"Dalam al-quran Allah ade mengatakan bagi siapa yang diberi Allah Hidayah, akan dicampakkan ke dalam hati mereka ketenangan. Tapi sekarang saya rase hati saye tak tenang.. maknanya Allah tak beri saye Hidayah ke?" Satu SMS yang saye terima.(Ayat dalam SMS telah diringkaskan). Pada mulanya saya tertanye-tanye siapa yang bertanyekan soalan macam ni... barulah saya perasan nombor maxis itu, rupanya SMS daripada adik saya di Nilai.
Ketenangan...
Sering kali saya dinasihati supaya jangan bersangka buruk dengan Allah. Hidayah akan diberikan kepada insan yang berusaha mendapatkannnya dan insan terpilih sahaja. Andaikata kita berusaha untuk mendapatkan Hidayah Allah, maka Allah akan memberinya. Tetapi perlu kita koreksi diri, dosa apa yang telah menghalang untuk Hidayah itu sampai kepada kita. Maka segeralah kite perbetulkannya. Bukan senang untuk mendapat kesempurnaan dalam beriman kepada Allah melainkan dengan mujahadah yang bersungguh. Maka jalan taubat perlu diambil untuk membersihkan diri.
Sifat pertama yang perlu wujud dalam diri kita ialah taubat. Kite haruslah lebih berhati-hati terhadap maksiat apa sahaja bentuknya berbanding daripada musuh-musuh kite. Dosa-dosa yang dilakukan oleh diri kite lebih wajar ditakuti daripada musuh-musuh kite sendiri. Sekiranya berlaku sesuatu yang tergolong dalam ‘amal maksiat (dan sudah tentu akan berlaku) mereka hendaklah bersegera memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah swt sebagai menyahut seruan Allah swt yang terkandung di dalam firmanNya:
“Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orng yang bertaqwa” (Surah Ali Imran : ayat 133)
Kecenderungan bertaubat menyerah diri kepada Allah dan memohon keampunan daripadanya adalah sifat utama yang dimiliki oleh orang-orang yang beriman. Firman Allah swt:
“Orang-orang yang apabila mengerjakan perbauatan keji atau menganiaya diri sendii lantas mereka ingat akan Allah lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa merek- dan siapakah pula yang berkuasa mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedangkan mereka mengetahui”(Surah Ali Imran: ayat 135)
Keperluan mengawal dirinya dari melakukan maksiat hendaklah meliputi dosa-dosa kecil kerana membiasakan diri memandang remeh terhadap dosa-dosa kecil akan mendorong kite melakukan dosa-dosa besar pula. Ini berpatutuan dengan Sabda Nabi saw yang bermaksud:
“Jauhilah dosa-dosa kecil kerana apabila ia terkumpul pada diri seseorang lambat-laun akhirnya ia akan membinasakannya”
untuk mewujudkan sifat Ta’ibun kite hendaklah mempunyai saat-saat di mana ia dapat berbicara dengan dirinya, menilai, mengkritik, dan membersihkannya daripada karat-karat dosa. Dengan cara ini ia telah menyahut panggilan Allah dalam firmanNya:
“Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah megilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan jalan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa itu dan seseungguhnya rugilah orang-orng yang mengotorinya”.(Surah Al-Syams: ayat 7-10)
Sehubungan dengan itu para ulama’ berpendapat bahawa bertaubat dari setiap dosa adalah wajib. Sekiranya maksiat dan dosa itu ialah di antara manusia denagn Allah swt maka taubat memerlukan tiga syarat, manakala dosa terhadap manusia memerlukan empat syarat iaitu:-
i. Meninggalkan dosa-dosa itu dan tidak lagi mengerjakannya.
ii. Menyesali terhadap perbuatan dosa yang telah berlalu.
iii. Berazam tidak akan kembali melakukannya selama-lamanya.
iv. Memohon kerelaan dari orang-orang yang ia pernah zalimi / atau memulangkan hak yang pernah diambilnya. (sekiranya ia bersalah kepada manusia)
Semoga kita sama-sama peroleh Hidayah Allah...
wallahu'alam..
1 comments:
mantap tajuknya.:)
Post a Comment