Pages

Labels

Monday, December 28, 2009

Jeram Tebrau-Part 3 (Solat Jumaat)

SOLAT JUMAAT

Setelah selesai bersiap untuk ke masjid, saya dan beberapa rakan lain bertolak menaiki kereta trip pertama. Perjalanan kami sedikit lewat kerana jalan sedang diturap, jadinya terpaksa berhadapan dengan lori2 yang ada. Seperti biasa, ada tempat yang perlu kami turun kerana keadaan jalan yang tidak mengizinkan.

Kami sampai di masjid kira-kira jam 12.30 tengahari. Saya terkejut bila melihat pintu pagar masjid yang masih berkunci.
"Betul ke ada solat jumaat kat masjid ni hari ni?" soal saya kepada sape-sape yang ingin menjawab.
"ada, aku dah tanye imam masjid ni hari tu," jawab Aizat yang sudah pernah sampai ke sini dahulu...
"Apsal kosong je lagi masjid ni?" Saya mempersoalkan lagi, masih lagi tak percaya.
"Tengok tu, ada pak cik tu datang nak solat." Aizat menunjuk ke arah seorang pak cik yang memakai kain pelekat.
Boleh pakai la hujah ni. Sebelum kami masuk ke dal masjid, sempat lagi kami bergambar dihadapan masjid...

Pemuda masjid menggegar dunia..

Masuk ke kawasan masjid, kelihatan pak cik yang kami lihat di luar tadi. Waktu itu cuma ada pak cik tu seorang je. Pelik sebenarnya, kalau di kampung saya waktu macam ni dah ramai dah orang. Tapi yang ramai pun orang tua je. Pemuda-pemuda kampung saya entah kemana.
"Assalamu'alaikum pak cik, ada solat jumaat ke kat sini?" soalan yang macam kelakar jugak la dari si Aizat ni, tapi untuk mendapatkan kepastian kami tanya jugalah.
"Ado, pukul 1 nanti adolah orang" jawab pak cik tadi dalam loghat Nogorinye...

Kereta yang tersangkut dalam perjalanan ke masjid

Kami pun bersiaplah untuk mengambil wuduk, sempat juga pusing-pusing masjid ini. Kelihatan masjid di kawasan itu tidak dijaga dengan baik. Dah selesai ambil wuduk kami naik ke dalam masjid, bersalaman kejap dengan pak cik tadi. Pak cik tadi memang peramah orangnya, die bertanye tempat kami belajar, dimana asal kami. huhu
"mu orang mana?" pak cik tadi bertanya kepada seorang lagi sahabat saya Fattah. Kali ni loghat pak cik tu macam kelantan sikit sebab tahu ada diantara kami asal daripada kelantan.
"Kota Bharu" jawab Fattah ringkas
"ow.. dekat dengan tempat Tok Guru? saya nak pergi jumpa Tok Guru jugak" kata pak cik tadi.
Kami cuma tersenyum saja. Kata Pak Cik tadi, Tok Guru Nik Aziz pernah sampai di kampung itu, tapi sudah lama la. mungkin pak cik ni dah rindu dengan ulama' besar itu..

Tak sempat nak berbual lama sebab kami dalam keadaan kepenatan, dan tak sabar nak solat sunat. hehe...

Trip lain sampai

Selesai solat sunat, saya duduk saja. Nak tidur tak boleh lelap pulak mata ni, saya memang susah nak tidur kalau duduk. Mesti banyak je perkara yang terlintas dalam fikiran menjadi penghalang untuk tidur.

Suasana dalam masjid

Seorang demi seorang ahli qariah tiba. Jam hampir pukul 1, tapi ahli jemaah tak ramai lagi. Ahli kampung ni memang peramah agaknya. Seorang demi seorang yang datang, bersalaman dengan ahli jemaah yang lain. walaupun mereka duduk dalam jarak yang jauh. Mulanya saya tak perasan, tapi bila melihat seorang pak cik yang dari kanan pergi ke kiri masjid untuk bersalaman dengan ahli jemaah di situ kemudian balik semula ke kanan masjid. SubhanaAllah, inilah salah satu hikmah solat jumaat sebenarnya. Dan ini sepatutnya kesan yang kite perlu dapat daripada masjid.

Masjid bukan sahaja tempat untuk melaksanakan ibadat khusus seperti contoh solat, mengaji al-quran, ceramah dan beberapa lagi perkara yang kita sering silap faham. Maka dengan itu ramai dikalangan masyarakat pada hari ini yang meletakkan masjid sebagai 'rumah ibadat'. Masjid cuma dikunjungi pada waktu solat saja. Apa salahnya diadakan program kemasyarakatan di masjid, tak semestinya di balai raya ataupun dewan. huh....

Baru-baru ni pulak, ada diadakan masjid akad nikah di masjid kampung saya. Kebetulan pula yang kahwin pada hari itu ialah belia kampung saya. Jadi memang ramai la sahabat2 belia yang hadir. Dalam hati saya mula terdetik, "ramai rupanya pemuda kampung ni, boleh pulak pergi masjid.." bukanlah nak rendahkan sesiapa, tetapi kenapa jadi macam tu? mereka bukanlah tidak ada keupayaan untuk hadir, tapi apa yang menyebabkan mereka tidak hadir? musykil ni, harap-harap projek terbaru saya dikampung saya itu nanti akan membuahkan hasil..

