau jemaah Islam lain terkubur di Malaysia? berpunca daripada kelalaian kita selaku umat Islam...

Panas..

Jangan harapkanlah orang kafir hendak mempertahankan Nabi kita, jangan juga nak diharapkan pejuang bangsa melayu yang tidak pernah nak menyelami erti sebenarnya perjuangan Nabi Muhammad SAW. Perjuangan Nabi Muhammad SAW mesti dipertahankan dengan roh perjuangan yang sebenar. Dari mana datangnya roh itu kalau kita tidak cinta akan Pembawa roh itu? Kerana itu jangan kita lenyapkan roh itu daripada jemaah kerana ianya akan mengundang bala' yang besar.

Haibah...

Dari mana pula datangnya haibah iaitu kehebatan kita??

Hadirnya haibah dalam diri bilamana kita menyerahkan diri ini kepada perjuangan tersebut, meletakkan Allah dan Rasul di tempat yang istemewa dalam hati ini.

Antara peserta yang tertangkap gambar mereka

"Kita menyatakan kepada mereka bahawa Nabi Muhammad s.a.w berada di tempat yang istimewa dalam hati umat Islam" kata-kata Ustaz Nasarudin Tantawi yang telah menjentik hati ini. Bermuhasabah sebentar saya dibawah panas terik yang membakar kulit. Sejauh mana cintaku kepada Baginda...

Demonstrasi pada kali ini memang menyentuh hati...

"Cis... jahanam...!!!" berteriak dalam hati kepada kafir laknatullah

Teringat pula saya pada satu kisah apabila seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW, adakah umat yang lebih baik daripada mereka. Lalu Nabi SAW menjawab, " Ada, mereka ialah umatku di akhir zaman. Mereka tidak pernah melihatku tetapi mereka beriman kepadaku."

Semoga kami semua terpilih menjadi umat yang terbaik itu, menjadi umat yang kasih dan cinta kepada Nabi melebihi segala yang lain.

**************************

Selesai demonstrasi di hadapan kedutaan Sweden, semua peserta berarak kembali ke Tabung Haji sambil bersewalat kepada Junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah berpeluang juga saya merasai suasana sambutan Maulidur Rasul..


Wallahu'alam

1 comments:

inniakhofullah said...

hebat sambutan maulud itu.

terkuburkah jemaah islam kelak?

bila?

Terkubur jika ahli jemaah itu sendiri yang menguburkannya

wallahualam