HUKUM BERTUNANG
Hukum bertunang adalah harus, malah ada ulama' yang berpendapat hukum bertunang adalah sunat
PERTUNANGAN DI SISI SYARAK
Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.
PERTUNANGAN DI SISI ADAT
Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.
Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.
Saya telah merujuk laman web "Jangan Pakai Cincin Pertunangan" yang saudara beri. Larangan memakai cincin pertunangan mengikut artikel berkenaan adalah kerana terdapatnya kepercayaan bahawa dengan adanya cincin hubungan akan menjadi semakin erat. Boleh memakai cincin pertunangan sekiranya niat hanya sebagai tanda pertunangan. Dan untuk lelaki cincin tersebut mestilah bukan cincin emas atau perak
Perlu diberi perhatian adat menyarung cincin ke jari perempuan mestilah dilakukan oleh perempuan juga.
HEBAHAN PERTUNANGAN
Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.
TEMPOH PERTUNANGAN
Tempoh pertunangan yang dipersetujui oleh jumhur ulamak (ramai Ulamak) ialah tempoh yang tidak panjang atau lama.
PERKARA YANG HARUS DIBERI PERHATIAN SEMASA TEMPOH BERTUNANG
a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
b. Haram ber"dating" tanpa disertai mahram yang thiqah.
c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( termasuk sms, phone, chat, messenger dsb )
d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
g. Awas daripada bertukar gambar.
h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul .
Satu ilmu baru alhamdulillah yang saya dapat... petunangan bukanlah satu wasilaha ataupun jalan yang menghalalkan sesuatu perhubungan. Tetapi sekadar mengikat sebelum pernikahan. Perlu kita ingat Islam bukan zalim dengan menghalang daripada fitrah manusia. Manusia mempunyai perasaan tersendiri untuk memilih teman hidup mereka. Jadi Islam sediakan jalan dan juga menggariskan batas-batasnya..
wallahu'alam....
p/s: Jawapan di atas di copy daripada email saya tanpa sebarang editing..;) harap maklum..
0 comments:
Post a Comment