Berbalik dengan masjid yang kami singgah baru ni... saya menantikan anak muda masuk ke masjid, tapi tak de lagi. Mungkin same dengan tempat lain kot, pemuda-pemuda ni datang lambat. Takpe la, tunggu saje la. Tidak lama selepas itu, AJK masjid saya kira, membuat pengumuman berkenaan dengan sambutan maal hijrah peringkat mukim. Dalam hati saya berkata, "ow.. takde la pasif sangat masjid ni.. ada gak program-program nya."

Kemudian barulah azan berkumandang.

***************************

Khatib naik keatas mimbar untuk memulakan khutbah. Sama dengan tempat-tempat lain, khatib cuma membaca teks yang telah disediakan, bukanlah berkhutbah. Ini dipanggil membaca khutbah saje. Kalaulah si pembuat teks itu adalah golongan yang sesat, maka khatib akan membaca apa yang ditulis. Kalau buat ayat lain kene tindakan pulak. Inilah kerja pemimpin negara kita yang seringkali menyembunyikan kebenaran. Moga-moga 'mereka' cepat hancur.

Tidak mengapalah sekadar membaca, kita ambil apa yang baik. Bermula bacaan khutbah tersebut, saya dapat melihat kelainan daripada Tok Imam ini. Bukan hendak mengaibka sesiapa, cuma harus untuk kita jadikan perbincangan 'ilmiah. Makhraj ataupun sebutan yang agak teruk la jugak. Membuatkan penyampain khutbah tidak dapat saya dengar dengan jelas.

Kemudian khatib tadi mengimamkan solat. Saya melihat imam yang sama, hati saya mula bimbang sebenarnya. Tapi tidak mengapalah, saya cuba untuk thiqah dengan pilihan jabatan agama. Malangnya, apa yang saya rase silap... bacaan al-quran seorang imam ni sangat la teruk. Sebutan dan juga harakat banyak yang salah.. kalau dalam ilmu tajwid terdapat dua jenis kesalahan(lahnu) iaitu lahnu jali (kesalahan yang nyata) dan lahnu khafi(kesalahan yang teresembunyi). lahnu jali boleh kenal pasti orang awam manakala lahnu khafi hanya dapat dikenal pasti oleh ahli quran sahaja.

Selepas solat. Kelihatan imam tadi sedang berjalan (berjubah coklat)

Jadi, saya kira terlalu banyak kesalahan yang boleh dikenal pasti oleh orang awam. Kalau ikut apa yang saya belajar, bilamana membacakan fatihah dengan mengadakan lahnu jali secara automatik solat itu terbatal. Bacaan imam ini membuatkan saya dan rakan2 yang lain juga was-was... selesai solat, saya mendapatkan sahabat-sahabat saya yang lain. Kami mengadakan perbincangan. Tapi soalan ini nanti saya tanyekan kepada yang lebih pakar lah. Ada masa nanti kita berkongsi sama-sama.

Terdapat syarat-syarat untuk seseorang itu menjadi imam solat. Iaitu:
1. Islam
2. Beakal
3. Baligh
4. Lelaki
5. Fasih membaca al-Quran
6. Selamat daripada uzur
7. Mampu melaksanakan rukun dengan sempurna
8. Selamat daripada kehilangan satu syarat daripada syarat-syarat solat.

Kita melihat bagaimana fasih dalam bacaan al-quran mesti ditekankan. Syarat 1 hingga 4 saya kira adalah syarat biasa. Jadi perkara utama untuk melantik seorang imam ialah mencari seorang yang mempunyai bacaan yang fasih. Persoalan yang lain, dimana ahli kampung yang lain. Adakah imam ini yang terbaik bacaaannya.. Ataupun ada permainan politik yang telah membenarlan imam sebegini mengetuai solat... saya pun musykil... Takde ke orang yang sanggup berkorban untuk tinggal dimasjid itu untuk menjadi imam, orang yang sememangnya layak. Kalau la kerajaan sewenang-wenangnya mencampakkan guru-guru ke sabah dan sarawak dengan alasan kekurangan guru disana, mengapa tidak diadakan perkara yang sama...

Baiklah, itulah kisah imam tersebut.. kisah makmumnya pula rupanya sampai habis solat jumaat pemuda-pemuda kampung ni tak berjumpe dengan jalan nak ke masjid ni.. aduhai... pangkah lagi sebarangan... jumlah kehadiran di masjid pun sangat sedikit... nasib baiklah lebih daripada 40 orang. Saya pun tak tahu apa sebenarnya berlaku di kampung ini...

Akhir kate, dalam post ini. Kita kene sedar bahawa masjid adalah pusat bagi kita untuk mentarbiah orang-orang kampung. Andai kata masjid tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin maka rosaklah peribadi diri. Jangan la mengharapkan bantuan kerajaan fasik kita semata-mata kerana bantuan itu tidak akan menyumbang kepada redha Allah. Tapi pohonlah hidayah moga-moga Allah pandu hati ini untuk lebih dekat denganNya..

Wallahu'alam....

Bersambung...........

1 comments:

Anonymous said...

Nkau ada tanya ke mana pergi nyer orang2 muda kat kampung tu kat orang2 kat situ..... itu bukannya salah 'pangkah sebarangan'.... dah lah masuk kampung orang tak diundang.. dah tu cakap macam2 pulak.... selidik dulu sebelum kau tulis kat blog ni....