Pages

Labels

Friday, January 29, 2010

PRK di UM dan UKM

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya gagal mempertahan kerusi mereka untuk mendapat majoriti dalam Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) apabila tewas di tangan kumpulan Pro-Aspirasi.

Dalam keputusan yang diumum lewat petang tadi, Pro-M hanya mendapat 17 kerusi berbanding Pro Aspirasi atau Penggerak, 21 kerusi, manakala bebas pula berjaya memperoleh 3 kerusi.

Keputusan itu sekaligus menyaksikan Pro-Aspirasi kembali merampas MPP kampus itu setelah dimenangi Pro-M pada pilihan raya kampus tahun lalu.

Pengumuman keputusan petang tadi dibuat Naib Canselor Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor (DTC) dihadapan penyokong kedua-dua kumpulan.

Pro-M bagaimanapun mengemukan beberapa bantahan sewaktu tempoh bantahan dan rayuan dibuka selepas pengumuman dibuat.

Antara bantahan tersebut termasuklah berkait gangguan sistem undian beberapa jam dan mengganggu sekurang-kurangnya keputusan di tiga kolej.

Kejadian itu menyebabkan Pro-M meragui keputusan yang diumumkan.

Pihak pengurusan pilihanraya bagaimanapun memberitahu hanya akan menjelaskan berkaitan bantahan itu esok.

Pada tahun lalu, Pro-M memperoleh 19 kerusi manakala Penggerak mandapat 20 kerusi.

Bagaimanapun Pro-M berjaya membentuk kabinet MPP apabila dua calon bebas yang menang menyatakan sokongan kepada kumpulan mereka.

Tahun in merupaka kali pertama sistem undian elektronik, e-undi dilaksanakan di kampus tersebut.

Ianya bagaimanapun ditentang hebat khususnya kumpulan Pro-M yang mendakwa sistem tersebut terdedah kepada manipulasi dan penyelewengan.

Penyokong masing-masing dilihat mula membanjiri DTC seawal jam 5.30 petang sejurus waktu pengundian tamat.

Kedua-dua kumpulan mereka diasingkan sebelah menyebelah tempat duduk bahagian atas dewan dengan dikawal pasukan keselamatan universiti.

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini membuat bantahan kepada pihak pentadiran universiti berhubung kekalahan calonnya di Fakulti Kejuruteraan.

Seorang jurucakap Pro-M berkata, jumlah undi bagi fakulti itu yang dikira di kolej kediaman tidak sama dengan yang diumumkan di pusat penjumlahan undi menyebabkan calon Pro-M yang sepatutnya memenangi kerusi tersebut, kalah.

"Kami (Pro-M) dalam proses membuat bantahan kepada pihak universiti kerana tidak puas hati dengan keputusan pihak universiti yang memenangkan calon Pro-Aspirasi (Pro-A)di fakulti kejuteraan,"katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Keputusan yang diumumkan lewat malam tadi menyaksikan Pro-M memenangi 15 daripada 35 kerusi yang dipertandingkan iaitu empat kerusi umum dan sembilan kerusi fakulti.

Manakala Pro-A mengekalkan penguasaannya di kampus berkenaaan apabila memenangi 19 kerusi.

Bagaimanapun, Pro-M tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan membuat bantahan kepada pihak universiti.

Malam tadi, kira-kira 500 mahasiswa berkumpul di hadapan Kompleks Abdul Salleh bagi membantah keputusan tersebut.

Pro-M turut mengesyaki terdapat manipulasi undi dilakukan kerana walaupun proses pengiraaan undi selesai kira-kira jam 8.30 malam, tetapi keputusan hanya diumumkan pada jam 12 malam.

Sehubungan itu, Pro-M sedang berusaha membuat bantahan berhubung perkara itu termasuk juga bantahan berhubung sikap double standard pihak universiti sepanjang proses piihanraya berlangsung.

