Alhamdulillah selesai saya menjawab kuiz nahu pada jumaat yang lepas… Jadi terasa sedikit tenang selepas bertungkus lumus study semalaman… Hujung minggu ni sengaja saya kosongkan jadual saya kerana pada hari isnin nanti ada exam lagi.. bukan nak study sangat pun, nak rehatkan badan sikit…
Tapi apakan daya, memang lumrah hidupku ini tak boleh kalau tak berjalan, jadi saya mengatur perjalanan hujung minggu ke tempat yang dekat sikit. Akhirnya saya memilih untuk pergi ke Ijtima’ Ulama’ Dunia di Masjid Kuarters KLIA.. kire cam perhimpunan tabligh la ni.. saje je pg tengok2 sambil membeli belah… boleh kire macam menghilangkan rase ralat tak dapat turun ke SMKA TAHAP bersama rakan2 yang lain la ni…. Tapi ada hikmahnya…
**************************************************************
Pada sebelah paginya saya bersama beberapa rakan sebilik bersarapan dahulu di Kawah Thai.. dah pekena roti canai dua keping barulah kami pergi ke masjid untuk menaiki bas yang telah disediakan… ramai jugak students dari nilai yang join, sampai ada yang tak dapat tempat duduk…
Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 10-20 minit tu saya tak dapat rase langsung, sebabnya tertido di dalam bas, mungkin letih sangat kot menampal poster malam semalam tu…
akhirnya kami sampai ke tempat kejadian…
setibanya kami di kawasan ijtima', sedang mendengar taklimat daripada ketua rombongan...
Sampai je di tempat perhimpunan tersebut, saya sangat terkejut melihat betapa ramainya orang di situ. Lagi mengejutkan apabila melihat khemah yang sangat besar.. Tingginya mungkin setinggi bangunan 2 tingkat… suasana di situ seolah-olah sedang berlangsungnya musim haji.. subhanallah…. Suasana ini mungkin tidak dapat tergambar dengan kata-kata, jadinya saya bersertakan gambar untuk tatapan pembaca sekalian….
Kelihatan khemah yang tersergam indah..
Ni kawan-kawan sebilik saya..
Antara pengurus perjalanan students Nilai ke ijtima'.. hehe
Selesai rombongan kami dari Nilai ni makan, kami bergerak ke tempat di adakan ta’lim untuk pelajar university.. di sana saya bertemu dengan ramai jugak la kenalan lama.. ada yang dari UIA PJ, Darul Quran, USIM… dan yang paling memeranjatkan lagi saya bertemu dengan beberapa pelajar dari sekolah TAHAP… terubatlah sikit rase ralat tak dapat pergi ke TAHAP tu.. hehe… tapi tak dapat jumpe si Farizal, dia ada datang tapi pegi mana ntah budak tu… ada lagi adik2 TAHAP yang dah masuk KISAS… sempat jumpe kejap je lah diorang… diorang kate ustaz Hairul, Ustaz Faisal ngan Ustaz Zul ada sekali.. tapi takde rezeki nak jumpe di perhimpunan tu….
Di kawasan students
Antara kenalan saya yang saya jumpe... irfan.. ada lagi tapi die segan nak amek gambar.. beselah orang besa.. hehe...
suasana di masjid yang agak sesak seleas solat zuhur.
Selesai Ta’lim, kami solat dimasjid, keadaan memang agak kelam kabut la sikit, tak pernah lagi saya tengok keadaan orang nak solat begitu ramai macam ni. Solat jumaat pun takde macam ni….. Abis solat kami jalan2 jap beli makanan dan barangan lain.. hehe.. kemudian baru lah tunggu di khemah sebelum bas mengambil kami… macam bese, letihnye pasal dalam bas tido la lagi…. Sampai di CFS Nilai dalam pukul 4.30, jadi kami bersiap-siap untuk solat asar….
Habis solat asar, kedengaran ada seseorang memanggil nama saya… rupenya ustaz Hairul…. Ustaz keluar jap nak cari ubat untuk orang kampong die yang sakit.. ada sekali ustaz Faisal….. Amek masa ni bersembang lama jugak lah, barulah ustaz mintak diri… Hairul cerita, sewa untuk Khemah yang tinggi tu saje sudah mencapai 20 juta…. Lagi ,setiap hari lebih kurang 100 ekor lembu tumbang…. Semuanya tanpa diminta bayaran daripada jemaah yang datang, melainkan makanan kene bayar sikit, satu talam RM10….. lagi, anggaran yang dibuat oleh ustaz ada lebih kurang 400 ribu orang yang hadir.. hm.. banyak lagi maklumat yang saya peroleh daripada ustaz….
TA’LIM UNTUK PELAJAR…
Antara isi Ta’lim yang mungkin kita boleh kongsi ialah, kita perlu ingat sebagai pelajar kita mempunyai tanggungjawap yang yang besar bukan sekadar pelajar. Malah kita juga adalah pendakwah, dan pendakwah perlu bekerja untuk menjadikan orang lain juga seperti kita… kerana dakwah itu sendiri bermaksud mengajak orang kepada Allah…
Tanggungjawap seorang pelajar ialah mesti menguasai Ilmu dengan sebaik mungkin, dan perkara yang lain ialah pelajar mesti menunaikan hak mereka kepada ibu bapa dan guru.. ibu bapa dan guru haruslah dihormati … saya tak pasti siapa yang beri ta’lim tu.. tapi melihat wajahnya seolah-olah pernah melihatnya di muktamar PAS di Perak tahun lepas.. mungkin beliau pimpinan Jamiat Islam Pakistan.. kalau tak silap saya la..
Akhirnya, moga-moga apa yang saya dapat pada hari ini dapat saya amalkan untuk mendekatkan lagi diri ini kepada Allah.. amin…
2 comments:
Salam, pegi ijtima' x ajak aku pon...
Lupa kawan lah hang ni..
Hehe(saja je)
x jumpe helmi? die pun pergi gk =)
Post a Comment