Semalam mereka mendakwa kakitangan UKM menjalankan kempen untuk memenangkan calon-calon tajaan Universiti, walaupun waktu berkempen telah ditamatkan sejak 12 tengah malam semalam.

Pro-M masih menungggu jawapan daripada pihak universiti termasuk memohon untuk mengadakan sesi dialog.

Sumber daripada Harakahdaily.net

Thursday, January 28, 2010

Mursyidul Ikhwan Al-Muslimin ke-8

Mari kita berkenalan dengan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin yang kelapan yang baru dilantik...

"Nama : Mohamed Badi' Abdul Mageed Samy

Tarikh Lahir : 7/8/1943

Tempat Lahir : Mahalla Al-Kubra

Status : Berkahwin

Pasangan Hidup : Samia Alshanawy,bekas Pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiah di Bani Suef,Mesir.

*Pernah di hukum mati pada tahun 1954 tapi kemudiaannya di ringankan hukuman kepada penjara seumur hidup.

Anak-anak : Ammar (Jurutera Komputer),Bilal (Pakar Radiologi), Doha (Ahli Farmasi)

Cucu-cucu : Ro'a,Habib,Eyad,Tameem.

Kejayaan Akademik :
Sarjana Muda Kedoktoran Haiwan - Kaherah,tahun 1965.

Pensyarah Fakulti Kedoktoran Haiwan - Asyut,tahun 1965.

Memperolehi Master Kedoktoran Haiwan dan menjadi Guru Pembantu pada tahun 1977 di Universiti Zagazig.

Menjadi Doktor Haiwan dan menjadi Guru pada tahun 1979 di Universiti Zagazig.

Menjadi pembantu Profesor Kedoktoran Haiwan pada tahun 1983 di Universiti Zagazig.

Menjadi Doktor Pakar Haiwan di Institusi Sana'a pada tahun 1982-1986.

Menjadi Profesor Perubatan Haiwan pada tahun 1987 di Cairo University - Cawangan Bani Suef.

Menjadi Pengerusi Bahagian Patologi,Fakulti Kedoktoran Haiwan di Bani Suef pada tahun 1990 untuk dua sesi.

Mengajar di bawah Fakulti Kedoktoran Haiwan di Universiti Bani Suef untuk pelajar-pelajar graduan pada tahun 1993 untuk satu sesi.

Menjadi Supervisor pada 15 kelulusan Master dan 12 PhD serta 12 kajian saintifik dalam ruang lingkup kepakarannya.

Pekerjaan Sekarang :
Profesor Bahagian Patologi Fakulti Kedoktoran Haiwan – Bani Suef Universiti

Aktiviti Sampingan :
Setiausaha Umum Persatuan Umum Kedoktoran Haiwan untuk selama sesi.

Bendahari Persatuan Perubatan selama satu sesi.

Aktiviti-aktiviti Sosial dan yang melibatkan Sains :
Ahli Majlis Kerajaan Pertubuhan Kerajaan Islam Mahalla Al-Kubra

Ahli Lembaga Kakitangan Kelab Universiti Kaherah selama 10 tahun dan menjadi supervisor cawangan kelab tersebut di Bani Suef.

Timbalan Pengerusi Lembaga Kakitangan Kelab Universiti Kaherah dan Persatuan Pembelajaran Bahasa Bantuan Komputer Islam di Bani Suef pada tahun 1996.

Pengerusi Pertubuhan Ahli Kakitangan Rumah dan Pembantu-pembantunya di Universiti Bani Suef.

Pengerusi Lembaga Pengarah Bahagian Patologi dan Patologi Klinikal pada tahap Republik.

Pengerusi Akhbar Kajian Perubatan Haiwan di Fakulti Kedoktoran Haiwan Bani Suef selama sembilan tahun.

Pengerusi Pusat Perkhidmatan Persekitaran Fakulti Kedoktoran Haiwan - Bani Suef.


1965 : Menjadi tribunal tentera bersama Profesor Said Qutb dan saudara-saudara Islam yang lain. Di hukum selama 15 tahun akan tetapi menjalani hukuman selama sembilan tahun sahaja.

1974 : Dilepaskan dan kembali bekerja di Universiti Asyut dan kemudian di pindahkan ke Universiti Zagazig.
Setelah itu dia terbang ke Yaman. Balik dari sana dia ke Universiti Bani Suef.

1998 : Dipenjarakan selama 75 hari kerana kes Persatuan Pembelajaran Bahasa Bantuan Komputer Islam di Bani Suef ketika dia menjadi Pengerusi kelab tersebut.

1999 : Di hukum penjara selama lima tahun kerana kes satu organisasi persatuan. Dilepaskan selepas tiga tahun.

2008 : Di tangkap dan di tahan selama sebulan ketika pilihan raya perbandaran

Khidmat Bakti :
Menyumbangkan artikel dan ceramah dalam pergerakan laman web rasmi 'Ikhwanonline' tentang 'Quranic Thoughts'.

Meneliti semula dan mendiskusikan kitab 'Memahami Dakwah'.

Semoga Allah tiupkan semangat jihad yang tidak akan kering sudah dalam diri setiap pejuang agamaNya... tidak dilupakan juga kepada Mursyidul Am yang lepas:

1. As Syahid Ustaz Hasan Al Banna (1928)

2. Syeikh Hasan Hudhaibi

3. Syeikh Umar Talmisani

4. Syeikh Hamid Abun Nasr

5. Syeikh Mustafa Masyhur (1996-2002)

6. Syeikh Makmun Hudhabi

7. Mahdi Akef

wallahu'alam....

Menjawab soalan..

Meningkat umur dewasa ini memang macam-macam perkara yang berlaku. Nak lagi soal berpasangan yang ada kaitan secara terus dengan nafsu manusia ini. Hmmm... begitu banyak persoalan yang timbul dalam fikiran ni, ditambah pula dengan hukum-hukum agama yang begitu rumit. Tidak kurang juga persoalan daripada rakan-rakan yang menginginkan jawab yang jelas dan gitu... huhu...

Soalan yang sangat menguji ilmu saya... bagaimana pertunangan sebenarnya..??

Tersenyap la saya sebentar untuk menjawab soalan yang sedemikian rupa. Kalau ikut ilmu, saya akan jawab je yang pertunangan merupakan satu ikatan sebelum perkahwinan.. huhu.. nak lebih2 tak boleh la... ilmu yang memang cukup terbatas ni... jadi dengan semangat saya cuba menghantar soalan tadi kepada Darul Fuqaha melalui email.. agak lama juga saya menunggu jawapannya.. alhamdulillah dijawab dengan ringkas dan padat... jawapannya seperti berikut:

HUKUM BERTUNANG

Hukum bertunang adalah harus, malah ada ulama' yang berpendapat hukum bertunang adalah sunat

PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:

- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.

- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.

- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.

- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.

- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

PERTUNANGAN DI SISI ADAT

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.

Saya telah merujuk laman web "Jangan Pakai Cincin Pertunangan" yang saudara beri. Larangan memakai cincin pertunangan mengikut artikel berkenaan adalah kerana terdapatnya kepercayaan bahawa dengan adanya cincin hubungan akan menjadi semakin erat. Boleh memakai cincin pertunangan sekiranya niat hanya sebagai tanda pertunangan. Dan untuk lelaki cincin tersebut mestilah bukan cincin emas atau perak

Perlu diberi perhatian adat menyarung cincin ke jari perempuan mestilah dilakukan oleh perempuan juga.

HEBAHAN PERTUNANGAN

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.

TEMPOH PERTUNANGAN

Tempoh pertunangan yang dipersetujui oleh jumhur ulamak (ramai Ulamak) ialah tempoh yang tidak panjang atau lama.

PERKARA YANG HARUS DIBERI PERHATIAN SEMASA TEMPOH BERTUNANG

a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.

b. Haram ber"dating" tanpa disertai mahram yang thiqah.

c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( termasuk sms, phone, chat, messenger dsb )

d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.

e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.

f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.

g. Awas daripada bertukar gambar.

h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul .


Satu ilmu baru alhamdulillah yang saya dapat... petunangan bukanlah satu wasilaha ataupun jalan yang menghalalkan sesuatu perhubungan. Tetapi sekadar mengikat sebelum pernikahan. Perlu kita ingat Islam bukan zalim dengan menghalang daripada fitrah manusia. Manusia mempunyai perasaan tersendiri untuk memilih teman hidup mereka. Jadi Islam sediakan jalan dan juga menggariskan batas-batasnya..


wallahu'alam....


p/s: Jawapan di atas di copy daripada email saya tanpa sebarang editing..;) harap maklum..

Wednesday, January 27, 2010

Jeram Tebrau-Last Part

Selagi tidak menyiapkan post yang terakhir untuk rehlah ini, selagi itulah hati ini tidak berasa tenang. Apa boleh buat, hampir sebulan saya disibukkan dengan kerja-kerja yang agak memenatkan. Sekali gus telah membuatkan jadual perjalanan hidup saya berubah. Agak payah untuk saya menyesuaikan diri. Alhamduilllah sekarang kembali seperti biasa.

Saya pun hampir terlupa apa yang mula-mula menyebabkan blog saya ini terbengkalai sebentar. Seingat saya ialah bermula dengan Rafest(Raudhah Festival) kerana saya terpaksa menyiapkan beberapa design untuk sebuah syarikat. Selepas itu terus disambung dengan agenda-agenda yang telah memadatkan jadual saya...

InsyaAllah saya cuba untuk menghabiskan laporan Rehlah Jeram Tebrau pada post kali ini. Akan diringkaskan dengan seringkas mungkin..

*******************************

Sambungan daripada yang lepas. Kami semua berusaha untuk membuat satu laluan yanng kami namakan sebagai "Terusan Syazwan".. huhu.. ikutlah nak panggil apapun yang penting tujuan terusan itu dibuat adalah untuk memastikan air yang kotor boleh mengalir...

Pada mulanya air yang berjaya dikeluarkan perlahan sahaja. Tetapi setelah pelbagai usaha diadakan akhirnya kami berjaya menjadikan seolah-olah air terjun yang kecil.. wau!!!

Mari kita lihat kesungguhan hambra-online menggali longkang itu....

Dengan kesungguhan menolak kayu yang menghalang aliran air... huh..

Setelah selesai membuat terusan tersebut dapatlah kami menikmati takungan air di situ. Tetapi tidak lama kerana, tidak lama selepas itu tempat kami dijajah oleh sekumpulan kanak-kanak yang baru datang. Kami selaku abang yang budiman menyerah kalah sajalah sambil menarik muka jugaklah.. huu...

Cadangan asalnya kami ingin bertolak pulang selepas solat asar di situ. Tetapi disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan maka kami terus pulang kira-kira jam 4.30. Sebelum pulang sempat juga kami membaca doa wehdah. Kasi gegar sikit Jeram tu... dan bagi budak-budak itu cuak sikit.. huhu... sebelum doa wehdah dibacakan ade lah juga tragedi yang berlaku ke atas handphone sahabatku itu.. syafahallah.... ;)

Kami pun pulang berjalan kaki dengan pakaian yang basah sebab nak salin baju di Masjid...

Akhir kata... semoga rehlah kali dapat memberikan kami semangat untuk hidup diatas muka bumi ini dengan berpegangkan pada tali Allah tanpa ada sebarang perpecahan. Jazakallah kepada semua yang terlibat dan juga terima kasih kepada yang menyokong dari belakang. Walaupun tidak dapat hadir tetapi doa dan harapan telah melancarkan segalanya..

wallau'alam....